DALIL 5 : Kenapa Perlu Tolak PAS Mentadbir Terengganu

PENSYARAH KUSZA TANPA SPM

Kerajaan BN yang bina, pemimpin Pas yang rosakkan!

Itu gambaran yang boleh diberikan berkenaan tindakan Kerajaan Pas terhadap KUSZA. Peraturan dan kelelayakkan ditolak ketepi dan biarkan kewibawaan KUSZA tercalar, asalkan Pas dapat melebarkan pengaruhnya ke merata institusi yang mereka kuasai.

Exco Kerajaan Pas yang menjaga hal pendidikan, Dato’ Harun Taib tidak sepatutnya menyamakan pengurusan KUSZA dengan sekolah milik beliau di Kubang Lembik, Manir.

KUSZA dirosakkan, tiba-tiba sekolah yang diuruskan parti Pas itu dijadikan Kolej Universiti dengan nama Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah. Siapa yang mengiktiraf penubuhan kolej universiti itu?


TAG