Pemuda Pas Tolak Kerjasama Dengan PAN, DA

Pemuda Pas senada dengan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menolak percaturan politik yang merugikan Islam dengan tidak membenarkan sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN.

Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya berpegang teguh dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh parti sebelum ini.

“Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) Pas sedang menilai semua kerusi sama ada parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pas berhak untuk menetukan kurusi mana yang hendak kita bertanding pada PRU 14 nanti.

“Bukan itu sahaja, Pas sudah mempunyai blok pakatan tersendiri iaitu menerusi jalinan kerjasama dengan parti Ikatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menolak percaturan politik yang merugikan Islam termasuklah dengan tidak membenarkan sebarang kerja­sama dengan DAP dan PAN.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pas menegaskan pendiriannya menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummah.


Terdahulu, Nik Abduh yang merupakan ahli Parlimen Pasir Mas merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama peniaga di Pasar Baharu Tasek Raja di sini semalam. – UTUSAN
TAG