DALIL 13 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

6 ENAKMEN SYARIAH TIRU UNDANG-UNDANG ISLAM PUSAT

Kerajaan Pas Terengganu mendakwa 6 Enakmen Islam yang baru akan dibentangkan dan Terengganu menjadi negeri Islam pertama melaksanakan undang-undang itu.

Apabila dibentangkan di DUN pada 25 Ogos 2001, pecahlah tembelang apabila didapati lima daripada enam enakmen itu diceduk terus daripada Akta Parlimen yang diluluskan sejak tahun 1993 untuk Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.


Exco Kerajaan Pas, Dato’ Harun Taib tidak mengaku dengan berkata, “Kita tidak langsung mencedok dan meniru. Kecuali Penasihat Undang-Undang kata dia tiru, tak tahulah”



TAG