SEJARAH : Masihkah Kau Ingat Kezaliman Pejuang-Pejuang ISLAM Terengganu (PAS) 1999-2004

TAHAP KEZALIMAN PAS YANG HAMPIR MAKSIMA

1. 29 Nov., 1999 - Jam 10.30 malam pintu pagar Wisma Darul Iman dikunci.

2. 01 Dis., 1999 - Mengambil alih dan menyelongkar pejabat Menteri Besar tanpa budi bicara kononnya mencari dokumen yang mereka perlukan tetapi tiada apa kecuali sedikit wang tunai. Namun diumumkan kononnya ada berlori-lori fail salahguna kuasa ditemui.

Kenyataannya menyepi hingga sekarang. Tiba-tiba apa yang ditimbulkan kononnya bertemu wang tunai RM10 juta di pejabat dan di rumah Dato Wan. Fitnah ini disiarkan dalam Harakah (Ruangan English) 16 November 2000.

Setelah disaman oleh Dato Seri Amar Di Raja, Harakah 16 Oktober 2001 menyiarkan kenyataan minta maaf secara terbuka kononnya satu kesilapan. Al-Haq Bil.20 keluaran November 2001 membuat laporan terakhir.

3. BH: 02 Dis., 1999 - Beberapa pejabat di WDI terus ditutup (Semua Pejabat Exco, Studio 305 / JK. Kemajuan & Penerangan Agama Negeri dan Berita Darul Iman).Pekrrjanya dihimpun di tingkat 8 (Bilik peperiksaan) beberapa hari.

4. HM: 08 Dis., 1999 - Lapan pegawai tinggi Terengganu ditukar (Dalam Bulan Ramadan).

5. UM 16 Dis., 1999 - Hadi: Anggaplah pertukaran takdir Allah.

6. HM: 17 Dis., 1999 - SUK pencen awal dan Kerajaan mahukan SUK baru yang sehaluan.

7. MM: 19 Dis., 1999 - Dato Hj. Cik Mat (SUK) letak jawatan bukan dengan kerelaan hatinya.

8. UM: 16 Dis., 1999 - Dato Haji Azman Muda (Pengarah YPKT) dan Dato Haji Saidi Mohamad(Pengarah YT) ditamatkan kontrak mereka setahun lebih awal.

9. UM: 23 Dis., 1999 - Dato Safei Daud (Pengarang di Pejabat MB) ditamatkan kontraknya berakhir 18 Disember 1999 yang sepatut berakhir 17 Mei 2000.
10. BH: 30 Dis., 1999 - Terengganu pecat 15 kakitangan Studio 305.

11. BH: 03 Jan., 2000 - Pengarah, 420 pekerja agensi negeri (UPU) dipecat.

12. UM: 05 April 2000 - Kerajaan PAS Terengganu lulus lesen baru arak / Double Standard.

13. UM: 11 April 2000 - Imam muda (Masjid Marang) buang pekeliling JHEAT.

14. Al-Haq: April 2000 - Roboh kedai Mat Amin Marang tanpa pampasan.

15. Al-Haq: April 2000 - 16,000 orang miskin lewat terima bantuan.

16. Al-Haq: April 2000 - Tabika KEMAS Pengkalan Arang, Bukit Tunggal, K.Trg. diarah pindah.

17. WDI: 22 Jun 2000 - 3 sahaja lesen pemborong arak (Terengganu) diluluskan.

18. WDI: 22 Jun 2000 - 44 pegawai tinggi Terengganu ditukar.

19. Al-Haq: Sept. 2000 - Rebut J/Kuasa Masjid Gelugor Kedai, Marang: Exco PAS kalah terok.

20. Al-Haq: Sept. 2000 - Exco PAS berebut (Buat pejabat) di bangunan comel.

21. Al-Haq: Okt., 2000 - Ke mana wang minyak RM432 juta pemberian Februari
2000?

22. Al-Haq: Nov. 2000 - Penyokong PAS gomol balak Terengganu hingga kini 70,000 ekar.

23. Al-Haq: Nov. 2000 - Selepas 1,500 wargatua dipotong bantuan, rampas tanah petani, nelayan.

24. Al-Haq: Dis., 2000 - Keluar pekeliling larang pegawai negeri hadir majlis taklimat Dato Rais.

25. Al-Haq: Dis., 2000 - Pengerusi JSR tampar muka cikgu SK. Mengabang Telipot.

26. Al-Haq: Dis., 2000 - Notis roboh rumah Zakaria Jusoh Setiu, kerana tanah belum jelas lagi.


27. WDI: 08 Dis.,2000 - 420 anggota baru (UPI) dilantik bermula 01 April 2000.

28. WM: 01 Jan.,2001 - Kerajaan PAS Trg. mungkin muflis?

29. HM: 03 Jan., 2001 - Pagar Tadika KEMAS dikunci di Dungun.

30. Al-Haq: Jan.,2001 - 6 keluarga mangsa banjir yang dizalimi di Kampung La, Besut.

31. WM: 15 Feb.,2001 - Kerajaan PAS Trg. jual A&W anak syarikat TDMB, RM170
juta.

32. Al-Haq: Feb.,2001 - Kebun Pak Hassan di Alor Serdang, Setiu ditebang orang PAS.

33. Al-Haq: Feb.,2001 - Pinjaman Pelajaran ke IPT YT dihentikan oleh kerajaan PAS.

34. Al-Haq: Feb.,2001 - Warta Darul Iman (Lidah rasmi kerajaan Trg) menjadi diperalat parti PAS.

35. Al-Haq: Mac 2001 - YIT tamatkan guru agama / muballigh sejak Januari 2001.

36. Al-Haq: Mac 2001 - Bengkel Belia (Pengadang Baru) kena roboh.

37. Al-Haq: Mac 2001 - Rumah Rusop Mamat, Tanjung Alir, Alor Keladi, Jerteh kena roboh; tetapi rumah pengikut PAS di sebelahnya atas tanah belum jelas juga tidak.

