1MDB Duit Rakyat Yang Bayar Cukai?

Apa Yang Strategiknya? Sibuk golongan yang kurang kebolehan berfikir memainkan sentimen kerajaan  menjual aset strategik pertahanan ...


Apa Yang Strategiknya?


Sibuk golongan yang kurang kebolehan berfikir memainkan sentimen kerajaan menjual aset strategik pertahanan negara kepada negara luar akibat 1MDB dan kerakusan terhadap wang.
Ceritanya, 1MDB telah membeli tanah tersebut dengan harga yang murah dan menjualkannya kepada China dengan harga yang tinggi untuk memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilangMaka, tanah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia itu kini dimiliki oleh China.
Dari kedua-dua perenggan di atas, dapatlah kita membuat rumusan bahawa ada TIGA butiran utama yang dikaitkan dengan penukaran Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada Bandar Malaysia milik negara China:
  1. Menjual aset strategik pertahanan negara,
  2. Memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang, dan,
  3. Tanak milik Tentera Udara DiRaja Malaysia kini dimiliki China.
1, Bida’ah Pertama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur Adalah Aset Strategik Pertahanan
Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.
Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘strategik’ beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.
Baiklah.  Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.
Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu.  Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.
powered_parachute
Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.
Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut.  Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.
Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1.700 kaki untuk berlepas.
Kedua-dua buah pesawat telah dilucut tauliah semasa saya masih bertugas.
Kini, pesawat angkut yang digunakan oleh TUDM adalah lebih besar dari pesawat Caribou.  Pesawat A400M memerlukan jarak  berlepas minima sepanjang 3,215 kaki manakalah pesawat C-130H memerlukan 3,586 kaki.  Walaupun cukup untuk berlepas, landasan tersebut tidak cukup panjang untuk kedua-dua jenis pesawat membuat pemberhentian cemas dengan selamat.
Tambahan pula, Nombor Klasifikasi Beban (LCN) iaitu kategori kekuatan beban landasan di PU Kuala Lumpur ialah 40. Walaupun pesawat C-130H hanya memerlukan LCN 37 untuk tarmac/asphalt, pesawat A400M perlu mempunyai lebih dari 49.
Maka, PU Kuala Lumpur hanya mampu menerima pesawat-pesawat ringan tanpa menjejaskan keselamatan pesawat dan struktur landasan.
Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)
Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)
Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2001.  Bahagian berumput di sebelah kiri gambar kini hanya tinggal setengah akibat pembesaran Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SMART.  Jalan di latar depan gambar ini ialah Jalan Istana yang berhubung dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru).  Kini ada satu jejambat yang lebih tinggi dibina di situ.
Di latar belakang gambar atau di hujung landasan tersebut adalah satu tebing di mana landasan Keretapi Tanah Melayu dan juga ERL lalu.  Tebing tersebutlah yang menjadi suatu halangan yang boleh memberi akibat yang buruk sekiranya pesawat angkut A400M atau C-130H terpaksa membatalkan perlepasan.
Lain-lain halangan yang kini berada di situ ialah sebuah bangunan berketinggian hampir 60 meter berada 1.86km di hadapan landasan tersebut.Enam buat tiang lampu yang berada betul-betul di bawah pesawat yang ingin membuat pendaratan di Landasan 22; pokok-pokok milik persendirian berketinggian 55 meter juga di bawah pesawat sebelum mendarat; menara kabel tension tinggi berketinggian 105 meter di sebelah timur landasan; dua buah menara telekomunikasi berketinggian 35 meter dan 76 meter juga dalam laluan pendaratan pesawat.
PU Kuala Lumpur juga tidak mempunya kemudahan penyimpanan dan pengisian minyak yang sempurna.  Sekiranya anda menerbangkan pesawat ringan persendirian mahupun milik kelab dari situ maka anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang untuk mengisi minyak sebelum pulang semula ke PU Kuala Lumpur.
