Akhirnya Muhyiddin (PAS) Malu Bertemu Dengan Khairah Masjid Kerana Penipuannya ISU Masjid Sultan Mahmud

KOMPLEKS Hotel dan Ruang Niaga yang bakal siap 2 tahun dari sekarang yang dibangunkan bersebelahan dengan Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang itu telah diperuntukkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Projek yang menelam belanja sebanyak RM 25 juta itu akan menyediakan sebuah hotel berkonsepkan Islam dan ruang niaga khas untuk umat Islam di kawasan tersebut.

Pada peringkat awalnya, Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud menyatakan tanah tapak yang dibangunkan itu berstatus tanah wakaf dan ianya HARAM dibuat sebarang pembinaan tanpa persetujuan pihak yang memberi tanah untuk diwakafkan.

 Menurut Tengku Putera, status tanah yang merupakan tapak projek pembinaan itu merupakan tanah yang diwartakan sebagai tanah milik Kerajaan Negeri di bawah seksyen KTN62 dan penyelesaian pengambilan balik oleh Kerajaan Negeri telahpun dibuat pada tahun 2006. Tanah ini dikawal selia oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (PHEANT).

Projek yang menelan kos sebanyak RM24 juta ini ujarnya telah mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Terengganu pada November 2016 dan dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Konsep pembinaan bercirikan Islamik dijangka akan menjadikan kompleks hotel dan ruang niaga ini sebahagian daripada mercu tanda Masjid Sultan Mahmud tanpa menjejaskan pemandangan serta aktiviti masjid. Sebanyak lebih 138 lot parking turut disediakan kepada awam tanpa menjejaskan lot parkir khas yang akan disediakan kepada pengunjung hotel.

Menyangkal dakwaan aktiviti masjid bakal terjejas dan akan wujudnya masalah gejala sosial di hotel yang akan menganggu ibadat, beliau turut memberi contoh Hotel Grand Puteri yang dibina berhampiran Masjid Putih di Bandaraya Kuala Terengganu yang juga dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung yang ingin beribadah.

Tengku Putera memberitahu, pihak arkitek telah memohon kebenaran dan kelulusan pelan pembangunan dari pihak majlis dan kini masih dalam proses menunggu kelulusan. Walaubagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan masih belum bermula dan pihak kontraktor hanya mendapat kebenaran masuk tapak untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak, menghantar jentera, memagar kawasan dan memperbetulkan laluan awam dimana kerja-kerja awal ini tidak memerlukan sebarang lesen atau kelulusan dari MDHT.

Beliau turut melahirkan kekesalan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan tohmahan serta tuduhan tidak berasas kepada projek pembangunan yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di sini.

“Sepatutnya mereka perlu mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu dan barulah membuat kenyataan”

Tengku Putera turut menyeru kumpulan berkenaan agar menghentikan tohmahan dan tuduhan palsu yang telah dibuat.

Sebagai rekod, juga terdapat dua buah bangunan yang dibina di Kuala Berang yang dikatakan tidak mendapat kelulusan bangunan dari Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Salah sebuah darinya merupakan Madrasah Dar Al-Ansar bersebelahan dengan rumah pengasasnya yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Kamaruzaman Abdullah yang terbakar Jun tahun lalu akibat litar pintas. Dan sebuah lagi bangunan tiga tingkat yang merupakan Pejabat PAS DUN Kuala Berang yang hanya mendapat kelulusan majlis daerah sebagai bangunan kediaman.


TAG