Naib Presiden PBSNT Tunggu Pemohonan Maaf Terus Kepadanya


Fan Page Facebook TERENGGANU dan T&T(Tranung & Taiteng) telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka dilaman page masing-masing  sejak 16 November dan TERENGGANU page pada jam 10.42 pagi.

Manakala page T&T pula dimuat naik pada jam 16.20 petang hari yang sama setelah Naib Presiden Persatuan Bola  Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Ab Rasid Jusoh membuat laporan polis berkenan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Beliau yang juga sebagai penjawat awam kerajaan negeri Terengganu telah terkesan dengan sebaran fitnah tersebut dan membuat laporan polis pada 10 November lalu dan juga akan bertidak mengikut undang-undang sedia ada jikalau kedua-duanya tidak memohon maaf secara terbuka dan terus kepada diri beliau.

Ab Rasid juga telah memberikan tempoh pemohonan maaf tersebut sehingga hari ini 20 November 2016 dan jikalau TIADA permohan maaf terus kepadanya akan menyusul tindakan saman.

Beliau juga telah membuat laporan kepada Suruhajaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memudahkan proses perundangan dan mengenal pasti siapa admin disebalik fitnah yang dilemparkan.

Menurut laporan polis tersebut, beliau menyatakan kesan yang diterima ahli keluarga beliau dengan fitnah diviralkan menerusi kedua-dua page berkenaan.


KENYATAAN  

Dimuat naik : 16 November 2016 / 10.42 Pagi

Fan Page : TERENGGANU


Kami selaku media sosial Terengganu ingin memohon maaf kepada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), iaitu Encik Ab Rashid Jusoh di atas tuduhan yang kami lemparkan terhadap beliau pada 22 Oktober 2016 yang lalu. Di samping itu, kami ingin menarik balik kenyataan copy & paste yang telah kami keluarkan terhadap beliau sebelum ini yang mengatakan beliau merupakan punca pasukan Terengganu FA jatuh ke Liga Perdana dan pergolakan ke atas pemain.

Menerusi kenyataan ini, kami berharap Encik Ab Rashid Jusoh sudi untuk memaafkan kami dan dapat melupakan salah faham yang berlaku di antara kami dengan Encik Rashid. Kami juga akan pastikan agar kami akan lebih peka pada masa akan datang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur negatif di laman facebook kami.

Kami juga berharap kita akan dapat mengukuhkan perhubungan di antara kita di masa-masa akan datang supaya kita dapat terus berkhidmat kepada penyokong dan pasukan bola sepak negeri Terengganu bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Terengganu.

Barisan admin Terengganu
16 November 2016




Dimuat naik : 16 November 2016 / 16.20 petang

Fan Page : T&T ( TRANUNG & TAITENG)


Assalamualaikum En Ab Rashid bin Jusoh & semua.

Susulan dari kenyataan media En Rashid (Screenshot 4) tempoh hari dengan menamakan TnT sebagai salah 1 antara 3 page yang menabur fitnah kepada En Rashid, kami telah meneliti kembali posting2 kami.

Kami dapati terdapat 2 posting (Screenshot 1 & 2) yang membabitkan En Rashid secara langsung & 1 posting (Screenshot 3) yg ramai menganggap ditujukan kepada En Rashid.

Posting yang pertama (Screenshot 1), tiada sebarang tuduhan dilemparkan kepada En Rashid. Kami hanya share Screenshot posting page TERENGGANU sebagaimana yg dishare oleh ramai lagi penyokong2 Terengganu dimedia2 sosial terutamanya melalui Whatsapp.

Posting yang kedua (Screenshot 2), kami menulis tentang jawatan2 yang pernah & sedang disandang oleh En. Rashid.

Terdapat beberapa pertikaian dari posting ini. Yang pertama kami menyatakan Jawatankuasa Pengecaman & Penilaian Pemain yang bertanggungjawab untuk decide sign mana2 player atau buang mana2 player.

Kami memoho maaf kepada semua ahli jawatankuasa diatas tuduhan ini kerana kami tahu yang membuat keputusan akhir adalah Jawatankuasa Eksekutif PBSNT.


Pertikaian kedua ialah mengenai kenyataan kami yang menyatakan apa yang ditulis oleh Page TERENGGANU ada asasnya. Terdapat argument dalam hal ini. Kami menyatakan tuduhan yang dipost oleh Page TERENGGANU ada asasnya kerana kami mendengar sendiri rungutan dari beberapa pemain (tidak perlu kami nyatakan siapa) mengenai hal ini. Jika pemain2 tersebut menipu kepada kami atau saja memberi alasan diatas kekalahan demi kekalahan, itu adalah diluar pengetahuan kami.

En Rashid juga ada menyatakan dalam sidang media (Sila Rujuk Screenshot 4 Para 3) yang En Rashid bersama pakar2 ada membuat cadangan barisan pemain musim depan.

Jadi dari kenyataan beberapa pemain & kenyataan En Rashid sendiri, tidak salah kami katakan yang tuduhan Page TERENGGANU memang ada asasnya. Apa yang dibuat oleh Jawatankuasa tersebut sebenarnya adalah baik dengan membuat persediaan awal pasukan untuk musim hadapan.

Namun yang menjadi masalah adalah bila perkara tersebut yang sepatutnya menjadi rahsia Jawatankuasa Pengecaman & Jawatankuasa Eksekutif bocor kepada pemain2 yang secara langsung memberi kesan yang tidak baik kepada moral pemain2.

Kami tidak pernah menuduh mana2 pihak yang membocorkan rahsia ini. Kes ini terjadi sebelum 1 lagi kes yang sepatutnya menjadi rahsia, iaitu senarai pemain yang dikehendaki oleh Coach Irfan Bakti turut bocor. En Rashid & seluruh management PBSNT perlu lebih berhati2 & perlu mencari & mengambil tindakan keatas pembocor rahsia ini & bukannya menyerang penyokong2 seperti kami.

En. Rashid juga ada nyatakan yg En. Rashid tidak berhasrat untuk bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan PBSNT akan datang, jadi kami ingin memohon maaf kerana menuduh En. Rashid sedang sibuk melobi untuk AGM/EGM PBSNT.

Dalam posting tersebut juga terdapat 2 hashtag yang agak nakal dibawahnya. Hashtag yang pertama adalah hasrat kami. Kami memohon maaf kepada En Rashid kerana kami mahukan Naib Presiden yang lebih profesional didalam PBSNT.

Jika En Rashid boleh menjadi lebih profesional, takde hal, nak jadi Presiden pon kami boleh sokong. Hashtag kedua pula ditujukan kepada parasit2 yang masih ramai didalam pengurusan PBSNT. Kami yakin, En Rashid juga tahu siapa mereka. Kami mohon maaf diatas 2 hashtag nakal kami itu tapi itulah hasrat kami untuk melihat PBSNT & Pasukan Terengganu lebih maju & profesional.

Dalam posting ketiga kami (Screenshot 3) kami tidak menamakan mana2 pegawai termasuk En Rashid sendiri. Ramai yang membuat komen diposting tersebut membuat andaian sendiri. Ada yang memaki & mengutuk En Rashid & ramai juga yang backup En Rashid.

Kami memohon maaf jika posting tersebut menimbulkan kekliruan kepada semua. Jika tuduhan kami dlm posting tersebut benar yang mana terdapat pegawai yang cuba menyekat pemain2 TTeam menyertai skuad Terengganu, seperti yang kami nyatakan ia adalah tindakan yang baik sebagai Pegawai TTeam & ia adalah tindakan khianat sebagai pegawai PBSNT.

Atas sebab itu kamia sangat tidak bersetuju jika terdapat pegawai yang memegang jawatan dikedua2 pasukan. Jika tuduhan kami tidak betul dimana tiada pegawai yang cuba menyekat pemain2 tersebut dari berhijrah ke Terengganu, ia memang merupakan fitnah dan kami memohon maaf. Hanya pegawai terbabit, pemain2 terbabit & Allah yang tahu samada tuduhan kami itu betul atau fitnah.

Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas & tahniah kepada En Rashid & Page TERENGGANU (Screenshot 5) kerana tidak lari dari tanggungjawab. Tidak seperti 1 lagi page yang dinamakan oleh En. Rashid, Page Selamatkan Bolasepak Terengganu, delete page teruh! Selamat mende? Dia yg slamat dulu. Cap ayang nguh!

Kami doakan kita semua dapat sama2 menyumbang kearah kemajuan & menambah profesional bolasepak kita yang sangat tenat sekarang ini.

Disini juga kami ingin mengambil kesempatan agar pengurusan PBSNT & TTeam mengadakan dialog untuk penyokong2 bertanya sebarang isu. Penyokong seperti kami tiada tempat & platform untuk bertanya atau memberi cadangan kepada pengurusan agar hal2 sebegini tidak timbul lagi akan datang.

Dok saboh penyokong nok panggil PC untuk buat statement, press mana nok layan. En. Rosid dakpe la. En. Rosid boh! So, buat la dialog sbulan skali ke, 3 bulan skali ke, bg chance ke penyokong2 etek.


Ok En. Rosid, lengoh doh kita type.. From bottom of our heart, Kami di TnT minta maaf diatas segala yg silap & segala yg dok silap..
Bereh boh!

#ThunderInTheEast







TAG