Abdul Hadi Tinggalkan Dewan DUN Sebelah Pagi

PRESIDEN PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang dilihat meninggalkan sidang dewan undangan negeri (DUN) penggal ke 13 pagi ini selepas dewan berhenti rehat pada jam 10.30 pagi.

Menurut sumber yang ada di dewan pagi ini menyatakan Abdul Hadi meninggalkan dewan kerana masalah kesihatan yang dialami oleh beliau.

Dalam soalan lisan pagi tadi kelihatan raut wajah beliau sedikit lemah dan tidak bermaya. Semoga Presiden PAS kembali pulih seperti sediakala, insyaallah..
TAG