#Bajet2017Terengganu : Bersama Melangkah Ke Hadapan - Ringkasan



RINGKASAN BAJET 2017 TERENGGANU

#BersamaMelangkahKeHadapan

KESAN LANGSUNG KE ATAS EKONOMI NEGERI

Kerajaan Negeri beriltizam memastikan kejayaan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi Terengganu (TETP). TETP memerlukan sedikit masa untuk dituai hasilnya kerana ia bersifat program transformasi ekonomi jangka sederhana iaitu selama 5 tahun.

Melalui TETP, kadar pertumbuhan ekonomi Negeri disasarkan meningkat daripada 4.4% dalam tahun semasa, iaitu satu angka yang sangat baik dalam senario ekonomi dunia sekarang, kepada 8% pada tahun 2020 dan seterusnya.

ANGGARAN HASIL 2017

Anggaran perolehan hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2017 dijangka sebanyak RM 1.697 bilion. Pada tahun 2016, anggaran perolehan hasil ialah sebanyak RM 2.02 bilion. Namun setelah dibuat pengubahsuaian, anggaran hasil yang dijangka adalah RM1.473 bilion.

Berdasarkan angka – angka ini, 2 perkara ingin saya sentuh.

PERTAMA, pengubahsuaian perbelanjaan yang dibuat adalah berdasarkan keadaan dan situasi yang sebenar dan realistik. Kita tidak membuat bajet angan-angan apatah lagi membuat perbelanjaan di luar kemampuan kita untuk berbelanja.

KEDUA, langkah pengubahsuaian adalah sangat tepat kerana terbukti, dengan jangkaan hasil yang bertambah pada tahun hadapan (berbanding angka selepas dibuat pengubahsuaian dalam tahun semasa), kita kini mempunyai ruang dan fleksibiliti untuk mengurus kewangan Negeri dengan lebih selesa.

Kerajaan Negeri juga menjangka pendapatan daripada Hasil Cukai adalah sebanyak RM 58.73 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 202.4 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.436 bilion. Daripada jumlah tersebut, 77.36% adalah daripada pemberian Dana Khas Kerajaan Persekutuan(DKKP), sementara baki 22.64% adalah daripada hasil Negeri sendiri.

Sesuatu yang positif daripada angka – angka ini ialah hasil selain daripada DKKP semakin meningkat dan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada DKKP semakin berkurang iaitu daripada 85% dalam tahun semasa, menurun kepada 77.36% dalam tahun 2017. Ini adalah satu strategi yang kita akan teruskan.

ANGGARAN BELANJAWAN 2017

Bajet Defisit Terengganu 10%

Bajet 2017-  RM1.867 bilion 

Hasil 2017 -  RM1.697 bilion(Anggaran)

1)        Perbelanjaan Pengurusan Negeri - RM1.867 bilion
2)        Perbelanjaan Pembangunan Negeri - RM739.70 juta
3)        Kumpulan Wang Bekalan Air-  RM2.97 juta


  • ·         Perbelanjaan Mengurus - RM85 juta, Perbelanjaan Tanggungan
  • ·         Perbelanjaan Bekalan - RM1.782 bilion
  • ·         Perbelanjaan Bekalan - RM1.272 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap,
  • ·         Perbelanjaan Emolumen - RM287.9 juta
  • ·         Perkhidmatan dan Bekalan - RM192.24 juta
  • ·         Aset - RM28.24 juta
  • ·         Lain-Lain Perbelanjaan - RM1.16 juta


A.   Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap

·         RM540 juta - dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan Projek-Projek Pembangunan, 

·         RM200 juta - pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun, 

·         RM118 juta - pemberian kepada Pelbagai Agensi dan Kumpulan Wang, RM57.86 juta - bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 

·         RM304.24 juta - pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 - Pelbagai Perkhidmatan.



B.    Sektor Pembangunan - 63%

 RM466.9 juta - diperuntukkan untuk Pembangunan Sosial, merangkumi 5 sektor
1.      Pendidikan,
2.      Infrastruktur & Kemudahan Awam,
3.      Pembangunan Bandar & Luar Bandar,
4.      Sukan dan Perumahan,

C.  Pentadbiran - 27%

RM197.18 juta - merangkumi 4 sektor

1.      Teknologi Maklumat (ICT),
2.      Pentadbiran Am,
3.      Projek Khas dan
4.      Projek Penting Luar Jangka

D.   Ekonomi - 10%

RM77.61 juta -  merangkumi 3 sektor
1.      Pertanian,
2.      Pelancongan dan
3.      Industri termasuk IKS.

PENGURUSAN KEWANGAN SECARA BERHEMAT

1.      Pada #Bajet2017, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang sama sepertimana tahun 2016 supaya jumlah perbelanjaan mencukupi dan projek-projek pembangunan dapat diteruskan.

