"Saya Doakan Kejayaan Semua Pelajar (UPSR) Dari Sini" - MB

Assalamualaikum WBT,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada seluruh anak-anak saya yang bakal mengambil peperiksaan tersebut bermula esok.

Berkesempatan saya menjalani ibadah Haji di sini bersama isteri, saya mendoakan agar anak-anak saya dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik, tenang dan jaya. Tiada yang saya mampu ucapkan selain mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak saya di Terengganu.

Akan saya gunakan peluang berada di Tanah Suci ini untuk berdoa kepada Allah SWT supaya kejayaan akan menjadi milik kita semua.

Anak-anak abah, dudukilah peperiksaan dengan tenang. Banyakkan mengulangkaji semula bab-bab yang rasanya perlu dikuasai. Banyakkan membuat solat sunat Hajat, berdoa dan mengaji Al-Quran untuk ingatan yang kekal dan baik. Semoga Allah bersama dengan anak-anak abah semua.

Doa abah dan mama di sini tiada penghujungnya untuk anak-anak semua.

اللهم يسّر ولا تعسّر...