DALIL 20 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

HASIL BALAK UNTUK PARTI PAS

Sumbangan atau Rasuah? Pendedahan bagaimana permohonan kawasan balak seluas 200 ekar di Sungai Patang, Tebak, Kemaman oleh Wan Osman Wan Omar yang disokong para pemimpin Pas untuk disalurkan kepada JSR dan parti Pas.

Perjanjian ‘rasuah’ antara Wan Osman dibuat dengan Yang Dipertua Pas Kemaman merangkap ADUN Chukai yang juga Exco Kerajaan Negeri, YB. Awang Dagang Jusoh, ADUN Pas Kijal, YB. Mehamad Sulong, ADUN Pas Air Putih, YB. Ismail Harun, Penyelaras Pas DUN Kemasik, Che Alias Hamid dan Ahli Parlimen PKR Kemaman, Abdul Rahman Yusof.

Adakah YB-YB PAS dan PKR turunkan tandatangan sebagai menyokong aktiviti rasuah! Turut terlibat, Pengerusi-Pengerusi JSR dari beberapa buah kampung.

Dalam perjanjian itu, antara yang menerima termasuklah 67 buah cawangan Pas di Kemaman akan menerima RM46,900, sejumlah RM51,100 untuk 73 buah JSR, Pas Kemaman terima RM700 serta 4 pejabat MTD (ADUN Pas) sebanyak RM2,800.


Malangnya, agihan untuk PKR Kemaman sebanyak RM10,000 dipotong. Jumlah keseluruhan ‘rasuah’ sebanyak RM154,200.



TAG