Ku Tere Dedah Pe'el Perangai Pemimpin PAS Terengganu Dalam Isu Pembinaan Kompleks Masjid Sultan Mahmud

HULU TERENGGANU – Pembinaan Kompleks Niaga dan Hotel yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi bukan sekadar bakal menjadi mercu tanda baharu di daerah Kuala Berang, malah projek ini juga dilihat dapat merancakkan aktiviti ekonomi umat Islam selain menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan kepada masjid.
Adun Kuala Berang, Tengku Putera Tengku Awang pagi ini selain memberikan gambaran sebenar manfaat projek tersebut kepada penduduk setempat, beliau juga turut menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu dalam satu sesi taklimat dan soal jawab yang berlangsung di sini pagi tadi.
Sesi "Townhall' bagi mereka bentuk, membina,  dan menyiapkan Kompleks Perniagaan Hotel & Dataran Masjid Sultan Mahmud yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu turut dihadiri oleh Osman A Bakar - YDP MDHT,  Azmi Razik  Pegawai Daerah Hulu Terengganu,  Pesuruhjaya Agama Negeri Terengganu  Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim , Mohd Fadzlie Ibrahim Jurutera JKR Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail Pegawai Pendidikan Daerah, Wakil Pejabat Mufti Terengganu, Wakil Pejabat Agama Daerah dan orang awam.
Sesi taklimat dan soal jawab terbuka ini merupakan inisiatif dan perjalanan susulan selepas sidang media yang telah dibuat oleh Tengku Putera baru-baru ini bagi membidas beberapa kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Sultan Mahmud.  (Baca Artikel Penjelasan isu pembinaan hotel tepi Masjid Sultan Mahmud Kuala Berang)
Jawatankuasa yang diketuai oleh Muhyiddin Abdul Rashid sebelum ini telah membuat beberapa siri bantahan di laman media sosial, laporan polis, aduan rasmi dan siaran media.
Taklimat dan soal jawab yang berlangsung hampir dua jam ini telah mendapat sambutan yang baik oleh para hadirin. Walaubagaimanapun, tiada wakil dari Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Masjid Kuala Berang yang difahamkan turut dijemput menyertai taklimat tersebut.
Jawatankuasa itu yang keseluruhannya diwakili pemimpin PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mana telah menyatakan bahawa mereka adalah wakil dari khairiah masjid berkenaan dan apabila diselidiki ianya hanya bertujuan politik murahan yang mahu menggunakan masjid itu sebagai lonjatan isu dan mengelirukan pemikiran yang seperti mana yang dilaporkan sebelum ini.

TAG