2.      #Bajet2017 ini juga tertakluk kepada pengubahsuaian tertentu dengan mengambil kira jumlah hasil yang dianggar dapat dikutip.

3.      Kerajaan Negeri akan mengamalkan „Outcome Based Budgeting bagi memastikan konsep “Value For Money”, tercapai.


Langkah – langkah tambahan pengawalan bajet dan pengurusan kewangan

Yang Pertama : Perbelanjaan secara “Hands On” J
Yang Kedua : Mengoptimumkan sumber yang ada (do more with less)

Anugerah dan Pengiktirafan

Kerajaan Negeri telah menerima pengiktirafan “Sijil Bersih” bagi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2015. 

Dan yang terbaharu, 8 buah Jabatan Negeri telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan INDEKS AKAUNTABILITI 2015.

STRATEGI DAN KEUTAMAAN BAJET 2017
Bajet 2017 menggariskan tiga strategi

STRATEGI PERTAMA :

Meningkatkan Keupayaan Daya Tahan Ekonomi Negeri Dalam Mendepani Suasana Ekonomi Dunia Yang Tidak Menentu

STRATEGI KEDUA :

Memperkasa Pembangunan Modal Insan Sebagai Pelaburan Jangka Panjang Yang Terjamin Keuntungannya

STRATEGI KETIGA :

Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat Melalui Pengwujudan Peluang Membangunkan Kapasiti

Bagi memastikan tiga strategi yang digariskan tercapai, enam sektor teras akan diberi perhatian khusus melalui Bajet ini:

Pertama : Pelancongan
Kedua : Pendidikan
Ketiga : Belia & Sukan
Keempat : Pekerjaan
Kelima : Perumahan
Keenam : Kesihatan

STRATEGI PERTAMA: Meningkatkan Keupayaan Daya Tahan Ekonomi Negeri Dalam Mendepani Suasana Ekonomi Dunia Yang Tidak Menentu

SEKTOR PELANCONGAN

Sehingga Ogos 2016 - 3.63 juta pelancong telah berkunjung ke Terengganu. Berakhir 2016 - 4.7 juta pelancong 

Tahun 2017 - Tahun Melawat Terengganu (TMT 2017) atau Visit Beautiful Terengganu

4 kluster pelancongan atau produk dan destinasi telah dibentuk:

Kluster Pertama : Pantai & Pulau
Kluster Kedua : Tasik Kenyir
Kluster Ketiga : Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu
Kluster Keempat : Lain-Lain Produk termasuk Seni & Budaya, Sejarah Warisan dan Destinasi berkonsepkan Eco, Nature & Adventure.

Antara Promosi TMT 2017 

Pesona Terengganu 2015 - Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Beautiful Terengganu 2016 - Visit Beautiful Terengganu  di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 23-27 Mac 2016, 

Beautiful Terengganu 2016 - Expo Hall Changi,Singapura pada 11-15 Ogos 2016.
Di Johor Bahru, jualan T-Kitchen mencecah RM2 juta. Syabas dan tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, pulangan yang diterima bukan sahaja dalam bentuk nilaian wang ringgit malah juga dari segi keberadaan dan sebagai satu strategi pemasaran.

TMT 2017 -  RM80 juta akan diperuntukkan untuk Sektor Pelancongan.

Menjayakan TMT 2017

15 Touch Points  Sektor Pelancongan
 
Pertama - Memperkasa Pusat Penerangan Pelancongan sedia ada dan membuka Kiosk Penerangan Pelancongan di setiap Daerah.

3 Pusat Penerangan Pelancongan
  1. ·         Bukit Puteri, Kuala Terengganu,
  2. ·         Geliga, Kemaman dan
  3. ·         Kuala Besut, Besut.

Kedua - Mewujudkan Mercu Tanda yang mempunyai nilai sejarah atau keunikan untuk Pelancongan di setiap daerah.

Ketiga - Menyediakan tempat khusus untuk Food Truck 

2 Lokasi Yang Telah Dikenal Pasti

·         Pulau Warisan
·         Taman Shahbandar

Keempat - Kempen Kebersihan dan Kesedaran untuk Menjaga Harta Awam.

Kelima – Memberi bantuan Kemeja Korporat atau Baju promosi sempena TMT 2017.

1.      1,146 helai Kemeja Korporat TMT 2017
  • ·         523 orang pemandu teksi aktif
  • ·         50 orang pemandu bas henti-henti Terengganu.

2.      144 baju dan topi TMT 2017
  •  52 orang penarik beca dan
  • 20 orang pengusaha bot penambang.

Keenam - Bantuan One-Off 

·         Penarik Beca & Pengusaha Bot Penambang untuk tujuan hiasan pengangkutan.

