ROMPAKAN DI ATM SABASUN


SATU kejadian rompak dan samun mesin pengeluaran wang segera (ATM) yang terletak dibangunan pasaraya Sabasun 2 cawangan Gong Badak, Kuala Nerus pagi ini.

Menurut laporan yang dibuat, mesin ATM Bank Islam telah dipecahkan  oleh tujuh lelaki bertopeng lebih kurang jama 2.15 pagi .

Menurut laporan pengawal keselamatan yang sedang bertugas ketika itu beliau diikat serta dikurung dalam bilik stor belakang bangunan berkenaan dan berjaya melepaskan diri kira-kira jam 6.00 pagi tadi serta membuat pemeriksaan dikawasan bangunan itu.

Walaubagaimanapun pegawai kesalamatan tersebut mendapati mesin ATM tersebut telah tebuka dan berselerak dan satu laporan polis telah dibuat disini.

Kes ini jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga sepuluh (10) tahun atau denda atau sebat (Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan).

Maklumat awal anggaran kerugian Bank Islam adalah sebanyak RM285,000 dan Sabasun RM300,000 - RM500,000. Maybank RM 30,000. -TerengganuTimes