38. Al-Haq: Mac 2001 - Musnah kebun kelapa sawit di Marang tanpa notis.

39. BH: 20 Mac 2001 - JK Syura Rakyat arah pindah segera tabika KEMAS Bukit Tok Ris, K.Trg.

40. Al-Haq: Apr. 2001 - Mesin-mesin jahit KEMAS di Pulau Duyong, K.Trg. diikat dengan dawai.

41. UM: 19 April 2001 - Imam tidak dipecat tetapi ditamatkan jawatan.

42. HM: 19 April 2001 - Imbuhan hafiz / hafizah ditarik balik sejak Januari 2001.

43. Al-Haq: Mei 2001 - Tiada wang: Bangunan MPKT di Gong Badak disewakan.

44. Al-Haq: Julai 2001- Terengganu rugi RM100 juta (Akibat banyak tukar pegawai).

45. Al-Haq: Julai 2001- Keluhan hafiz buta (Kerana elaun hafiz-hafizah dulu) dihentikan.

46. BH: 30 Julai 2001 - Elaun qariah berjasa Hjh. Rogayah Sulong dihentikan.

47. BH: 31 Julai 2001 - 2,048 guru al-Quran ditangguh elaun sejak Januari 2001.

48. Al-Haq:Julai 2001 - 300 kakitangan kerajaan negeri menghadapi tekanan
sertai JKKK.

49. Al-Haq: Julai 2001- Pengerusi JSR marahkan pengetua )Sek. Menengah Bt.
Tunggal).

50. Al-Haq:Julai 2001 - Hadi tengok sendiri arak bebas dijual di Pulau Perhentian.

51. Al-Haq: Julai 2001 - Hadi tidak layan pemandu lori.

52. Al-Haq Ogos 2001- Mangsa ribut PAS pilih kasih. 3 orang UMNO berdekatan tidak dilayan.

53. Al-Haq:Ogos 2001 - Musnahkan tanaman sayur atas tanah suku ekar di Anak Ikan, Setiu.

54. Al-Haq:Ogos 2001 - Tahan gaji kaki tangan kerajaan negeri kerana terlibat dengan JKKK.

55. Al-Haq: Sept.,2001 - Kebun Ustaz Yong Abdullah Pengkalan Arang, K.Terengganu dimusnah.

56. Al-Haq: Okt., 2001 - Derma mangsa kezaliman PAS (Sodok tanaman sayuran baru berbuah).

57. Al-Haq: Okt., 2001 - Premium tanah naik 700%.

58. Al-Haq: Okt., 2001 - Exco PAS ternak ayam dalam surau hasil derma orang ramai.

59. Al-Haq: Okt., 2001 - Siapakah salahguna kuasa (Mercedes TT3 dalam kebun YB.Tun Salleh).

60. BH: 29 Okt., 2001 - Terengganu musnah hutan simpan kekal di Besol, Dungun.

61. BH: 30 Okt., 2001 - PAS akui lulus 4,000 hektar hutan simpan Sungai Paka, Besol, Dungun.

62. Al-Haq: Nov.,2001 - 10,000 ekar balak simpan kekal dibahagikan kepada kroni PAS di KL.

63.JHEAT:01.11.2001- Imam Kg. Pujuk, Manir ditamatkan khidmat (Umurnya baru 58 tahun).

64. Al-Haq: Nov.,2001 - Rampas kuasa di masjid, PAS ala militan.

65. Al-Haq: Nov.,2001 - Surau Kampung Getang, Hulu Terengganu diroboh.

66. Al-Haq: Nov.,2001 - PAS pecat bilal UMNO masjid Kg. Getang, Hulu Terengganu.

67. UM: 13 Dis., 2001 - Penduduk dilarang berbuka puasa dalam masjid (Tempinis).

68. BH: 31 Dis., 2001 - Trg. pecat (Notis 24 jam) pegawai (TATI) enggan serah wang ihsan.

69. BH: 01 Jan., 2002 - Dedah Penyelewengan: TATI pecat pengurus besar.

70. HM: 02 Jan., 2002 - Perpustakaan (Terengganu) kurang bahan bacaan.

71. UM: 02 Jan., 2002 - Isu berpanjangan rugikan rakyat Terengganu  Dato Senara Muda.

72. BH: 02 Jan., 2002 - Cukai pintu: Terengganu kurang hasil RM5.4 juta (Setahun).

73. UM: 04 Jan., 2002 - ASDI tidak mampu bayar dividen bagi tahun 2001.

74. Al-Haq: Jan.,2002 - 41,000 ekar hutan simpan kekal (Balak) di Tembat (Kawasan Empangan Kenyir) ditawarkan dalam tender tertutup (Untuk Kroni PAS di KL).

75. Al-Haq: Jan.,2002 - Selamatkan harta rakyat Terengganu (Dari dirompak oleh Kerajaan PAS).



Haji Mohamad Bin Jusoh Perbohongan Pas Yang Nyata

1.      HR: 20 Dis., 1999 - Pembohongan yang paling besar dan tidak boleh dinafikan buktinya ialah setelah PAS memerintah sendiri, hukum haram dan kafir tidak dipakai lagi. Kini erat kerjasama dengan DAP sehingga YAB. Haji Hadi rela berpelukan mesra dengan Lim Kit Siang di Pejabat MB, Tingkat 16 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dahulu (Ogos 1963) PAS hukum KAFIR atau HARAM jikalau orang Islam bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara. Buktinya jelas tertera dalam Kertas Puteh Kerajaan Malaysia 08 November 1984 mengenai ancaman mempolitikkan agama.

Akibat daripada fatwa mengkafirkan itulah umat Islam di Terengganu tidak mahu ikut sembahyang di belakang imam lantikan kerajaan BN.

