YB 'Encik Somi' Jutawan Baharu Kosmetik Negara?



Bukan senang zaman teknologi di hujung jari ini untuk undurkan balik kata-kata sekiranya sudah 'terlepas cakap' di mana-mana medium internet. Walaupun ada 'butang delete' namun jangan lupa tentang 'butang-butang' yang lain termasuk alat perakam suara yang di halakan kepada kita terutamanya semasa ditemuramah.

Begitulah apa yang terpaksa dilalui oleh YB PAS Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin At Takiri dalam isu beliau menghadiahkan sebuah kereta mewah yang bernilai lebih dari RM 500 ribu, Audi Q7 kepada isteri keduanya.

Terbaharu Khairuddin menafikan beliau bersikap angkuh dengan mengeluarkan kenyataan berikut yang telah disiarkan:

“Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” - The Star Online.
Samada ini kenyataan umum atau sekadar satu perumpamaan bodoh, Khairuddin perlu sedar sebagai wakil kepada rakyat yang berbilang latar belakang termasuk warga miskin, mereka juga mempunyai hati dan perasaan seolah-olah YB PAS ini sudah begitu kaya sejak menjadi wakil rakyat?

Tidak salah kalau kita mampu miliki apa sahaja sekiranya kita mampu namun akan timbul 1001 pertanyaan kerana rakyat boleh menilai secara kasar pendapatan kita termasuk pencapaian perniagaan kita sekiranya kita seorang usahawan.

Bayangkan kalau bukan kerana isu "Audi Q7" yang dihadiahkan kepada isteri nombor 2, rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Terengganu tidak akan mengetahui sangat betapa wakil rakyat PAS ini seorang Presiden syarikat kosmetik - blessing in disguise

Mungkin syarikat tersebut milik isteri keduanya atau mungkin milik Khairuddin atau mungkin beliau dan isteri keduanya adalah rakan kongsi. Persoalan mudah, sejauh mana pencapaian syarikat kosmetik mereka? Apakah setaraf Qu Puteh atau Abang Terlajak Laris, Datuk Aliff Syukri? 

Paling menarik, mungkin ramai tidak mengetahui bahawa wakil rakyat PAS ini mempunyai lebih dari seorang isteri.

Khairuddin wajar dedahkan kehebatan dan kejayaan produk kecantikan atau lebih mudah Khairuddin perlu tunjukkan bukti pencapaian syarikatnya itu. Kalau Qu Puteh dan Abang Terlajak Laris boleh di lihat di mana-mana sahaja termasuk sebagai penaja utama di hampir keseluruhan "channel" yang ada di negara ini, produk syarikat Khairuddin "rules" kat mana?

Kehebatan produk kecantikan bukan keluar di kaca TV sekadar membeli "air time" untuk iklan secara langsung namun lebih dari itu. Muncul 'live' untuk segmen memperkenalkan produk hanyalah sekadar iklan biasa-biasa namun kalau sudah mencapai tahap ada rancangan tajaan sendiri maka itu luar biasa.

Jadi Khairuddi At Takiri wajar buktuikan kepada semua rakyat Malaysia tentang cerita kejayaan produknya ini sekali gus membuktikan syarikatnya setaraf syarikat kosmetik yang seumpamanya.

Rakyat tidak kira apa juga lapisan latar belakang tidak akan persoalkan lagi kemampuan "YB Encik Somi" sekiranya pembuktian ini disegerakan.

Rakyat bersedia untuk mendesak SPRM dan LHDN sekiranya YB PAS ini hanya sekadar menepis isu dengan wujudkan isu yang lain pula.

Rakyat zaman digital sudah tahu berapa elaun bulanan seorang wakil rakyat parlimen.