FELDA UNTUK SEMUA ? - Agenda DAP



BEBERAPA keping poster telah dikesan berada dalam pasaran Malaysia kini terutama di pantai barat semenanjung yang mengekplotasi FELDA untuk kepentingan politik parti pembangkang.

Felda yang dikendalikan sepenuhnys oleh Tun Abdul Razak pada tahun1956 melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) dan kini dikenali sebagai Federal Land Development Authority (FELDA).

Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958 di Lembah Bilut, Bentong, Pahang melibatkan seramai 400 orang peneroka yang rata-ratanya bumiputera melayu ISLAM.

Peneroka rancangan FELDA ketika itu terdiri daripada rakyat miskin luar Bandar yang mana berusaha membuka tanah-tanah hutan untuk dimajukan dengan penanaman getah dan juga kelapa sawit.

Tun Abdul Razak memainkan peranan yang cukup penting menaik serta mengembangkan FELDA semasa menjadi Perdana Menteri yang ke 2 banyak membantu rakyat luar Bandar membuka tanah-tanah rancangan FELDA di semenanjung Malaysia.

TETAPI kini, rancangan tanah yang dibangunkan bumiputera itu tegugat dengan kelantangan parti pembangkang yang cuba merosakkan FELDA yang mana dibangunkan sejak 60 tahun lalu serta banyak mengubah sosio ekonomi masyarakat melayu luar bandar khasnya.

Kini dikesan beberapa poster yang yang ditabur untuk merosakkan pemikiran generasi ke 2 dan ke 3 FELDA yang mana parti pembangkang mahukan tanah rancangan itu dibuka kepada semua KAUM.

SETELAH susah payah para peneroka awal membangunkan tanah rancangan itu dan kini kaedah dan cara pembangunan yang moden telah membuatkan pembangkang yang dimanopoli DAP untuk mengambil alih FELDA jika mereka menguasai pentadbiran Putrajaya kelak.

Poster berkenaan nyata mahu membuka seluas-luasnya tanah rancangan itu kepada semua kaum dinegara ini jika mereka berkuasa nanti. Mereka juga turut menggunakan anak-anak FELDA bagi menjatuhkan FELDA itu sendiri sepertimana yang kita lihat hari ini.

Pelbagai cara untuk melemahkan FELDA sejak pakatan pembangkang yang tahu keupayaan FELDA membantu MELAYU di luar Bandar tetapi rakyat masih buta untuk menilainya. - kulihatlangitbiru.com

TAG