750 Buah Bas PAS TERENGGANU Untuk Himpunan RUU 355 Dataran Merdeka 18 Februari Ini - PJ PAS

Pas Terengganu akan mengerahkan 30,000 ahlinya untuk menghadiri himpunan RUU355 yang diadakan pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Pesuruhjaya Pas Terengganu Saitiful Bahri Mamat yang juga adun Paka menyatakan bahawa Pas Terengganu akan menyediakan bas dan ianya sudah ditempah bagi program tersebut.

Menurut artikel tersebut, selain bas turut disediakan wang saku yang tidak kurang dari RM 100 seorang bagi menghargai masa mereka (ahli) pada hari tersebut.

Dalam sebaran aplikasi whatsapp yang diterima oleh ahli-ahli Pas Terengganu, hebahan tersebut juga akan diambil perjalanan oleh MTD masing-masing.

Baca Selanjutnya di artikel berkenaan...

H355; PAS Terengganu Hantar 30K, Kemasik Komited 1,000 Peserta
29/01/2017
Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – PAS Terengganu telah memutuskan akan mengerahkan seramai 30,000 ahli dan penyokongnya untuk perhimpunan menyokong pembentangan Rang Undang-Undang Akta 355 (H355), yang akan diadakan di Dataran Merdeka 18 Februari depan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sehingga kini semua bas di negeri ini telah ditempah dan ia masih belum mencukupi untuk membawa peserta ke H355.

“kita terpaksa mengambil bas dari negeri lain….dan in shaa Allah di sokong dengan kenderaan lain, angka itu berjaya dicapai,”ujarnya pada sidang media Khamis lalu.

Sehubungan itu, PAS DUN Kemasik menyeru semua ahli hadir pada Himpunan Mega Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang akan diadakan 18 Februari depan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Amri Mamat berkata, kehadiran ahli PAS adalah penting sebagai menunjukkan sokongan kepada usaha untuk memperkasakan perkara berkaitan kepentingan Islam.

“PAS DUN Kemasik akan menghantar 1,000 peserta ke himpunan itu nanti….pelbagai pendekatan sedang diusahakan oleh pihak MTD untuk menarik penyertaan ahli dan umat Islam di sini” kata beliau.

“Kehadiran seramai mungkin ahli parti adalah penting, kerana ia akan menjadi penanda aras untuk kita menilai sokongan dan memantapkan jentera menjelang pilihanraya.

Pengangkutan bas serta wang saku kita sediakan, tugas ahli adalah mendaftar melalui cawangan masing-masing” tegas beliau selepas selesai berkuliah maghrib di Surau Taman Selasih, Kertih di sini semalam.

“RUU355 adalah sebahagian dari kewajipan kita untuk menyokong dan memartabatkan Islam, ayuh kita ‘purple’kan H355 dengan penuh kemeriahan” tambah beliau lagi.
TAG