PAS Terengganu Kecewa Lagi - Sidang DUN

PAS Terengganu kecewa lagi kali ini kerana kesempatan terbaik untuk mengambil alih pentadbiran negeri telah digagalkan oleh bekas menteri besar Terengganu.

Kehadiran Ahmad Said pada jam 9.30 pagi tadi telah menceriakan kem PAS dimana angan-angan telah dipasang sebelum ini dengan mengambil perjalanan yang mudah untuk mentadbir negeri Terengganu.

Semalam dalam sidang media yang diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ada menyatakan bahawa PAS sudah bersedia untuk menguruskan negeri itu dan pihak pemuda PAS memberi sepenuh kerjasama membantu PAS menguasai kerajaan.

Jelas sekali PAS Terengganu sangat lemah sehinggakan dalam keadaan UMNO bergolak sesama sendiri masih tidak dapat berbuat apa-apa dan sanggup menunggu untuk pilihanraya yang akan datang.

Selain itu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui dirinya keseorangan sekiranya membawa usul undi tidak percaya pada Menteri Besar Haji Ahmad Razif Abd Rahman di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang ini.

“Saya tidak tahu. Apa boleh saya buat? Saya hanya seorang,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di sini.

Ahmad Said sebelum ini mencabar Ahmad Razif supaya meletak jawatan jika tidak mahu kerajaan negeri terus berada dalam keadaan tidak stabil.

Enam orang exco Ahmad Razif dan beberapa Adun BN dikatakan akan bertindak memboikot sidang DUN yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, selain daripada Adun PAS-Rhu Rendang, semua exco dan Adun BN hadir dalam sidang DUN.

Sementara itu, Exco Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib menyifatkan polemik politik di Terengganu seperti adik beradik yang saling ingat mengingati.

“Biasalah adik beradik saling ingat mengingati. Kami semua satu pasukan, satu kepimpinan.

“Barisan exco berfungsi dan berjalan seperti biasa. Sebelum ni tiada apa-apa pun. Disensasikan oleh media sahaja.

Menurut Ghazali, beliau mengharapa tiada masalah yang akan timbul dalam sidang DUN kali ini yang boleh membawa kepada pembubaran DUN sekaligus mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Ini harapan kita. Ahmad Said datang sebagai wakil rakyat BN dan komitmen kepada parti tidak pernah pudar pada dirinya.

“Cuma orang buat gimik, buat sedemikian rupa. Itu yang tidak betul sedangkan semangat UMNOnya kuat,” ujarnya.



TAG