  • RM50 ribu - manfaat 72 Penarik Beca dan Pengusaha Bot Penambang.
  • RM500 - RM 1000 - Penarik Beca dan Pengusaha Bot Penambang serta hendaklah digunakan untuk kerja – kerja menghias sahaja.

Ketujuh - Bantuan Penyelenggaraan Bot & Jaket Keselamatan dengan Logo TMT 2017 di Tasik Kenyir.

  • ·         RM225 ribu - membekalkan 1,500 Jaket Keselamatan dengan logo TMT 2017
  • ·         300 pengusaha bot tempatan yang aktif di Tasik Kenyir.

 Kelapan - menaiktaraf kawasan - kawasan riadah keluarga dengan menyediakan Outdoor Gym dan taman-taman permainan.

2 lokasi Taman Awam (Public Park)
·         Kemaman Waterfront, Chukai dan
·         Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu, Marang.

  • RM500 ribu - diperuntukkan bagi tujuan ini.

Kesembilan - Menaiktaraf Rumah Kucing di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

·         RM150 ribu - menaiktaraf dan membiayai kos penyelenggaraan Rumah Kucing di Pantai Teluk Lipat, Dungun
·         mampu menampung 200 ekor kucing pada satu-satu masa menjadi tarikan pelancongan serta menjadi galakan kepada pencinta kucing.

Kesepuluh - Mengadakan Kursus-Kursus Bahasa Inggeris jangka pendek untuk Frontliners Pelancongan dan Kursus-Kursus Bahasa Inggeris Perbualan Jangka Pendek
 
·         pemandu teksi,
·         pengusaha dan
·         pemandu bot pelancongan,
·         pemandu bas Cas Ligas,
·         pengusaha kedai makan,
·         kedai cenderahati dan
·         kakitangan hotel dan resort.

 Kesebelas - Memperkasa Kompleks Sukan Negeri
·         mengadakan pelbagai aktiviti sukan rekreasi seperti Paramotor, Kapal Terbang atau Helikopter Kawalan Jauh

·         Menjadikan Negeri Terengganu sebagai venue  pilihan kejohanan sukan rekreasi dan sukan ekstrim, baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.

·         Kompleks Sukan Negeri Terengganu akan dijadikan venue kepada acara-acara sukan rekreasi pelancongan seperti sukan rekreasi paramotor, sukan payung terjun, sukan rekreasi kereta / kapal terbang / helikopter kawalan jauh, kejohanan cabaran drone, auto show dan sprint test  serta lain-lain sukan yang bersesuaian.

Kedua Belas - Mempertingkatkan hubungan dua hala Terengganu dengan Bandar Huaxi di China.


Ketiga belas - Bantuan tayar percuma kepada Pemandu Teksi.
·         RM262 ribu - RM500 kepada semua ahli persatuan teksi tempatan
·         523 orang pemandu teksi akan mendapat manfaat

Keempat belas – Membaikpulih rumah-rumah sepanjang Sungai Kuala Terengganu dan memasang Rooftop Lighting di rumah-rumah yang terlibat dengan Bandaraya Warisan Pesisir Air.

Kelima belas – Mewujudkan program Latihan Kemahiran Industri Pelancongan seperti Pemandu Pelancong kepada golongan Belia.

SEKTOR PERTANIAN DAN PERIKANAN
RM4.65 juta - program dan projek berbentuk „People Centric  dengan impak terus kepada golongan sasar.

1.    Projek Melon Manis Terengganu

·         RM200 ribu - bagi menampung kos infrastruktur berkaitan.

2.    Pembinaan Unjam dan Tukun Tiruan

·         RM250 ribu- bagi pembinaan tukun penghalang pukat tunda

·         2,341 orang nelayan tradisional.

3.    Madu Lebah dan Madu Kelulut

§  RM500 ribu - bagi membekalkan peralatan seperti sarang dan kelengkapan berkaitan
§  RM200 sekilogram bagi madu
§   Terengganu sebagai Hab Madu Lebah & Kelulut.

4.      Pasar Ternakan di Manir.

RM70 ribu akan diperuntukkan - memperluaskan pasar ternakan ini di Kemaman dan Besut.

5.    Pelaksanaan Program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN)

§  program pembasmian kemiskinan pertama di Malaysia yang berkonsepkan „Felda Laut.
§  Ianya menekankan aspek integrasi dan penguasaan rantaian nilai oleh komuniti nelayan.
§  90 peratus daripada peserta terdiri daripada komuniti pesisir pantai yang terbabit dalam industri penangkapan ikan dan perusahaan yang berkaitan.
§  kumpulan B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM3,050.


