Benarkah PAS Sedang Bergolak Sesama Sendiri?

Artikel ini diambil dalam seberan whatsapp yang dianggotai PENYOKONG AMANAH, BERSATU, PKR, UMNO dan juga PAS.

DALAMAN PAS KINI BERPECAH KEPADA 2 KEM

Parti Islam Semalaysia (PAS) kini mula terbahagi kepada 2 kem lagi selepas sebahagian ahlinya keluar membentuk Parti Amanah Negara (PAN) pada 2015 yang lalu.

Dahulunya dibuang pro anuwarinas dan kini adanya pro totok dan juga pro ulama moden yang mana sedang berperang dengan perasaan samada mengikut telunjuk Presiden Hj. Hadi atau berpegang pada pendirian Pas yang di tinggalkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Kepimpinan PAS hari ini jelas mempunyai perbedaan pendapat di antara Presiden dengan Timbalan Presiden (yang dianggap masih berpegang kuat dengan pendapat Al marhum Tok Guru Nik Aziz) di mana banyak kenyataan yang dikeluarkan kepada media sering tidak sehaluan pendapat.

Golongan Pro Presiden tergolong dari kalangan Pas Ortodoks akan menyokong segala tindakan Presiden Pas tanpa menilai semula keputusan tersebut dan di satu pihak lagi lebih berpegang kepada pegangan Pas yang asal dan ramai merasakan Pas yang ada hari ini telah jauh menyimpang dari perjuangannya yang asal.

Dikatakan juga sudah ada gerakan dari kalangan penyokong tegar PAS yang kini sudah hilang kepercayaan kepada presiden dan memilih untuk menyokong timbalan presiden bagi menghadapi muktamar yang dijangkakan pada mei akan datang.

Mungkin muktamar kali ini akan diadakan pertandingan jawatan presiden kerana ramai dari perwakilan yang telah digerakkan untuk menaikkan nama timbalan presiden kini sebagai wakil untuk jawatan  presiden parti itu.

Ada yang menyatakan bahawa sudah cukup masa untuk  Abdul Hadi Awang memegang jawatan presiden dan golongan penggerak ini mahukan Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih tempat Hadi Awang yang kelihatan sangat lemah mengemudi jemaah PAS kebelakangan ini.

Ditambah pula Hadi yang sedang menjalinkan hubungan sulit dengan Umno dilihat semakin tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.

Ketika ini juga Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pun mengorak langkah untuk menidakkan Hadi Awang untuk terus kekal di tapak presiden dan mahu mengurangkan kuasa Hadi dalam PAS.

Hadi akan ditempatkan sebagai Musyidul Am Pas yang baharu selepas muktamar yang bakal diadakan pada mei depan nanti.

*Jemaah Hijau*
TAG