DALIL 19 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

IMAM, BILAL SOKONG UMNO DIPECAT

Dato’ Harun Taib mengaku, Kerajaan Pas telah menamatkan perkhidmatan ke atas 26 orang imam dan tiga bilal sehingga April 2001.

Bahasa ulama ‘putar’ menafikan imam, bilal dipecat tetapi ditamatkan perkhidmatan! Apa beza antara dipecat dan ditamat? Pemimpin Pas gagal memperbodohkan rakyat dalam perkara ini.

Antara penipuan Kerajaan Pas ialah pemecatan Imam Masjid Kampung Pujuk, Kuala Terengganu yang berkuatkuasa 1 November 2011. Surat bertarikh 26 Disember 2001 atau 11 Syawal 1422 itu mendakwa Encik Junus @ Abdul Razak Bin Muda diwajibkan bersara kerana umur mencapai 65 tahun.

Encik Junus (No. Kad Pengenalan 421022-11-5083) yang beralamat di No. 4898, Kg. Dusun Melintang, Manir, pada ketika itu berumur 59 tahun, bukan lebih 65 tahun seperti didakwa.

Bilal dari Masjid Kg. Pulau Kerengga, Marang, Azahari Muda, 42 tahun ditamatkan perkhidmatan sehingga membawa kepada laporan polis pada 5 Mei 2001.


Selain itu, kerakusan Kerajaan Pas memecat Bilal Masjid Kg. Getang, Kuala Berang, Tengku Dagang Tengku Wok melalui surat bertarikh 17 September 2001 telah mengundang bantahan kariah kampung berkenaan.






TAG