DALIL 15 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

ISTERI YB PAS DILANTIK AHLI LEMBAGA YPKT

Bukan sahaja kroni dan anak-beranak malah isteri kepada YB-YB PAS turut diberi ‘habuan’ oleh Kerajaan PAS Terengganu.

Isteri Exco negeri, Dato’ Harun Taib iaitu Fatimah Ibrahim dan isteri Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad iaitu Dr. Noraini Hashim dilantik sebagai Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Ismail Dagang, iaitu adik kepada calon PAS yang kalah di DUN Seberang Takir, Zakaria Dagang pula dilantik Pengarah YPKT, manakala bekas calon PAS  yang kalah dalam pilihanraya tahun 1990 dan 1995, Baharuddin Mohamad dilantik Timbalan Pengarah YPKT.


Ketua Muslimat PAS Terengganu ketika itu, Safinah Jusoh turut dilantik sebagai ahli lembaga YPKT.


TAG