Ditambah pula dengan keadaan lalulintas di sekitar kawasan PU Kuala Lumpur yang sememangnya sesak, adakah anda masih menganggap pangkalan udara ini sebuah aset yang strategik?
2. Bida’ah Kedua: Memulangkan Balik Wang Rakyat RM42 billion Yang Hilang
Wang siapa yang hilang?
Wang rakyat?
Sudah tentu bukan.
RM42 billion adalah jumlah wang yang dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi luar negara untuk melaksanakan projek-projek di dalam negara.  Ianya berbeza dengan kehilangan berbillion wang yang diperuntukkan oleh PETRONAS untuk membantu kaum Bumiputera melalui Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) semasa pentadbiran 22 tahun seseorang yang kini mudah lupa.  Wang BBMB tersebut telah diberi pinjam kepada orang luar untuk projek hartanah di luar negara yang tiada kaitan langsung dengan rakyat Malaysia mahupun kaum Bumiputera.
Jika wang RM42 billion yang kononnya hilang itu dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi kewangan luar negara, bagaimana mungkin wang tersebut datangnya dari rakyat?
Untuk makluman semua, cerita RM42 billion ini adalah merupakan cerita basi yang dimainkan semula akibat kehabisan modal untuk terus menipu rakyat.  1MDB telahpun melangsaikan segala hutang awal tahun 2016 lagi!  Malah, 1MDB dapat membuat lebihan berjumlah RM2.3 billion lagi.  Maka, hentikanlah dari berbohong atau bersubahat menyebarkan pembohongan melainkan anda memang tidak percaya kepada Tuhan.
3. Bida’ah Ketiga: Tanah Milik TUDM Kini Milik China
Bagi saya, saya kurang faham bagaimana cerita bodoh ini boleh dipercayai ramai seperti juga cerita 700,000 bakal warganegara baru Malaysia yang berasal dari China.
Bagaimanapun, saya akur Tuhan tidak menjadikan kita ini semua sama kalau tidak hidup ini akan menjadi bosan.  Oleh itu saya amat terhibur dengan cara mereka yang mempunyai daya pemikiran yang sama seperti katak puru yang tersenarai sebagai salah satu dari empat binatang terbodoh di dunia.
Seingat saya, angka 700,000 yang dibawa oleh U-Turn Mahathir ini adalah angka yang sama didakwa oleh bekas Senator Chong Eng Leong dari Sabah telah menerima kad pengenalan Malaysia semasa pentadbiran U-Turn Mahathir.  Chong Eng Leong mendakwa bahawa Projek IC semasa pentadbiran U-Turn Mahathir telah memberi kad pengenalan Malaysia kepada 700,000 orang asing yang mana seramai 200,000 adalah pengundi berdaftar di negeri Sabah.
Siapa sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini?
Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:
  1. 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia;
  2. 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia;
  3. 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ); dan,
  4. 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ.
Ini bermakna, 54 peratus milik syarikat-syarikat kerajaan dan 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).
Ini juga bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.
Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM?
Dan murahkah nilai tanah TUDM yang dibeli oleh 1MDB?
1MDB membeli tanah tersebut pada harga RM400 juta.  Namun sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara untuk unit-unit TUDM dari PU Kuala Lumpur ditempatkan.  Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera  menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion.
Bayangkan apa yang boleh memanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran U-Turn Mahathir!
Fikir-fikirkanlah!

42 bilion duit 1MDB hilang? Lapangan Terbang TUDM Sg Besi kena jual dengan china? Semuanya kena jual? Nak tau jawapan sebenar klik link untuk selanjutnya

https://seademon.me/2017/02/11/apa-yang-strategiknya/

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: 1MDB Duit Rakyat Yang Bayar Cukai?
1MDB Duit Rakyat Yang Bayar Cukai?
https://seademon.files.wordpress.com/2017/02/powered_parachute.jpg?w=584
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2017/02/1mdb-duit-rakyat-yang-bayar-cukai.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2017/02/1mdb-duit-rakyat-yang-bayar-cukai.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy