Hina Anak, Ayah Penampar Dengan Tapak KASUT





KUALA LUMPUR -Seorang bapa yang marah dengan hinaan terhadap anaknya di laman Facebook telah bertindak menampar seorang aktivis politik, Zaharin Mohd Yassin dengan mengunakan kasut dalam satu kejadian Jumaat lalu.

Menurut Mohamad Nazri Abdul Kadir, tindakannya memberikan ‘Salam Tapak Kasut’ terhadap lelaki tersebut adalah untuk untuk menuntut hak anaknya yang telah dihina.


“Saya tidak perlu berbahasa kasar atau kesat untuk dia, biarlah dia sendiri yang terus-terusan menjatuhkan Maruh diri sendiri.

“… Saya hanya menuntut hak anak saya yang dia hina sebagai anjing pada minggu lepas, dalam soal menghina, tiada istilah tua atau muda, ianya soal maruah insan,” ujarnya Nazri yang menjelaskan mengenai tindakan itu di laman Facebook.

Nazri turut menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk menyedarkan Zaharin yang sering mengunakan laman Facebook untuk mengeluarkan kata-kata kesat dan hinaan terhadap mana-mana individu yang tidak sealiran dengannya.

“Saya panggil dia duduk di meja sebelah, kerana di mejanya ramai kawan-kawan dia saksi pun ramai ketika itu. Saya panggil dia untuk bertanya, kenapa dia anjingkan anak saya (sekali) minggu lepas sewaktu #PAU2016.

“Saya juga tidak pukul dia ala-ala Gangster sehingga berdarah luka parah berjurai-jurai darah menitis-nitis, saya cuma berikan ‘Salam Tapak Kasut’ ke mukanya sahaja sebagai pengajaran untuk dia kerana bermulut lancang tidak mengambil kira sensitiviti orang lain pabila menulis di wallnya.

“Terpulang dia nak kata apa pun, sebagai Veteran sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain, bukan terus-terusan meluahkan kata-kata yang tidak perlu,” ujarnya lagi.

Terdahulu Zaharin yang juga merupakan ketua Umno Cawangan di Bandar Tun Razak pernah berulang kali mengunakan kata-kata kesat terhadap pengguna media sosial yang lain dengan mengelarkan mereka sebagai wanita sun**l, GRO yang tidak mempunyai maruah dana sebagainya hanya kerana mereka mengkritik statusnya di laman Facebook. – SuaraTV