PELAKSANAAN PROGRAMTRANSFORMASI EKONOMI TERENGGANU (TETP)

PERTAMA - 5 SEKTOR TERAS
·         Pertama - Sektor Pembuatan, Minyak dan Gas;
·         Kedua - Sektor Bioteknologi;
·         Ketiga - Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana atau SME;
·         Keempat - Sektor Komunikasi, Kandungan dan Maklumat (CCI) & Teknologi Baharu dan
·         Kelima - Sektor Pelancongan.

KEDUA - MEN-T
·         adalah untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi semasa dan juga untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi Negeri Terengganu ke satu tahap yang lebih hebat.

KETIGA - TETP (dirangka bagi mencapai 3 indikator berikut:
i. Meningkatkan KDNK dari RM26.5 bilion kepada RM41.5 bilion.
ii. Meningkatkan pertumbuhan KDNK dari 4.4% kepada 8%.
iii. Meningkatkan pendapatan purata isi rumah daripada RM4,816 sebulan
kepada RM8,000 sebulan.

71 projek yang dikenal pasti, 13 projek telah dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

13 PROJEK tersebut ataupun „Low Hanging Fruits  adalah seperti berikut :

SEKTOR BIOTEKNOLOGI - Projek Makanan Ternakan Hibrid di Setiu.

1.1.           RM27 juta - Pelaburan swasta
1.2.            895 peluang pekerjaan.


SEKTOR PEMBUATAN - Projek Aviation Maintenance, Repair & Overhaul (MRO)

·         RM229 juta - Pelaburan swasta
·         600 peluang pekerjaan.


HAB KARGO UDARA SERANTAU - Membangunkan perkhidmatan hab kargo udara serantau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

·         RM165 juta - Pelabauran Swasta
·         895 peluang pekerjaan.

SEKTOR PKS - Projek Pusat Perniagaan Halal, Pusat Membeli Belah, Pusat Konvensyen dan Hotel di Kuala Nerus.
§  RM275 juta - Pelaburan Swasta
§  1,000 peluang pekerjaan.

SEKTOR TEKNOLOGI BAHARU - Projek Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran Menggunakan Kaedah Mesra Alam.
§  RM240 juta - Pelaburan swasta
§  100 peluang pekerjaan


SEKTOR PELANCONGAN -  Projek Pembinaan Hotel Butik (Movenpick) di Kuala Terengganu.
§  RM400 juta - Pelaburan swasta
§  200 peluang pekerjaan.

SEKTOR PELANCONGAN - Projek Menaiktaraf Hotel Primula di Kuala Terengganu.
·         RM224 juta -  Pelaburan swasta
·         360 peluang pekerjaan.

SEKTOR BIOTEKNOLOGI - Projek Pembangunan Kertih Bio Polymer (KBP) Fasa 3, Taman Biopolimer Kerteh.
·         RM3.2 bilion - Pelaburan ECER
·         2,653 peluang pekerjaan

SEKTOR BIOTEKNOLOGI - Projek Pengeluaran Bio-Methane dari Tandan Kelapa Sawit.
·         RM13.7 juta - Pelaburan TDM Berhad

SEKTOR BIOTEKNOLOGI - Projek Pengeluaran Baja–Bio dari Tandan Kelapa Sawit di Kemaman dan Sungai Tong.
·         RM28 juta - Pelaburan swasta
·         55 peluang pekerjaan

SEKTOR BIOTEKNOLOGI - Projek Pengeluaran Minyak Pelincir Bio-Sintetik berasaskan minyak kelapa sawit.
·         RM840 juta - Pelaburan swasta
·          232 peluang pekerjaan

SEKTOR BIOTEKNOLOGI - Projek Pengeluaran Bio L-Methionine dari Bahan Mentah yang dikitar semula.
·         RM2 bilion - Pelaburan swasta
·          533 peluang pekerjaan

SEKTOR PEMBUATAN - Projek Pembuatan Sarung Tangan Getah NBR di Kemaman.
·         RM970 juta - Pelaburan swasta
·         4,000 peluang pekerjaan

v  Keseluruhan pelaburan berjumlah RM3.5 bilion tidak termasuk 2 projek iaitu Projek Pembangunan Kertih Biopolymer dan juga Projek Pengeluaran Bio L-Methionine yang mana telah pun bermula pada tahun ini.

v  Keseluruhan projek ini dijangka dapat menyediakan 6,795 peluang pekerjaan untuk rakyat Negeri Terengganu.