Dengan itu berlakulah 39 buah kampung sembahyang Jumaat berlawan (Hingga November 1999). Pada sebulan Ramadan Jun-Julai 1982 berlaku peristiwa sembahyang Tarawih 2 imam dan Jumaat bergilir dalam masjid Kg. Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang.

Demi politik pilihanraya 1999 PAS rela bekerjasama dengan DAP yang menentang penubuhan negara Islam. Inilah jadinya kalau hukum politik cari makan Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi......duwa.

2. WDI: 01 Jun 2000 - Warta Darul Iman keluaran sulong (01 Jun 2000)telah diperalatkan untuk membela AMANAT Haji Abd. Hadi. Lihat lampiran-lampiran berkenaan.

3. UM: 06 Jan., 2000 - 606 Ketua Kampung dipecat dan JKKK diharamkan kerana hanya mahu iktiraf JSR yang PAS lantik. Kini bermaharajalela mengganas, membalas dendam. Pemerintahan PAS berdasarkan puak (Asobiah).

4. BH: 14 Jan., 2000 - DUA orang isteri pemimpin PAS dilantik menjadi ahli lembaga YPKT.

5. Hingga Jan.,2002 - Patong sotong & udang di simpang lampu isyarat bandar Marang tegak berdiri tidak dirobohkan. Apakah kerana ada janggut macam orang kita? Penyu tembaga di Hotel Park Royal terus bergayutan dengan megah.

6. BH: 03 Mac 2000 - Terengganu akan roboh semua patong haiwan. Pembohongannya ialah patong udang & sotong di tepi simpang empat lampu isyarat bandar Marang tidak dirobohkan hingga sekarang.

7. UM: 17 Julai 2000 - PAS juga amal kronisma (KRONI) untuk berbagai jawatan di Terengganu. Dua beradik orang kuatnya dilantik menjadi Pengarah YPKT dan Pengarah Urusetia Penerangan negeri. Dulu kecam kroni orang.

8. UM: 17 Julai 2000 - PAS tentukan orangnya jadi AJK masjid. Seluruh masjid dilanda sengketa akibat JK pentadbiran masjid dikongkong untuk dipergunakan sewenang-wenangnya bagi kepentingan parti PAS. Sekarang membar khutbah juga sudah menjadi pentas parti buat memaki kerajaan BN.

9. WDI: 08 Nov. 2000 - YAB. Haji Abd. Hadi buat pengumuman jumpa telaga minyak Kita Cari Gali Sendiri Petroleum. Kenyataan ini menunjukkan bukti kejahilan kerana jelas bercanggah dengan perjanjian di bawah AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang telah menyerahkan segala urusan cari gali kepada Petronas (Ditanda tangani oleh Dato Haji Wan Mokhtar Ahmad MB Trg. dan Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas ketika itu).

10. WDI: 22 Dis. 2000 - YAB. Haji Hadi beritahu DUN Tiada Telaga Minyak Baru Dijumpai. Maka terjadilah 2X bohong (Dengan rakyat dan dengan undang-undang).

11. HR: 16 Okt., 2000 - Perjanjian Trg. menyerah usaha cari gali petroleum kepada PETRONAS.

12. WDI: 08 Jan.2001 - Haji Haji Harun Taib menjelaskan, pelaksanaan Islam di Terengganu sudah mula berjalan walaupun kerajaan baru belum meminda perlembagaan. Apa jadi dengan Amanat Hadi 07 April 1981 di Banggol Peradong dulu? Beliau menyebut Kita menentang UMNO / BN kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir , peraturan jahiliah.
Kalau sebenarnya perlembagaan yang ada ini perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliah; takkanlah PAS boleh mengisytiharkan sudah Islamik walaupun belum dipinda lagi. Dengan itu sahlah bahawa PAS berbohong dan selama ini menabur fitnah yang amat besar sehingga sanggup mengambil hak pemerintah mengisytiharkan SYAHID menentangnya.

13. BH: 23 Mac 2001 - Khutbah Jumaat di masjid KUSZA batal dan ahli jamaah solat Zuhur; kerana terlalu ghairah buat menghentam kerajaan BN dalam masa khutbah. YAB. Haji Hadi membelanya konon khutbahnya betul.

14. BH: 02 Ogos 2001 - Haji Hadi beritahu kepada DAP Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan. Lain benar bunyinya apabila berhadapan dengan bukan Islam.... Boleh menjadi munafiq ni !!!

15. UM: 04Ogos 2001 - YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat mengaku perkataan negara Islam tidak ada dalam perlembagaan tubuh PAS. Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu

16. BM: 22Ogos 2001 - Hadi dakwa Malaysia bukan negara Islam, selagi hukum Islam sebagaimana dalam al-Quran dan hadis diketepikan. Dua bulan sebelum ini (BH:28.06.2001) Hadi kata Perlukan Masa Yang Lama. Namun begitu ketika pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan Perlis 19 Januari 2002 PAS membuat kempen yang berbeza. Di hadapan orang Islam PAS mendakwa akan terus menubuhkan negara Islam; tetapi sebaliknya di hadapan orang bukan Islam berjanji tidak akan meneruskan usaha menubuhbkan negara Islam. PAS terpaksa pakai dua cabang lidah yang berbeza untuk berbohong di dalam keadaan dan orang yang berbeza.

