VIDEO : Haji Pa Bersumpah Depan Kaabah Menafikan Fitnah

Video berdurasi sepanjang 2 minit 51 saat telah dimuat naik Haji Mustapha Abd Rahman yang menafikan bahawa beliau telah menyeleweng wang program perarakan bot terbesar negara.

Beliau membuat rakaman video sumpah itu dihadapan Kaabah semasa beliau mengerjakan umrah dihujung ramadhan lalu.

Beliau turut menafikan FITNAH yang telah dilemparkan kepadanya oleh orang no 1 dalam umno kemaman.

Berikut adalah ucapan yang telah dimuat naik oleh beliau.

Alsalam mualaikum semua shbt FB saya yang saya hormati,.

Sudah 6 hari saya memikirkan beratus kali memikirkan haruskah saya keluarkan rakaman video sumpah laknat ini bagi menafikan ucapan KB bahagian kemaman menuduh saya secara terbuka dengan berbagai tuduhan semasa perasmian pecah tanah umno bahagian kmn pada 30hb julai yang lepas.

Mmg rakaman video ini saya sediakan krn drp moral telah banyak disebarkan oleh pemfitnah sebelum ini yang saya tidak tahu apa tujuan sebenarnya niat mereka.

Saya mengaku KB kemaman pernah pada tàhun 1995 -1998 dalam satu team pemuda kemaman sebagai naib ketua pemuda umno bahagian  kemaman tapi bukan direstui oleh beliau,  saya bertanding membawa suara ahli pemuda UMNO kemaman sehingga waktu ini saya tidak pernah sependapat dengan KB.

Saya orang UMNO yang yakin dengan kepimpinan yab ds najib tun razak, yab  ds ahmad zahid hamidi serta kepimpinan yab tuan haji Ahmad Razif Abd Rahman menteri besar trg DI harus mempertahan instiusi UMNO yang berpaksikan agama bangsa dan negara.

Saya bukan ada platform untuk saya jelaskan semua tuduhan pada saya, hanya melalui medium alam maya ini saya yakin dapat membersihkan nama saya diatas semua tuduhan pada saya.

#allahhanyasatu#


video