STRATEGI KEDUA : Memperkasa Pembangunan Modal Insan Sebagai Pelaburan Jangka Panjang Yang Terjamin Keuntungannya
SEKTOR PENDIDIKAN
TAHNIAH kepada semua pelajar UPSR 2016, termasuk para Guru, ibubapa dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Walaupun dengan format UPSR yang baharu, Terengganu masih berupaya mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam ketiga-tiga kategori iaitu:
·         2.95 Gred Purata Negeri berbanding 2.96 Gred Purata Kebangsaan
·         Peratus yang mendapat 6A ialah 1.33% di Peringkat Negeri berbanding 1.1% di Peringkat Kebangsaan
·         Peratus yang Lulus Semua Mata Pelajaran Negeri ialah 68.36% di Peringkat Negeri berbanding 67.7% di Peringkat Kebangsaan

RM42.6 juta - MEMPERKASA PENDIDIKAN
PROGRAM KHATAM AL-QURAN PRASEKOLAH
·         20 ribu anak-anak prasekolah berjaya khatam setiap tahun
·         RM4.72 juta - menghargai jasa Guru – Guru Pintar Quran untuk bayaran elaun bulanan kepada Guru - Guru Pintar Quran yang melibatkan seramai 770 orang.
·         2 dua buah Tadika Yayasan Islam Terengganu baharu akan diwujudkan iaitu di Daerah Besut (Cawangan Jabi) dan Daerah Kuala Terengganu (Cawangan Losong).
·         RM500 ribu - melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kanak-kanak di Taska Permata Keluarga kendalian Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT

PROGRAM ANJUNG ILMU
·         RM4 juta - memartabatkan Program Anjung Ilmu di Negeri Terengganu
·         RM2.7 juta - diperuntukkan untuk percetakan bahan kecemerlangan pelajar bagi modul UPSR, PT3, SPM dan STPM.
·         RM500 ribu - disumbangkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi melaksanakan aktiviti kecemerlangan di peringkat Negeri, daerah dan sekolah termasuklah kelas bimbingan dan tutorial percuma.
BANTUAN PERSEKOLAHAN
·         RM10 juta -  Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 seorang pelajar bagi keluarga yang berpendapatan RM2,500 ke bawah, berbanding RM 2,000 sebelumnya, dengan maksimum 2 orang pelajar setiap keluarga.
·         100 ribu orang pelajar akan mendapat faedah.

DANA RAYA - tahun 2017, Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya syarat kelayakan keluarga yang menerima Dana Raya diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.

PROGRAM PENINGKATAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
·         Mewujudkan program Terengganu Graduate Transformation Programme (TGTP) yang menggantikan program Terengganu Graduate Attachment Scheme (TGAS)

RM150 ribu - Karnival laluan kerjaya dan program softskills
RM50 ribu - untuk latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar pendidikan khas atau OKU dalam kursus-kursus kemahiran seperti membaiki motosikal, gunting rambut, bakery dan lain-lain yang berkaitan melalui kerjasama dengan kolej-kolej kerajaan Negeri seperti TTITC dan TESDEC.

SUMBANGAN KEPADA SETIAP PIBG
·         RM1.01 juta - RM2 ribu setiap PIBG di sekolah–sekolah melibatkan 505 buah PIBG sekolah seluruh Negeri Terengganu

PROGRAM TRENGLISH
·         RM1 juta - Program Transforming English in Terengganu (TRENGLISH ke peringkat sekolah-sekolah rendah seluruh Negeri Terengganu.
·         meningkatkan peratusan kelulusan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan – peperiksaan awam peringkat rendah dan menengah.

PEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT
·         RM1 juta kepada Program Saguhati Kelahiran Anak Terengganu dengan sumbangan diberi dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i.
·         26 ribu bayi akan mendapat faedah daripada sumbangan ini.

·         RM1.2 juta - bagi menjayakan Program Pasca Perkahwinan, Program Second Honeymoon, Program Semarak Kasih, dan Forum Perdana Cakna Keluarga.
·         4 ribu pasangan akan mendapat manfaat daripada program – program ini.
PROGRAM HOME MANAGER ( PENGURUS KEDIAMAN)
·         RM1 juta - bagi meneruskan program Home Manager yang bakal memberi peluang pekerjaan kepada 150 orang Pengurus Kediaman.

KEMPEN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN SOLAT SUNAT DHUHA.

·         RM200 ribu - Program Solat Subuh Berjemaah sedia ada diperkasa dan turut dikembangkan juga kepada Solat Sunat Dhuha. Kerajaan bercadang untuk mengintegrasikan kempen solat ini dengan program-program pelancongan atau sukan

·         RM16 juta - pembinaan tujuh buah Masjid iaitu di Dungun, Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.


MENINGKATKAN PENGUPAYAAN J3K
·         RM5 ribu - bantuan pengurusan secara one-off kepada setiap 991 J3K di Terengganu.

PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN
·         RM65.7 juta - untuk portfolio Belia dan Sukan, satu jumlah yang besar untuk golongan belia dan aktiviti sukan di Negeri Terengganu.
·         RM20 juta - Program Dana Bakti Remaja. manfaat kepada 100,000 belia di Negeri Terengganu.
·         RM 5,000 - bantuan pentadbiran kepada Persatuan Belia yang aktif dan berdaftar dengan Majlis Belia Negeri Terengganu(431 Persatuan Belia)
·         RM100 ribu - membantu belia-belia kampung yang berminat untuk menjadi pemandu jentera berat sebagai satu kerjaya dan khusus akan diwujudkan untuk membantu mereka mendapatkan lesen memandu jentera berat seperti bas, lori, traktor, bot besar dan lain-lain yang berkaitan.
·         Kerajaan Negeri akan mewujudkan 1 unit khas untuk membina database graduan mencari kerja (ala jobstreet) khas untuk anak Terengganu mencari dan merebut peluang pekerjaan di Negeri sendiri.
·         Pusat Latihan kepimpinan belia akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan adanya Darul Iman Training Center (DITC) di Kemaman.
·         RM1 juta - memperkasa DITC dengan menggunakannya secara optimum bagi mengadakan kursus-kursus perubahan minda dan jati diri, termasuk kursus kepada penjawat awam dan guru-guru di Terengganu.
·         Fasa Kedua DITC. Kursus ini dijangka akan memberi manfaat kepada 28,800 penjawat awam di Terengganu setahun.

Terengganu International Endurance Park (TIEP), di Lembah Bidong, Setiu

·         sebagai venue (dengan izin) utama bagi penganjuran acara Sukan Berkuda Endurance (dengan izin) bersempena dengan Sukan SEA pada bulan Ogos, 2017
.
HARI BEBAS KERETA ATAU CAR FREE DAY
·         Hari tersebut akan digantikan dengan acara seperti Hari Berbasikal, Fun Run, Walkathon bersama keluarga secara berkala.
Kerajaan Negeri sangatberbangga dengan penyertaan peserta dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud Lebih 50 ribu peserta dalam dan luar negara telah mengambil bahagian.
CERITA KEJAYAAN (SUCCESS STORIES) - dalam bidang sukan.
·         pasukan hoki Negeri Terengganu yang telah berjaya menjadi Juara Hoki Piala Tun Razak 2016 pada bulan Mei yang lalu.
·         kejayaan Mohd Azizulhasni Awang memperoleh pingat gangsa acara keirin iaitu pingat pertama Negara dalam acara berbasikal dalam Sukan Olimpik.
·         Terengganu Pro-Cycling Team (TSG) mengungguli pentas dunia. TSG kini berada di ranking ke 7 Asia dan 90% pelumbanya adalah anak Terengganu. Hebat Terengganu!
·         kontinjen SUK Terengganu ke Kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia di Johor baru – baru ini telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.

STRATEGI KETIGA : Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat Melalui Pengwujudan Peluang Membangunkan Kapasiti
SEKTOR PEKERJAAN
MENINGKATKAN KEUPAYAAN KAPASITI MODAL INSAN
GOLONGAN BELIA
·         RM150 ribu - menyediakan kursus-kursus kemahiran jangka pendek dalam bidang – bidang seperti gunting rambut, menjahit manik dan seumpamanya untuk belia-belia.
·         peserta akan diberi start up kit untuk memulakan perniagaan termasuk perniagaan dari rumah ke rumah.
·         Bagi golongan belia yang berminat dalam sektor pertanian dan bercadang untuk menjadikan bidang ini sebagai profesion, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membantu mereka dengan menyediakan tanah-tanah kerajaan terbiar untuk dijadikan tapak pertanian secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).

GOLONGAN IBU TUNGGAL
·         RM1 juta - membantu golongan ibu tunggal, Kerajaan Negeri dengan ini meneruskan peruntukan sebanyak bagi membuka lebih banyak peluang pinjaman perniagaan.
·         1,000 ibu tunggal bakal mendapat manfaat daripada peruntukan ini yang akan diuruskan oleh YPKT.
RUANG PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
·         RM3 juta - Pembinaan ruang-ruang perniagaan ini akan dilaksanakan di Pasar Pekan Seri Langkap, Setiu, Pasar Besar Dungun, Unit Kedai di Pulau Kekabu, Marang dan Projek Perdagangan dan Perindustrian di semua PBT.
·         PASARNITA iaitu kawasan tapak niaga kekal untuk usahawan wanita yang pertama di Malaysia.
·         pendorong kepada para usahawan wanita Terengganu untuk lebih berjaya dalam bidang keusahawanan.

PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK (PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN).
·         RM400 ribu - Bagi meningkatkan hasil jualan melalui inovasi pembangunan produk
·         Program Persijilan Halal/ Good Manufacturing Practice (GMP)
·         meningkatkan imej dan kualiti produk yang dihasilkan di Terengganu

KEMUDAHAN SKIM DANA USAHAWAN
RM3 juta – untuk  skim pembiayaan
·         Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF),
·         Pinjaman Usahawan Desa,
·         Skim Pinjaman 'Business Online

RM1 juta - Skim Pinjaman Kecil
·         Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT)

RM3.36 juta - Program Transformasi Gerai Desa di seluruh Terengganu, peruntukkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).

RM1.6 juta akan diperuntukkan bagi menjalankan program-program keusahawanan termasuk latihan untuk melahirkan golongan yang mahir dalam penghasilan kraf seperti batik, songket dan ukiran kayu.

RM3 juta bagi pembinaan Rumah Kedai di kawasan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) yang telah dikenal pasti iaitu, di kawasan Merchang dan Binjai Rendah, Marang.
.
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

·         RM16 juta - bagi projek-projek kecil di bawah Majlis Perundingan Rakyat yang disalurkan melalui Pejabat-Pejabat Daerah.

·         menaiktaraf sistem jaringan jalanraya

·         RM118.2 juta - menaiktaraf laluan FT3 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan daripada dua lorong kepada empat lorong di Daerah Marang dan Kemaman.

·         2 buah jambatan akan mula beroperasi pada tahun 2017 iaitu Jambatan Pulau Sekati dan Jambatan Angkat.

·         Jalan bertingkat di persimpangan Jambatan Sultan Mahmud pula akan mula dibuka pada tahun hadapan

·         membina jalan-jalan perhubungan desa, keperluan pencahayaan bagi lampu-lampu jalan kampung juga akan diselaraskan dari segi bilangan mengikut kesesuaian lokasi yang dicadangkan.

BEKALAN AIR NEGERI TERENGGANU

·         RM38 juta untuk pembangunan bekalan air dan program pengurangan Non Revenue Water (NRW)

2 BUAH LOJI RAWATAN AIR MENJELANG TAHUN 2020

·         RM797 juta - dibina di Pulau Bahagia, Kuala Terengganu dan di Bukit Berapit, Kuala Nerus
·         .RM499 juta – naik taraf loji rawatan air iaitu di Bukit Sah, Kemaman
·         kaedah pembayaran secara tertangguh (deferred payment)
·         Loji rawatan air di Pulau Bahagia akan menggunakan teknologi „membrane iaitu teknologi terkini dalam industri rawatan air.
·         memberi impak yang besar kepada lebih 400 ribu rakyat di tiga (3) buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

MENGATASI MASALAH BANJIR

RM35.9 juta - menangani masalah banjir
·         Projek Tebatan Banjir Baruh Tok Jiring
·         Sistem Saliran di Gong Pasir Dungun
·         Sistem Saliran di Sungai Buaya dan Sungai Seluang

PROJEK PENYUSUNAN SEMULA PEMBANGUNAN MUARA SUNGAI TERENGGANU

·         RM70 juta – jangka masa 3 tahun dengan kos pembangunan muara
·         Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Pesisir Air,
·         melaksanakan projek penyusunan semula pembangunan muara Sungai Terengganu.
·         mendalam serta membetulkan semula laluan keluar masuk bot – bot nelayan, menyediakan kemudahan infrastruktur asas kepada penduduk di Pulau Duyong serta kawasan sekitar pesisir sungai.

MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU DAN MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
·         Program Kitar Semula Sisa Buangan Domestik (Waste To Wealth)
·         RM200 juta - ditanggung sepenuhnya oleh pihak swasta
·         inisiatif pihak swasta dengan menggunakan teknologi daripada Negara Denmark

RM17.2 juta - uk penambahbaikan bekalan elektrik dan pembekalan baru ke 2 buah pulau Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian KecilNegeri Bersih dan Indah 2017

·         RM67 juta akan diperuntukkan bagi menjalankan kerja – kerja kebersihan di seluruh kawasan PBT.
·         RM2.4 juta - untuk kerja penyelenggaraan dan pembinaan longkang baharu.


TARIKAN BAHARU UNTUK BANDARAYA KUALA TERENGGANU,

·         Medan PMINT (PMINT Square) akan mula beroperasi pada tahun 2017.
·         Medan PMINT ini mempunyai 8 komponen iaitu Kompleks PB Plaza, PB Square, PB Sentral, Menara PMINT, Wisma PMINT, Terminal Bas Bandar, Medan Selera dan Dataran PMINT.
·         Pusat membeli-belah, Menara Pejabat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang telah beroperasi di Kompleks PB Square,
·         sebuah Menara Hotel yang mempunyai 200 bilik juga akan mula dibuka pada awal tahun 2017.
·         diikuti dengan pembukaan kompleks membeli-belah PB Plaza dan Pusat Rekreasi Keluarga di Kompleks PB Sentral.
·         PB Plaza akan menawarkan pusat membeli-belah The Store, MARA Digital Mall dan Youth Centre (UTC) manakala 11 unit Cineplex, 36 lorong bowling, ruang niaga dan tempat letak kereta bertingkat akan beroperasi di PB Sentral.