17. WDI:22Ogos 2001 - Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 26-28 Ogos 2001 ini dijangka akan meluluskan 6 enakmen baru bagi memastikan Terengganu negeri pertama mengorak langkah ke arah pelaksanaan syariat Islam sepenuhnya. Sila lihat lampiran-lampiran yang berkenaan.
18. UM: 07 Mac 2000 - YAB. Haji Abdul Hadi Awang berbohong ketika menjawab soalan HUDUD dalam dialog dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu di daerah-daerah dalam tahun 2000; ternyata jawapan politik untuk melepaskan diri:

i - Kata Hj. Hadi, Pelaksanaan hudud lalui proses panjang. Sebenarnya masa tidak jadi panjang kalau Haji Hadi sedia mengambil Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) dibawa terus ke DUN Terengganu. Mengapakah Haji Hadi yang menjadi pengerusi JK penggubal EKJS(II) 1993 itu, beliau sendiri tidak sudi memakai baju yang dipotongnya? Sudah tentulah baju itu ada cacat celanya. Maka jelaslah tuduhan ke atas PM, UMNO dan kerajaan BN yang menolaknya adalah fitnah; sedang realitinya Haji Abd. Hadi sendiri yang tidak mahu hudud PAS Kelantan itu dipakai di Terengganu.

ii - Jatanya lagi, Hukum hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam - Hadi. Mengapakah selama ini memfitnah UMNO yang belum melaksanakan hudud tidak Islamik; tetapi setelah Haji Abd. Hadi sendiri yang memerintah maka hudud menjadi begitu kecil sekali iaitu satu daripada 10 ribu hukum Allah? Nampaknya ternyatalah PAS sengaja mempermainkan hudud dan hukum Allah untuk menghukum orang lain semata-mata. Giliran PAS sendiri harus belaka.

iii - Manakah dia janji dalam Harakah 28 Februari 1997 yang mendakwa akan bawa ke parlimen? Sebenarnya PAS tak akan bawa ke parlimen; kerana banyak fasal yang tercatit dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud PAS Kelantan) itu tidak menepati hudud Allah yang sebenar. Sebab itulah sudah hampir dua tahun terus bohong tinggal janji dan tidak pernah bawa lagi ke parlimen.

iv - HUDUD ALLAH hanya satu sahaja, tetapi hudud ciptaan PAS lain pula; berbeza antara Kelantan dengan Terengganu. Jikalau benarlah HUDUD Kelantan itu hudud Allah, mengapakah Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan yang didakwa sebagai HUDUD itu tidak diambil sahaja untuk Terengganu dan kini terpaksa membuat draf baru Terengganu sendiri? Yang Terengganu ini hudud mana pula? Sebaliknya LIMA enakmen Islam yang dibawa ke DUN 26-28 Ogos 2000 yang lalu pakai cedok terus Akta Parlimen 1993, 1995, 1957 dan 1998 oleh UMNO / BN dan tidak pula dibuat sendiri? Pelik juga enakmen hudud lain caranya.


19. PAS berbohong dengan membuat fitnah kepada UMNO kononnya Perjuangan Kebangsaan Melayu (Nasionalisma Melayu) adalah asobiah. Fitnah ini dilabelkan kepada UMNO demi untuk mmenutup asobiah yang sebenarnya dalam PAS. Haji Abd. Hadi Awang pernah menyalahtafsirkan hadis ASOBIAH di Hulu Terengganu pada bulan Oktober 1983 (Lihat lampiran ucapannya). Sekarang apabila PAS memerintah negeri makin jelaslah budaya asobiah itu diamalkan dengan menekan golongan puak orang lain dalam berbagai cara.

20. PAS berbohong dengan membuat fitnah kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO dan BN adalah sekular iaitu memisahkan agama dengan politik; sedangkan konsep Memisahkan agama dengan politiksebenarnya diputarbelitkan. Buku Islam & Politik cetakan September 1980 hasil kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat ada mencatatkan penjelasan konsep memisahkan agama dengan politik yang menjadi amalan orang Kristian zaman dahulu.

Muka surat 19 & 23 jelas merujuk kepada rangkaikata dalam Injil Matta 21/22 yang membawa maksud memisahkan agama dengan politik ialah ketuanya berlainan orang. Berdasarkan penjelasan itu Malaysia tidak terlibat kerana ketua agama dan politik di Malaysia adalah raja yang sama pada setiap negeri dan kerajaan sendiri yang mengendalikan segala urusan agama dengan arahan yang jelas tercatat dalam perlembagaan negara.

21. Yang terbaru Arwah Datuk Haji Fadzil Noor berbohong membuat fitnah berat kepada kerajaan BN; kononnya Malaysia memang menuju sistem komunis. Alasannya ialah kerana kerajaan BN pimpinan Dr. Mahathir Mohamad menyekat kebebasan bersuara (Harakah Bil 1208, 1-15 Februari 2002 muka 32 - dibelakang sekali). Apa yang jelas ialah bohong dan fitnah kerana kenyataan yang dipaparkan dalam Harakah yang sama ini juga menjadi bukti bahawa ceramah PAS di Indera Kayangan bebas dan bermaharalela sekali; sehingga mengganggu dan menyekat terus laluan umum di Pengkalan Asam. Saya sendiri terkandas di jalan raya berkenaan ketika melalui jalan Pengkalan Asam itu.

Muka surat 3 Harakah 1-15 Feb., 2002 ini menyiarkan tajuk Suara pembangkang masih mantap dengan gambar Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat sedang berceramah dan dituliskan dibawah gambar itu Sambutan besar kepada ceramah Tuan Guru Datuk Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat ketika berkempen di Indera Kayangan, Perlis. Kalau benar kebebasan bersuara disekat oleh kerajaan BN; mana boleh PAS dapat berceramah secara terbuka begitu hebat sekali sehingga boleh mengancam keselamatan dalam negeri?. Semua orang jadi saksi.

22. Apakah ertinya segala kecaman dan tuduhan PAS terhadap kerajaan BN dan UMNO selama ini seperti mengenepikan al-Quran, menolak hudud dan menggunakan peraturan kafir / peraturan jahiliah; sedangkan PAS sendiri juga apabila memerintah menggunakan segala peraturan dan pembangunan yang ditinggalkan oleh UMNO? PAS turut mengekalkan perlembagaan yang dulu dan tidak juga melaksanakan hudud.

Pada 26-28 Ogos 2000 DUN telah mencedok akta parlimen (1993, 1995, 1997 dan 1998) untuk kegunaan kerajaan PAS Terengganu. Inilah ertinya cakap tak serupa tulis tak serupa bikin. Natijahnya PAS khayal dalam mimpi yang dibalut oleh selimut pembohongan dan fitnah yang tebal sepanjang hayat. Cakap terasa macam terbang di angksa; tetapi sebenarnya sedang meluncur dengan PROTON SAGA yang PAS cerca.

23. Sesungguhnya usaha memperbetulkan segala penyelewengan, pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh PAS selama ini adalah suatu JIHAD dan ianya bertepatan dengan amaran Allah s.w.t dalam ayat 193 surah al-Baqarah yang bermaksud:

Dan perangilah mereka shingga tiada lagi fitnah dan (Sehingga) jadilah agama itu (Hanya) untuk Allah (Bukan untuk kepentingan sesiapa di dunia). Jikalau mereka berhenti maka tiadalah lagi permusuhan kecuali ke atas orang yang zalim
.

24. Selain daripada memberi penerangan seluas-luas dan sejelas-jelasnya kepada semua orang maka doa jua yang perlu kita akhiri setiap usaha suci ini. Semoga Allah s.w.t. MEMBERIKAN PERTUNJUK DAN HIDAYAH kepada kita agar mampu membuktikan kebenaran dan kepada mereka pula agar terkejut sedar dari lamunan mimpi mungkar dengan perjuangan yang pura-pura dan kembali berpijak ke alam nyata menerima realiti yang ada. Moga-moga umat Islam Malaysia tidak akan terus dibelenggu dengan sifat fanatik asobiah yang dikutuk oleh Nabi s.a.w, insya Allah. Wallahu-aklam.


Dato Safei Daud, 09 Februari 2002.
Penilaian Prestasi Dua Tahun PAS Memerintah Terengganu

 ALHAMDULILLAH mujurlah UMNO dan BN Terengganu kalah. Dengan itu barulah tahu keupayaan PAS memerintah. Seperti yang telah diperkatakan oleh pimpinan UMNO bahawa PAS adalah parti tukang cacat dan bukannya parti pembela umat. Namun jikalau tidak melalui ujian memerintah, andaian ini dikatakan fitnah. Sekarang segalanya terbuktilah sudah. Sindiran Cakap tak serupa bikin sangat tepat untuk dibanding. Manifestasi pemerintahan PAS Terengganu bohong dan zalim. Janji Islam yang PAS bawa adalah Islam yang seleweng.

PAS MELEPASKAN DENDAM:

Dua tahun bagi sebuah pemerintahan tidak panjang. Namun bagi PAS sudah cukup dibuat penilaian, pemerintahannya zalim melepaskan dendam. Dendam menindas orang apabila mendapat kuasa dan dendam gelojoh membahagikan harta pusaka. Institusi apa sahaja atas nama UMNO dan kerajaan pusat mesti cuba ditekan. Pegawai-pegawai yang cenderungkan UMNO amatlah terasa.

Sama ada mereka dipecat maupun ditukar merata. Operasi kegiatan kelas-kelas KEMAS dihalau dan disekat menggunakan bangunan awam milik kerajaan negeri. Bangunan-bangunan dan tanaman di atas tanah yang belum jelas penyelesaiannya dimusnah tidak berperi. Masjid-masjid dirampas secara kuku besi. Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bertindak liar sesuka hati.

 SLOGAN ISLAM, AMALAN BERCANGGAHAN:

Slogan PAS Terengganu kini berbeza dengan Kelantan iaitu Membangun Menurut Islam. Mula-mula dulu seperti Kelantan juga iaituMembangun bersama Islam. Islam kepada pemerintahan PAS Terengganu hanyalah suatu propaganda iklan; tetapi realiti amalan harian bercanggah dengan pembangunan Islam. Segala jentera dan saraf penggerak pendidikan Islam bukan makin kembang, bahkan semuanya terbantut tertahan. Manifestasi dan realitinya jelas boleh dipandang.

Elaun lebih 2048 guru al-Quran di bawah Yayasan Islam terus dibekukan. Elaun tetap RM1,000.00 sebulan hafiz dan hafizah yang diberikan dahulu turut ditahan. Imam / bilal dan muballigh yang tidak sehaluan tidak dipecat tapi ditamatkan perkhidmatan. Biasiswa dan pinjaman melanjutkan pelajaran ke IPT di bawah Yayasan Terengganu sudah menjadi abu. Bagaimanakah boleh membangun mengikut Islam di Terengganu jikalau segala agensi dan jentera pendorong ilmu ini habis beku?

4. RAKYAT DAN NEGERI PAPA PEMIMPIN KAYA SEGERA:
Sesungguhnya kezaliman kerajaan PAS Terengganu dalam pembahagian harta sangat ketara. Potongan elaun kepada kakitangan kerajaan negeri dibuat segera tetapi untuk EXCO dan ahli Yang Berhormatnya tidak jejas apa-apa. Aset anak syarikat kerajaan negeri banyak sudah terjual.

Yang pastinya PTB, A&W dan BABENA sudah tiada lagi. ASDI juga mengumumkan tidak mampu membayar dividen kepada ahli. Namun begitu rakyat sahaja yang rugi; tetapi pimpinan PAS tetap untung terutama para kroni. Kawasan balak puluhan ribu ekar dengan nilai jualan ratusan juta ringgit sedang giat dibahagikan secara tender tertutup terus bermaharajalela juga kepada para kroni.

Perlantikan kroni memenuhi jawatan kontrak dan ahli lembaga agensi kerajaan negeri pula diisi dengan kroni. Pendeknya negeri dan rakyat papa kedana tetapi pemimpin dan kroni mengumpul harta.

Inilah Membangun Menurut Islam  kerajaan PAS Terengganu. Berlindung di sebalik slogan Islam pemimpin PAS mengambil peluang. Rakyat hidup susah tetapi pemimpin hidup mewah.

5. 142 JANJI MANIFESTO PAS TERENGGANU:

Dua dari 142 janji baru ditunai. Bebas tol jambatan untuk orang kaya dan bebas cukai pintu rumah kediaman dalam Kerajaan tempatan juga untuk orang-orang berada. Si faqir miskin terus terumbang-ambing. Ada yang bantuan bulanannya dipotong, ada yang terpaksa digantung dan tidak kurang juga yang harapannya terus kosong.

Janji pembahagian tanah secara mudah hanyalah khabar sahaja yang indah. Borang permohonan dikeluarkan banyak melebihi lot yang mampu dibahagikan. Apa yang perlu kepada kerajaan PAS Terengganu ialah wang bayaran RM10.00 sekeping borang.

Akhirnya wang masuk milik kerajaan tetapi pemohon menunggu tidak ketahuan. Janji cukai tanah dibebaskan berubah menjadi premium tanah baru naik 700%. Adapun tanah yang dimilik terdahulu tetapi belum lagi dijelaskan mereka terpaksa menghadapi tekanan.

PTG dan pejabat tanah daerah bawa jentolak untuk menghapuskan harapan pemilikan. Rumah dan tanaman di atasnya tetap menjadi korban. Segala kezaliman ini disiarkan dalam akhbar bulanan UMNO Terengganu iaitu al-Haq.

6. BUDAYA BOHONG TERUS KETARA:

BOHONG sudah menjadi budaya pimpinan PAS khususnya Haji Abd. Hadi Awang. Sejak dahulu lagi sebelum menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau sudah dikesan banyak berbohong sama ada dengan cara menyelewengkan hukum Islam mengikut keperluan PAS pada sesuatu ketika atau pun menafikan realiti dengan berbagai cara. Antara pembohongan yang terbukti dapat dikesan adalah seperti di bawah:

6.1. SEBELUM JADI MB: Utusan Malaysia 27 Januari 1983 melaporkan ceramah Haji Hadi di Kuala Besut menafikan peristiwa sembahyang DUA IMAM dalam masjid Gong Pasir, Besut.

Beliau berkata, Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada PAS. Realitinya memang peristiwa itu benar-benar berlaku pada sebulan Ramadan (Jun-Julai 1982) di antara ahli jamaah imam lantikan kerajaan dengan imam PAS. Nampaknya tujuan penafian itu dibuat untuk menutup kesan akibat pengikut PAS berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Sekarang pengikut PAS yang keluar PAS sudah sanggup membuat pengakuan Mereka terpengaruh dengan amanat Haji Hadi mendirikan sembahyang Jumaat berasingan.


6.2. Dalam ceramah itu juga Haji Hadi berkata Bank Islam hanya kulit tidak beri apa-apa erti; tetapi setelah PAS memerintah Kelantan Haji Hadi memuji kerajaan PAS Kelantan Sebagai pelanggan utama Bank Islam (Harakah 20.12.1993). Sekarang pimpinan kerajaan PAS Trg. pula sudah terima berurusan dengan Bank Islam yang dikecam dahulu.

6.3. SETELAH JADI MB: Warta Darul Iman Bil.11 bertarikh 08 November 2000 menyiarkan pengumuman YAB Menteri Besar Terengganu iaitu telaga minyak ditemui dan akan menjadi hak Terengganu 100%. Sebulan kemudian, WDI Bil.14 bertarikh 22 Disember 2000 pula menyiarkan laporan dari DUN, Tiada telaga minyak baru ditemui, cuma ada tanda-tanda.

6.4. Pembohongan dari segi undang-undang pula jelas Hadi Hadi berkata mungkin tidak akan diserahkan kepada Petronas. Apakah Haji Hadi tidak membaca perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 bertarikh 22 Mac 1975 yang telah menyerahkan untuk selama-lamanya dan memindahkan hak kepada Petronas. Bagaimanakah Haji Hadi boleh berbohong dengan jaminan tidak akan diserahkan kepada Petronas?

6.5. Berita Harian 03 Mac 2000 melaporkan pimpinan kerajaan PAS Terengganu berjanji akan merobohkan semua patung haiwan setelah patung penyu di bulatan Ladang dibuang. Pembohongannya ialah patung haiwan yang lain tidak dihapuskan. Beberapa ekor patung penyu tembaga di Hotel Primula (Park Royal) milik kerajaan negeri terus kekal memanjat pokok. Yang ini halal kerana menarik pengunjung ke hotel itu. Patung udang & sotong di kawasan lampu isyarat simpang empat bandar Marang juga terus tidak dirobohkan. Ada orang kata Patung sotong & udang ada janggut macam orang kita. Sebab itu tidak boleh dibuang. Inilah natijahnya kalau hukum Allah direka sendiri.

7. PEMBOHONGAN HUKUM-HUKUM ISLAM:

Fenomena inilah yang telah membawa perpecahan dan menjejaskan aqidah umat Islam. Antara bukti hukum-hukum rekaan yang didakwa hukum Allah ialah Kafir bekerjasama dengan orang kafir; tetapi sekarang kerana PAS dapat faedah bersama sudah menjadi HARUS PAS bekerjasama dengan DAP.
Masjid-masjid yang dibina oleh Kerajaan BN dikatakan masjid DIRRAR; tetapi sekarang apabila PAS memerintah sendiri semua masjid dahulu itu telah dipergunakannya. Ke mana perginya hukum dahulu itu?

Beri lesen arak & judi adalah menghalalkan yang haram, tetapi kini kerajaan PAS juga sama memberikan lesen arak.

Kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, tetapi setelah PAS yang memerintah sendiri perlembagaan yang sama itu juga digunakannya dan tidak dibuat apa-apa pindaan pun.

Kafir kerana kata politik suku agama suku, sedangkan konsep yang sebenar dan realiti amalan di Malaysia terutama kedudukan agama dalam perlembagaan negara tidak diperjelaskan.

Perjuangan Kebangsaan Melayu (Nasionalisma) adalah asobiah, yang ini terang-terang Haji Hadi menyalahtafsirkan hadis asobiah dan tidak membaca hadis jawapan Rasulullah s.a.w. kepada soalan sahabatnya yang memberikan makna asobiah itu.

Dia menolong kaumnya atas asas kezaliman. Apatah lagi makna mengikut kamus langsung tidak dipedulikan.

 8. AMANAT HADI KEPALA SEGALA PEMBOHONGAN:

Hukum rekaan Haji Hadi dalam amanat inilah berupa khurafat yang paling besar dan membahayakan perpaduan serta aqidah umat Islam. Selain daripada hukum-hukum di dalamnya bercanggah terus dengan hukum Allah dan realiti Malaysia; soal-soal teknikal juga banyak pembohongan.

Sebab itulah Haji Hadi serius benar membuat berbagai kenyataan demi untuk memperbetulkan amanat itu; tetapi jelas pembetulan itu menambahkan pembohongan.

Apabila Haji Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu beliau menggunakan lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu untuk MEMBOHONGI amanat Haji Hadi. Ada EMPAT pembohongan mengenai amanat ini yang dapat dikesan disiarkan dalam Warta Darul Iman. TIGA dalam keluaran sulungnya pada 01 Jun 2000 (Haji Hadi) dan satu dalam keluaran ke 23 pada 08 Mei 2001 (Mufti Trg.):

8.1. Dalam WDI 01 Jun 2000 Haji Hadi mendakwa amanat Hadi sudah selesai dan Majlis Agama Islam Kebangsaan telah memutuskan ianya tidak salah dari segi agama.

Apa yang bohong kerana kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Saya telah meminta Haji Hadi memberikan bukti bertulis mengenainya (Lihat Utusan Melayu 21 Julai 2000). Sampai sekarang tidak dapat dibuktikan. Saya telah menerima juga surat jawapan rasmi daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri MJPM/AHZA/07/1(16) bertarikh 20 Jun 2001 yang menjelaskan bahawa Muzakarah Fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 16 telah berbincang tentang amanat Haji Hadi di Pekan, Pahang pada 18 & 19 Februari 1986 dan memutuskan Amanat Haji Hadi Bercanggah Dengan Islam.

Fatwa ini disiarkan oleh Utusan Melayu dan Utusan Malaysia 20 Februari 1986. Maka ternyatalah Haji Hadi berbohong besar menafikan realiti.

8.2. Pembohong kedua dalam WDI 01 Jun 2000 lagi ialah Haji Hadi menafikan PAS mencetak amanat tersebut. Daripada bukti yang sahih saya dapati dalam Kertas Putih Kerajaan Malaysia 26 Februari 1986 mengenai MEMALI 19 Nov.,1985 mempamerkan amanat Haji Hadi itu ada empat versi. Dua versi jawi masing-masing dicetak oleh bahagian penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.

Dua versi rumi pula masing-masing dicetak oleh PAS Malaysia dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Selain daripada itu kita menemui amanat Haji Hadi digantung dalam masjid Taqwa (Kepunyaan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu). Amanat itu baru diturunkan pada bulan Mei 2001 selepas kita mengambil gambarnya. Kalau bukan PAS yang cetak masakan boleh digantung pada dinding masjid Taqwa Batu 6 Kuala Terengganu.


8.3. Pembohongan yang ketiga WDI 01 Jun 2000 ialah Haji Hadi kata ucapan amanatnya itu berdasarkan kandungan kitab Mustika Hadis jilid pertama. Harakah 1-15 Mei 2000 turut menyiarkan fotostat bahagian muka surat berkenaan.

Daripada bukti Harakah itu pula lagi jelas dapat dianalisa bahawa tidak ada langsung persamaannya. Dalam kandungan Mustika Hadis langsung tidak menyebut hukum mengekalkan perlembagaan penjajah, mati syahid menentang orang yang mengekalkan perlembagaan penjajah dan tiada sedikit pun menyentuh soal politik suku agama suku seperti dalam amanat Haji Hadi itu.


8.4. Mufti kerajaan negeri Terengganu juga turut dilibatkan untuk membela amanat Haji Hadi. Dalam Warta Darul Iman ke 23 bertarikh 08 Mei 2001 menyiarkan kenyataan Mufti bahawa Amanat Haji Hadi tidak pernah dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Pembohongan kenyataan mufti ini dapat dibuktikan melalui kenyataan dalam surat menteri di Jabatan Perdana Menteri pada butiran 8.1 di atas yang menjelaskan perbincangan amanat Haji Hadi dibuat oleh Muzakarah Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke 16 yang bersidang di Pekan, Pahang pada 18-19 Februari 1986. Masa ini mufti Terengganu sekarang belum menjawat jawatan ini lagi.


9. BOHONG DENGAN ENAKMEN ISLAM (DUN 26-28 OGOS 2001):

Semua pimpinan PAS Terengganu kecuali YB. Tun Salleh Abas seorang sahaja yang tidak menafikan 5 daripada 6 enakmen Islam yang dibawa ke DUN Terengganu pada 26-28 Ogos 2001 adalah diceduk terus akta parlimen 1993, 1995, 1997 d1n 1998 untuk kegunaan negeri-negeri tiada raja.

