Ghazali Juru Cakap Sayap KIRI

Ghazali Mungkir Janji, Khianat Undi Rakyat

“Saya akan setia dan taat kepada Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagaimana saya setia dan taat kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said,”

Itulah kata-kata yang pernah di ungkap oleh Ghazali Taib selepas pertukaran Menteri Besar Ketika itu, tetapi hari ini Ghazali telah menunjukkan talam dua muka apabila cuba mengugut MB dan mengaitkan nama istana supaya melihatkan keadaan yang tegang antara MB dan Mantan MB.

Beliau mempersoalkan kedudukan rapuh BN dengan kerusi BN 17, PAS 14 dan PKR 1 menyebabkan Adun tidak tahu bagaimana untuk menguruskan rakyat.

Bagaimana beliau boleh menjadi seorang YB jika tidak tahu mengurus rakyat? Sedangkan beliau di pilih oleh rakyat, Ghazali tidak boleh menyalahkan kepada Razif kerana Razif telah di beri kepercayaan dan amanah oleh Y.A.B Perdana Menteri dan di perkenan perlantikannya oleh Istana sebagai MB.

Semasa Razif menerima jawatan Menteri Besar, Razif tidak sesuka hati untuk memecat sesiapa atau terus bertindak drastik membuang kuncu-kuncu Ahmad Said yang menghentamnya malahan mengekalkan kedudukan mereka dan melayani dengan baik.

Razif memberi peluang setiap EXCO dan YB untuk berkhidmat dengan terus berbakti kepada rakyat, apabila ada yang tidak 'perform' beliau masih lagi memberi peluang sehingga kini baru sedikit perubahan portfolio EXCO dan beberapa jawatan lain untuk mempekemaskan jentera bagi menghadapi PRU14 yang makin hampir.

Razif memerlukan orang yang taat setia kepadanya untuk memastikan sokongan rakyat kepada BN dan mendapat kepercayaan rakyat, jika ada wakil rakyat sendiri gagal dalam melaksanakan amanah yang di beri tidak boleh di salahkan kepada Razif, Razif tidak ada pilihan lain kecuali bertindak menyusun jenteranya semula.

Ahmad Said sebelum ini pernah bersumpah "Wallahi Wabillahi Watallahi..." tidak akan keluar parti dan tidak akan lompat parti, lalu beliau mentandatangani persetujuan tempoh setahun sahaja menjadi Menteri Besar jika beliau gagal mendapatkan majoriti 29 kerusi, ternyata hanya 17 kerusi sahaja yang tinggal untuk BN.

Ahmad Said perlu akur dengan dengan sumpahnya dan telah meletak jawatan, oleh itu Ghazali perlu bersikap professional dan perlu melihat ke hadapan untuk merealisasikan kata-katanya sebelum ini untuk taat setia kepada Razif.

Ghazali perlu ingat semasa berlaku pertukaran MB, beliau antara orang yang memberontak malah mengugut untuk keluar parti sekaligus menikam rakyat yang memberi kepercayaan dan undi kepadanya dan beliau sendiri pernah di serang oleh rakyat kerana pengkhinatannya kepada undi yang di beri rakyat.

Ghazali tidak perlu mempersoal kedudukan Razif atas penarikan 'Dato Seri' kerana itu hak Sultan dan Razif sendiri akur dengan penarikan itu malahan menerima apa-apa keputusan ketika itu, tetapi Perdana Menteri, Najib Razak memaklumkan Razif kekal MB setelah PM mengadap Tuanku.

Jika Ghazali mempersoalkan perkara tersebut ibarat menidakkan keputusan yang telah di buat PM setelah mengadap Tuanku, ibarat Ghazali menderhaka dengan keputusan yang di buat.

Tindakan Ghazali membuat sidang media khas untuk meghentam Menteri Besar ibarat menidakkan kepimpinan UMNO, Ghazali Taib perlu meletak jawatan dahulu sebelum membuat kenyataan Akhbar tersebut, kerana tindakannya samalah seperti pembelot kepada UMNO dan rakyat.
TAG