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG EFISIEN

·         Terminal Bas MBKT akan dinaiktaraf terutamanya dari segi struktur bangunan dan lot-lot komersial yang sedia ada bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan memberikan keselesaan kepada orang awam.

SKIM TRANSFORMASI BAS HENTI-HENTI (SBST)

·         14 laluan dan 27 buah bas melalui jalan-jalan utama dan jalan-jalan perantaraan bagi menghubungkan kawasan-kawasan yang berpenduduk dan meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan kadar harga tambang yang berpatutan.
·         Bermula daripada Hentian Shahbandar, bas tersebut akan melalui destinasi-destinasi pelancongan yang ada khususnya di Bandaraya Kuala Terengganu sehinggalah ke Taman Tamadun Islam (TTI).
,
SEKTOR PERUMAHAN

RM551 juta – Sektor Perumahan
·         Golongan B40 dan M40.
·         Sasaran bagi membina 20,000 unit rumah baharu.
·         Sehingga kini, sebanyak 14,225 unit rumah baharu telah dibina
·         manfaat kepada 56,900 isi rumah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
·         2,389 lagi unit rumah baharu pelbagai kategori telah diluluskan. Pembinaan rumah-rumah ini melibatkan 220 unit rumah mampu milik Negeri di Seri Bandi, Kijal
·         4 projek di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merangkumi 2,169 unit rumah pelbagai kategori di Tok Jembal (Kuala Nerus), Kertih (Kemaman), Kuala Ping (Hulu Terengganu) dan Santong (Dungun).

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA)
·         6 projek melibatkan 3,098 unit rumah telah diluluskan,
·         2 projek lagi melibatkan 1,149 unit rumah sedang dalam proses kelulusan akhir.

PROGRAM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

·         3 projek melibatkan 1,233 unit rumah telah diluluskan.
·         Pembinaan rumah di bawah dua program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.
·         Ini menjadikan keseluruhan jumlah rumah telah dan sedang dibina adalah sebanyak 22,094 unit.
·         Sasaran 20,000 rumah ini akan tercapai sepenuhnya dengan pembinaan rumah-rumah tersebut pada tahun 2017.
·         Kerajaan Negeri bersetuju untuk mensasarkan tambahan pembinaan 20,000 unit rumah lagi sehingga tahun 2020.

GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH (Rumah)

·         RM64 juta - RM2 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diperuntukkan untuk bina baru.

TABUNG PERUMAHAN MAMPU MILIK

·         Tabung ini akan mengumpulkan dana daripada pemaju swasta yang telah diberi kelulusan untuk membina rumah-rumah di bawah konsep penswastaan.

·         Inisiatif pemilikan rumah secara konsep sewa dahulu dengan kadar sewaan bulanan diantara RM250-RM300 sebulan.

PEMILIKAN RUMAH MAMPU MILIK

·         Menaikkan kelayakan pemohon daripada pendapatan isi rumah RM3,000 kepada RM3,500 (Bermula 21 November 2016)

SEKTOR KESIHATAN

Pertama - Kempen Kesedaran Basmi Denggi dan Perangi Zika.
·         RM1 juta - Program Gotong- Royong Perdana yang akan dilaksanakan di seluruh Negeri melibatkan 162 mukim.

Kedua - Mewujudkan Pusat Perlindungan Gelandangan dan Orang Kurang Waras Serta Pusat Warga Emas
·         RM500 ribu - bantuan dan input kewangan dan teknikal daripada pihak MAIDAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
·         Menubuhkan Pusat Warga Emas di Teluk Ketapang.

Ketiga –Membina Pusat Hemodialisis
·         RM6 juta - 3 Pusat Hemodialisis Manfaat kepada 3000 orang pesakit
·         Lokasi di Telaga Mengkudu, Marang, di Hulu Terengganu dan di Seberang Takir.

Keempat – Tabung Darul Iman
·         Sehingga Oktober 2016 - RM5 juta untuk 3,456 orang telah menerima bantuan daripada TDI

PROGRAM TERUS TUKAR BAUCER (TTB)
·         Baucer kepada penerima bantuan JKM dan MAIDAM

PENJAWAT AWAM ADALAH NADI KERAJAAN.
·         Bonus RM500 untuk setiap penjawat awam pada Januari 2017.

TAG