3000 Pelancong Datang Ke Terengganu Tidak Melibatkan DUIT Kerajaan Negeri



Terengganu telah berjaya menarik ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke negeri ini dalam jumlah hampir 3000 orang serentak ketika pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT2017) baru-baru ini.

Kedatangan mereka ke negeri ini cukup memberi impak kepada pengusaha-pengusaha pelancongan dan juga para peniaga khususnya di Bandaraya Kuala Terengganu yang menerima kebanjiran pelancong tersebut.

Bagi pengiat pelancongan serta peniaga bukan senang untuk menarik pelancong datang ke bumi Terengganu kerana banyak pilihan tempat-tempat menarik di seluruh negara seperti di Melaka, Kuala Lumpur serta Pulau Langkawi dan sebagainya.

Sempena VBT 2017 ini, produk pelancongan Terengganu telah berjaya menarik mereka (pelancong) luar datang ke Terengganu dengan siri promosi yang dilakukan oleh Kerajaan di Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Singapura pada tahun lalu.

Dengan adanya promosi yang meluas telah digerakkan maka awal tahun ini Terengganu telah dibanjiri dengan pelancong dalam dan luar negara seramai 3000 orang serentak yang mana telah diuruskan oleh sebuah agensi pelancongan tanpa melibatkan duit kerajaan.

Mereka yang datang itu dari kategori pelancong kelas pertengahan dan bukan bergantung sepenuh diatas penajaan mana-mana pihak.

Kedatangan mereka juga adalah hasil kerjasama yang baik dengan mana-mana agensi pelancongan di luar Terengganu yang banyak mempromosi VBT2017 sebelum ini.

Dalam masa yang sama, pihak penghotelan disekitar Kuala Terengganu pula mendapat limpahan rezeki dengan kehadiran mereka dan rata-rata ketika itu semua hotel penuh dengan penginapan 3 hari 2 malam itu.

Kita dapat bayangan impak yang diterima oleh peniaga-peniaga di Terengganu terutamanya Kuala Terengganu jikalau pelancong tersebut telah membelanjakan RM 1000 seorang dan jumlah wang perbelanjaan keseluruhan yang mengalir ke negeri Terengganu untuk 3 hari 2 malam adalah RM 3 Juta.

Dibawah kepimpinan Menteri Besar YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang menjadikan sektor pelancongan ini sebagai teras sumber pendapatan ekonomi negeri dengan kolibarasi pihak-pihak swasta serta pengiat pelancongan telah menampakkan pencapai yang baik di awal VBT2017.

Purata kehadiran pelancong dalam dan luar negeri di VBT2017 baru-baru ini telah mencecah angka 150 ribu orang yang mana dilangsungkan selama 5 hari yang bermula 31 Disember 2016 hingga 4 Januari 2017.





TAG