Natizen Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Kepada 4 Remaja Panjat Papan Tanda ALLAH PERLIHARAKANLAH TERENGGANU

Kegairahan 4 remaja yang memanjat papan tanda ALLAH PERLIHARAKANLAH TERENGGANU di Bukit Besar Kuala Terengganu menerima kencaman natizen sejak ia disiarkan menerusi youtube, facebook dan juga aplikasi whatsapp beberapa hari ini.

Video yang berdurasi 5 minit 54 saat itu telah memaparkan aksi berbahaya 4 remaja berkenaan ketika berada diatas papan tanda berkenaan.
video



Ada dari kalangan natizen yang menyatakan perbuatan itu kerja orang gila glamour dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka ini mahukan cabaran.

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan negeri Terengganu boleh mengambil tindakan undang-undang diatas percerobohan tersebut.

Jikalau perkara yang buruk berlaku kepada empat remaja tersebut samada terkena renjatan elektrik atau terjatuh dari papan tanda itu semestinya satu jari akan diarahkan kepada pihak yang bertanggungjawab keatas tempat tersebut.

Penulis berharap satu langkah pengajaran diambil kepada 4 remaja berkenaan supaya tidak menjadi ikut kepada mana-mana pihak dimasa akan datang seperti mana yang diambil tindakan 6 remaja memanjat papan tanda Ipoh minggu lalu.

Mereka ini tidak  menghormati akan tulisan yang berada di atas Bukit Besar itu sedangkan ianya sebagai lambang negeri Darul Iman.