DALIL 21 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

10,000 EKAR UNTUK PENGERUSI HARAKAH

Pas mungkir janji! Manifesto Pas Fasa 11.1 yang menyatakan : “Kerajaan Pas akan mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan mempastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terpelihara”

Pada 15 November 2000, Kerajaan Pas telah meluluskan 10,000 ekar di Hutan Simpan Sungai Paka, Mukim Besol, Dungun kepada kroninya, Dato’ Hishamuddin Yahaya yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dan Pengerusi Harakah melalui syarikat North East Plantation Sdn. Bhd. (NEP).

Hishamuddin juga merupakan calon Pas dalam Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Pahang pada tahun 2004.

Apakah tujuan sebenar di sebalik kelulusan itu? Adakah benar untuk tujuan perladangan kelapa sawit dan ternakan lembu? Atau untuk kayu balak?

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan pada masa itu mengesahkan projek berkenaan tidak sesuai atas faktor kecerunan dan kawasan tadahan banjir.



Calon Pas, Dato’ Hishamudin Yahaya (Kanan) dan calon BN, Ustaz Redzwan Harun (kiri) selepas penamaan calon dalam pilihanraya kecil DUN Sanggang, Pahang pada tahun 2004.



TAG