Selangor Diambang Krisis Kritikal

Semalam kecoh dengan viral yang telah dilemparkan didalam media sosial kerana sesorang telah mengenakan kain tuala dihadapan bangunan Setiausah Kerajaan Selangor.

Tindakan beliau Dato' Seri Jamal Yunos mengenakan taula mandi dan meminta kebenaran kepada pegawai keselamatan untuk tumpang mandi di pejabat Menteri Besar Selangor itu tatapi dihalang.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Baju Mereh Malaysia itu turut memohon kebenaran untuk berbuat demikian kerana rumahnya dan kawasan sekitarnya tidak mempunyai bekal air sejak 4 hari lalu.

Umum mengetahui negeri Selangor sudah bertahun-tahun mengalami masalah air kerana kerajaan negeri bawah pentadbiran Azmin Ali atau pakatan rakyat tidak ada usaha mengubahnya kepada keadaan yang lebih baik.

Pelbagai helah dan kerakusan politik telah mengakibatkan rakyat Selangor terus dihimpit dengan masalah air.

Dengan kepadatan rakyatnya yang hampir 5.6 juta orang telah mengakibatkan bekalan itu terpaksa dicatu bagi menyimpan bekalan air untuk jangka masa yang lebih lama.

Wakil rakyat kerajaan Selangor dari pakatan rakyat semuanya pandai bercakap diatas pentas politik sahaja tetapi tidak ada idea menyelesaikan masalah air yang sudah hampir puluhan tahun itu.

Bagi mereka (rakyat) yang tinggal di pangsapuri atau rumah pangsa yang puluhan tingkat perkara itu cukup-cukup menjadi masalah kerana setiap hari mereka perlu mengangkut air dari bawah sehingga puluhan tingkat untuk sampai ke kediaman yang didiami.

Bacalah arikel-artikel berkaitan...