Letak Jawatan Exco Kalau Tidak Setuju

ADUN Ajil, Ghazali Taib telah dinasihatkan oleh Pengerusi Biro Maklumat dan Perhubungan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar untuk meletakkan jawatan sebagai EXCO Negeri.

Wan Abdul Hakim mengakui, ia mungkin tindakan drastik bagi Ghazali tetapi itulah yang terbaik bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar di bawah Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

"Ghazali adalah kaunselor kerajaan, dalam kumpulan utama, pembuat polisi serta pelaksana. Kenapa mengkritik kerajaan di bawah kepimpinan Ahmad Razif sebagai tidak berfungsi sedangkan beliau (Ghazali) berada dalam kerajaan?"

"Ini bermakna, beliau juga gagal. Beliau mesti memberi penerangan lanjut apa yang dimaksudkan tidak berfungsi dan bukannya memberi kenyataan yang secara am yang mengelirukan". katanya.