#InfoBANJIR : Kelantan Dapat 800 Juta, TERENGGANU DAPAT APA MENDE??

Kedatangan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu semalam bagi melihat sendiri mangsa banjir memperlihatkan kecaknaan beliau selaku pemimpin nombor satu negara.

Namun malangnya kehadiran itu dipolitikkan pula oleh orang yang tidak berpuas hati kononnya PM datang tanpa memberi sebarang bantuan tidak seperti yang diterima Kelantan.

Untuk pengetahuan, Terengganu merupakan negeri yang mempunyai pelan menangani banjir terbaik dalam negara. Sehubungan itu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 lebih RM 1bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat kepada Terengganu.

Inilah yang dinamakan sediakan payung sebelum hujan. Kerajaan negeri Terengganu telah pun merancang dan meneliti segala permasalahan berkaitan dengan banjir yang kemudiannya memohon bantuan daripada kerajaan pusat secara sistematik.

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar telah memperuntukkan ratusan juta kepada Terengganu bagi tangani isu banjir.

Antara senarai projek:

  • ü  Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kemaman, Terengganu  - RM 300,000,000  
  • ü  Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka Terengganu - RM150,000,000
  • ü  Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu Terengganu - RM150,000,000            
  • ü  RTB Kemasik - RM 60,000,000                                                                                 
  • ü  Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang Terengganu - RM 43,000,000   
  • ü  Projek Menaiktaraf Ban Pantai Lagun Setiu, Gong Batu,Setiu, Terengganu - RM 10,000,000                                                                                                                  
  • ü  Sambungan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu - RM 238,555,774                                                                                                                     
  • ü  Sambungan Projek Mencegah Hakisan Pantai Di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu (Fasa 2), Terengganu - RM 89,505,050                                            
  • ü  Sambungan Pembangunan Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu - RM 20,985,927                                                                                                             
  • ü  - Sambungan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Besut Fasa 1 - Sg Nail, Terengganu        - RM 15,000,000


Di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani pula Terengganu telah mendapat peruntukkan ratusan juta dalam RMK-11.

ü  -Membina Pengairan Utama Dari Empangan Paya Peda Ke Skim Pengairan Ketara Fasa 2 - RM 100,000,000

ü  -Menaiktaraf Skim-Skim Pengairan Daerah Setiu, Kawasan Skim Pengairan Setiu, Setiu, Terengganu. - RM 20,000,000

ü  -Menaiktaraf Skim-Skim Pengairan Daerah Hulu Terengganu, Kawasan Skim Pengairan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu - RM 100,000,000

ü  -Kerja-Kerja Menaiktaraf Tebing Sungai Kenak Di Dalam Skim Pengairan Besut, Iada Ketara, Besut, Terengganu. - RM 10,000,000

ü  Membina Dan Menaiktaraf 2 Buah Rumah Pam,Taliair Sekunder Dan Taliair Tersier Serta Kerja Berkaitan DI KPA M1M2B Dan KPA Q2C, Skim Pengairan Iada Ketara, Besut, Terengganu. - RM 6,000,000

ü  Pembangunan  Skim Pengairan Padi Setiu Fasa II - RM 6,000,000

ü  Menaiktaraf Ban Taliair Utama E-F-G-M Dan Taliair Sekunder G-H-I-J-K-L Serta Kerja Berkaitan Di Skim Pengairan Besut, Iada Ketara, Besut, Terengganu - RM 5,000,000

ü  Menaiktaraf Taliair  Ke Konkrit Serta Kerja Berkaitan Di Kompatment 2, Skim Pengairan Besut, Iada Ketara, Besut, Terengganu. - RM 5,000,000

ü  Membina Dan Menyiapkan 1 Unit Rumah Pump Serta Kerja Berkaitan Di Kg. Nyior 7 Kompatmen 4 , Skim Pengairan Besut, Iada Ketara, Besut, Terengganu. - RM 5,000,000

ü  Menaiktaraf Sistem Pam Pengairan Di Rumah Pam A1 Nerus, Skim Pengairan Nerus, Kuala Terengganu, Terengganu. - RM 4,500,000

ü  Pembangunan Skim Pengairan Padi Durian Telur  FasaI II - RM 3,000,000

Ini hanyalah sebahagian sahaja projek-projek yang sedang dilaksanakan dan jika mahu disenaraikan secara penuh mungkin tidak ramai akan membacanya.

Semua nikmat ini hanya diperolehi hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kita dalam merancang dan merencana projek menangani banjir.

Mungkin ramai tidak sedar betapa banjir di negeri Terengganu tidak akan berlaku dalam jangkamasa lama dan kemusnahan juga amatlah kurang berbanding negeri lain.

Sepatutnya rakyat Terengganu wajar berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan di bawah UMNO yang sentiasa peka dengan permasalahan semasa.

Sebab itu tidak perlu kalut jika PM hanya hadir melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir kerana pelbagai dana telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat kepada Terengganu.

Kalau tidak dibantu kerajaan pusat mungkin banjir yang berlaku baru-baru ini akan berlaku dalam tempoh lebih lama dan kemusnahan juga lebih banyak.

Tahniah kepada Dato Sri Ahmad Razif MB Terengganu yang dikhabarkan turun ke semua daerah untuk melihat sendiri bencana banjir serta turut merasai kesusahan mangsa-mangsa banjir.

Tahniah juga diucapkan kepada semua jentera kerajaan negeri dan pusat yang berjaya memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang banjir yang berlaku di Terengganu.
TAG