DALIL 17 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

HUDUD PAS BERCANGGAH

Hudud PAS versi Terengganu (Tahun 2002) bernama ‘Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) 1423H/2002M mengandungi 67 fasal.

Manakala, Hudud PAS versi Kelantan (Tahun 1993) bernama ‘Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993’ pula mengandungi 72 fasal. Kenapa ia berbeza?

Apabila Hudud yang digubal PAS dipersoalkan, pemimpin PAS terus menuduh UMNO kafir seperti yang dikeluarkan oleh EXCO Pas Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik terhadap orang UMNO dan peguam, Dato’ Shukri Mohamad. 

Qazaf Rogol (Fasal 9) sangat mengelirukan: (1) Bagaimanakah boleh sama Qazaf Rogol dengan Qazaf Zina? (2) Apakah rogol itu termasuk dalam Hukum Hudud? (3) Mengapakah peruntukan itu tiada dalam EKJS (II) 1993 Kelantan.


Hudud PAS tidak menepati Hudud Allah yang mengetepikan ‘keadilan sejagat’ : (1) Apakah adil hanya orang Islam sahaja yang kena Hudud - Fasal 59 (1), (2) Adakah adil wanita hamil tanpa suami disabitkan zina? – Fasal 49 (2), dan (3) Bagaimana boleh jamin keadilan, hakim tidak ikut syarat Islam? – Fasal 66.



TAG