Beautiful Terengganu di Singapore Tarik Pelancong

Suatu pemikiran yang hebat dan terbaik mengambil langkah jauh ke hadapan menjual sendiri keindahan Terengganu- produk produk pelancongan negeri ini melalui ‘Beautiful Terengganu In Singapore’ yang berlangsung sejak 11 Ogos kelmarin.

Ia merupakan satu program kolobrasi antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Terengganu di dalam Malaysia Fest 2016.

Sejarah hubungan Terengganu dan Singapura bukan baru, tetapi telah berkurun lamanya, seusia kemasyhuran Terengganu di bidang pelayaran dan kelautan (marin) sejak dahulu lagi.

Kini untuk melancong ke Terengganu mereka boleh memilih laluan udara mahupun jalan raya berikutan wujudnya LPT 2.

Bagi orang Singapura, Terengganu sebenarnya amat sinonim dengan mereka dan cukup meresap ke dalam jiwa mereka.

Menurut urusetia, Sempena Beautiful Terengganu ini sebanyak 65 pameran yang melibatkan Travel Fair dengan 20 pengiat pelancongan negeri dan 28 usahawan-usahawan IKS Terengganu yang menyertai.

Manakala bagi “Travel Fair’ terdiri daripada agensi-agensi pelancongan, perhotelan dan Homestay yang menawarkan pelbagai pakej-pakej pelancongan antaranya, pakej menyelam skuba, pakej eco pelancongan di Tasik Kenyir, pakej lawatan islamik, pakej berbulan madu, pakej berkuda, pakej helicopter ride, pakej jejak warisan dan lain-lain lagi pakej menarik yang di tawarkan.

Bagi Jualan produk-produk pula menawarkan produk-produk kraftangan seperti batik, songket, anyaman, ukiran kayu dan tembaga.

Untuk produk IKS Negeri Terengganu seperti Keropok Lekor, Nasi Dagang Frozen, rempah ratus masakan Terengganu, kayu keramat dan karipap ikan.

Terdapat juga produk istimewa daripada pertanian seperti melon manis Terengganu, produk rosella Terengganu dan produk madu asli ole-ole Terengganu.

Manakala Trade Show daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti Terengganu Incorporated dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,PMINT.

Bagi aktiviti-aktiviti kebudayaan dan keseniaan juga turut di adakan demonstrasi dan persembahan lain seperti mencanting batik, tenunan songket tradisional, seni ukiran kayu, seni anyaman kraf, pertunjukan silat kura-kura, pertujukan gasing terbang masakan makanan dan kuih Tradisional Terengganu.
Persembahan kebudayaan termasuk Ulek Mayang, Rodat dan Gamelan.

Sesungguhnya idea dan hasrat Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman kini telah direalisasikan menjadi kenyataan.

Ahmad Razif telah berulang kali menyebut tentang keindahan dan keistimewaan Terengganu dan produk produk pelancongan itu amat perlu ‘dijual’ di luar negara.

Kita yakin Beautiful Terengganu di Singapura ini permulaan yang baik dan menjadi, bertepatan dengan Tahun Melawat Terengganu, TMT 2017.

Ahmad Razif berkata, kita akan meneruskan usaha usaha mempromosikan produk pelancongan melalui konsep Beautiful Terengganu ini di luar negara supaya industri pelancongan Terengganu berkembang pesat untuk menjana ekonomi negeri, kerana industri pelancongan mendatangkan pulangan hasil yang memberangsangkan.

Ahmad Razif meminta kempen Tahun Melawat Terengganu TMT 2017 digiatkan dengan lebih meluas lagi.

“Saya berharap mulai sekarang setiap program dan aktiviti di Terengganu di oreantasikan dengan TMT 2017,” katanya kepada Pengarang The Iman Tribune.

Pengarang percaya kesungguhan Menteri Besar yang kini juga mengetuai sendiri portfolio Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan memperhebatkan lagi industri itu kini dan akan datang.

Bila Ketua Kerajaan sendiri mengetuai portfolio pelancongan dan kebudayaan , ia merupakan simbolik dan petanda bahawa Terengganu amat serius memaju dan memperhebatkan industri pelancongan ini untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dan negeri.

Semoga mencapai kejayaan, sama sama kita anak Terengganu doakan.
TAG