Khususnya DUN Terengganu mengguna pakai enakmen pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan untuk negeri Terengganu. Ini bermakna PAS berbohong dengan fitnah kerajaan BN tidak menggunakan undang-undang Islam; sedangkan undang-undang Islam yang dipakai oleh negeri BN dicedok untuk negeri Trg. Berdasarkan siaran Warta Darul Iman 22 Ogos 2001 terdapat TIGA pembohongan dibuat mengenai enakmen pentadbiran Islam Terengganu 1422H/2001M bil. 2 hingga 7/2001:

9.1. ENAKMEN BARU: Tidak langsung dinyatakan ia telah diguna pakai oleh Wilayah Persekutuan semenjak tahun 1993 lagi. Seolah-olah enakmen tersebut dibuat sendiri oleh PAS Terengganu. Apatah lagi dengan kata-kata JK. Pelaksanaan syariah kini terus menggubal undang-undang lain dalam usaha menjayakan cita-cita kerajaan dan rakyat. Dengan ini tentulah semua orang yang membaca Warta Darul Iman akan mengakui bahawa PAS sendiri yang menggubalkan semuanya.

9.2. TERENGGANU NEGERI PERTAMA: Rangkaian kata 
Terengganu negeri pertama ini lebih jelas lagi membuktikan bahawa PAS Terengganu mahu dianggap bahawa dialah orangnya yang mula-mula memperkenalkan enakmen Islam ini. Tidak timbul lagi PAS menceduk hak orang lain sebagaimana yang sebenarnya berlaku sekarang.

9.3. KE ARAH PELAKSANAAN ISLAM SEPENUH: Ini sangat melampau. Kepada BN yang telah menggunakan enakmen ini difitnah tidak Islamik; tetapi untuk PAS dengan lulusnya enakmen ini ke arah Islam sepenuh. Apakah tanpa hudud pun boleh jadi sepenuh juga?


10. TERENGGANU SUDAH MELAKSANAKAN ISLAM WALAUPUN KERAJAAN BARU BELUM MEMINDA PERLEMBAGAAN (WDI - 08 JANUARI 2001):

Apakah ertinya kenyataan YB. Haji Harun Taib (Exco PAS Terengganu) dalam Warta Darul Iman ke 15 pada 08 Januari 2001 ini? Kalau diikutkan hukum dalam amanat Haji Hadi jelas Mati syahid menentang orang yang mengekalkan perlembagaan penjajah .

Sekarang bagaimana pula boleh keluar kenyataan Perlembagaan belum dipinda pun sudah diterima pelaksanaan Islam. Inilah hukum Islam PAS yang masing-masing dibuat mengikut nafsu sendiri berbeza-beza di antara pimpinan mereka. Demikian juga Haji Hadi sendiri yasng membuat kenyataan terbaru dalam Berita Harian 02 Ogos 2001 kepada DAP Sehubungan itu, tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan. Memang semua pimpinan PAS tiada istiqamah pada memperjuangkan hukum Allah dalam perjuangan hidup mereka. Beginilah lakonan ulamak caca-marba (Ulama-us-suu).
11. DULU HADI KATA MAHKAMAH SYARIAH BESUT MAHKAMAH THOGHUT; TETAPI SEKARANG MAHKAMAH SYARIAH ITU SUDAH DIIKTIRAF MAHKAMAH ISLAM:


Ucapan Haji Hadi di Wakaf Cagak, Batu Rakit, Terengganu pada 21 Februari 1981 menyebut Tak apalah dia buat, dia buatlah mahkamah. Dia bicaralah di mahkamah. Mahkamah Thoghut, Mahkamah Iblis, bukannya mahkamah Islam. Saya tegaskan malam ini mahkamah itu bukannya mahkamah Islam, hatta mahkamah Firaun. Sekarang setelah Haji Hadi menjadi MB mahkamah syariah sudah diiktirafnya. Warta Darul Iman ke 5 pada 08 Ogos 2000 memberitahu, Menteri Besar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa siapnya bangunan Mahkamah Syariah yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu itu adalah titik mula ke arah pelaksanaan Islam sepenuhnya di negeri Terengganu.

Hukum apakah ini? Dulu lain sekarang lain.
Dengan nyatalah semua hukum yang PAS bawa bukan hukum Allah tetapi adalah hukum politik cari makanWaharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi duwa.

12. HUDUD ALLAH DIPERMAINKAN PAS:

Utusan Malaysia 23 Januari 2002 menyiarkan kenyataan YB. Haji Harun Taib dengan tajuk Draf hukum hudud di peringkat akhir. Menerusi kenyataan ini terbuktilah bahawa PAS mempermainkan hudud Allah. Pada 25 November 1993 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan diluluskan.

EKJS(II) ini dipanggil oleh PAS sebagai HUDUD. Oleh sebab banyak bercanggah dengan hudud Allah yang sebenar maka saya namakan EKJS(II) itu HUDUD PAS. Namun apa pun panggilan, PAS tetap memfitnah UMNO dan PM menghalang pelaksanaannya.

Walaupun kerajaan PAS Kelantan masih tidak mewartakannya dan janji Harakah (Bil. 851 Jumaat 20 Syawal 1417 bersamaan 28 Februari 1997) akan dibawa ke parlimen tidak menjadi kenyataan hingga sekarang; namun Kelantan tetap mengadakan sambutan HARI HUDUD setiap tahun. Apa yang perlu dipersoalkan ialah sekiranya EKJS(II) Kelantan itu benar-benar hudud Allah mengapakah YAB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang (Menteri Besar Terengganu) tidak bersedia mengambilnya untuk digunakan di Terengganu? Apa pasal bersusah payah menggubal hudud PAS Terengganu sendiri pula? Berapa perkara hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS ini?

Hudud Allah hanya satu sahaja. Ini tentulah hudud PAS yang berbeza-beza antara negeri. Perlu diminta penjelasan apakah beza hudud Kelantan tahun 1993 itu dengan Terengganu 2002.




 
TAG