Penjelasan Isu Tanah Golongan Belia Terengganu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

SEDIKIT PENCERAHAN ISU TANAH GOLONGAN BELIA TERENGGANU


KALAU tidak silap isu yang telah diviralkan dalam media sosial pertengahan tahun ini berkaitan pemilikan tanah yang telah diumumkan  oleh Menteri Besar Terengganu di dalam satu program di Hulu Terengganu pada mei lalu telah disalah tafsirkan oleh orang ramai terutamanya golongan muda. Link Asal

Ramai yang meletakkan kesalahan itu diatas bahu YAB Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana kerana dalam sidang media tersebut MB menyatakan perkara demikian sepertimana dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Didalam perkiraan admin, purata daripada 1.8 juta orang rakyat Terengganu dan 55 peratus adalah golongan belia bawah 40 tahun (B40) ketika ini dan adakah seramai 990 ribu orang golongan B40 akan memerima tanah yang dinyatakan itu dan ianya tidak masuk akal langsung.


Admin telah berkunjung ke jabatan berkaitan dan ingin memohon tanah seperti mana yang diviralkan itu dan mendapat penjelasan serta pencerahan daripada jabatan dan juga sumber berkaitan tanah, 

Oleh yang demikian admin perlu memperhalusi perkara berkenaan dan telah mendapat penjelasan yang begitu tepat dengan maksud percakapan atau pengumuman YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika itu.

Diantaranya, Isu tanah pemberian kerajaan seperti yang diviralkan dalam media alternatif adalah bertujuan untuk  menggalakan  rakyat Terengganu B40 yang tiada memiliki tanah bergiat cergas dalam sektor  pertanian.

Kerajaan negeri dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan menggalakkan rakyatnya untuk terus berusaha meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pertanian.

Justeru itu  tanah yang dicadang adalah untuk  diusahakan bagi peserta yang berminat dalam bidang pertanian.

Peserta mestilah membuat proposal atau kertas cadangan yang sempurna dan berdaya saing serta mampu menjana ekonomi individu atau kumpulan.

Kerajaan bukan bercadang memberi tanah kepada rakyat keseluruhannya secara 'open' terbuka iaitu setiap orang yang dikategori B40 atau sesiapa sahaja boleh memohon tanpa tujuan asas, akan tetapi setiap permohonan mestilah disertakan tujuan dan cadangan yang berekonomi serta mampu menjana pendapatan mereka dan kumpulan.

Oleh itu kerajaan negeri akan menimbang permohonan tersebut. Malah kerajaan akan turut membantu peserta mengusahakan tanah tersebut melalui agensi - agensi kerajaan yang berkaitan.

Untuk makluman juga, pihak kerajaan sangat  mengalu- alukan permohonan dari individu-individu atau kumpulan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek yang berkaitan serta berpotensi untuk dimajukan dalam sektor tersebut.

Tanah yang telah dikenal pasti itu individu atau kumpulan juga serta kerajaan  bercadang memberikan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada belia-belia terutama kepada lepasan Universiti atau graduan yang berminat untuk menceburi bidang pertanian dan projek-projek berkaitan pertanian.

Pemohon mestilah mengenal pasti tanah yang hendak diusahakan dan permohonan boleh dibuat terus kepada pejabat tanah daerah masing-masing.

Usaha yang baik dari kerajaan negeri harus diterjemahkan dengan sebaik mungkin dan ianya akan dilaksanakan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pentadbir tanah disetiap daerah di negeri Terengganu ini.

Jadi harapan admin, ISU ini sudah diperjelaskan dengan sebaik-baiknya dan kepada yang berminat boleh berbuat demikian untuk menjana pendapatan keluarga ataupun kumpulan masing-masing.

Peringatan kepada rakyat keseluruhannya, janganlah kita percaya apa sahaja cakap-cakap orang dan kita kena selidiki setiap apa yang diperkhabarkan kepada kita seperti mana Firma Allah SWT dalam Ayat 6 - Al Hujurat.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].


Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.