PAS Nak Kumpul RM1 Bilion, Duit Tabung Milo Pun Tak Pernah Istihar



SATU kenyataan yang dipetik dari portal Malaysia Kini menyatakan PAS Terengganu dijangkakan akan memperolehi hasil pendapatan kerajaan negeri sebanyak RM 1 Bilion jikalau PAS berjaya menawan Terengganu pada PRU 14 nanti.

Katanya, beberapa sektor yang akan diberi tumpuan oleh PAS Terengganu diantaranya sektor pertanian, sektor perikanan dan sektor pelancongan selain 3 sektor lain.

Manakala sektor perindustrian dan petroleum juga telah mencatatkan hasil RM 400 juta setahun dan ia tidak termasuk dalam target Pas Terengganu untuk 1 B tersebut.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Alias Abdul Razak yang juga adun Bukit Tunggal yang menang sejak pru ke-12 lalu.

Menurutnya lagi, PAS telah berpengalaman pada tahun 1999-2004 lalu mentadbir negeri dengan cara yang berhemah dan perbelanjaan mengurus cukup ditekankan agar mejadikan rakyat lebih sejahtera.

Disini kenyataan itu telah menimbulkan persoalan kepada rakyat dimana ketika itu(1999-2004) PAS Terengganu sangat lemah dalam urusan tadbir negeri.

Dengan kemenangan yang diperolehi PAS semasa pru ke-10 dengan memiliki 24 kerusi Dun dan 8 Parlimen nyata  tidak seperti mana yang digambarkan selama ini dengan kerakusan kuasa yang dimiliki.

Rakyat Terengganu telah membuat pilihan dan menguji PAS dengan memberi undi mereka kepada parti itu pada  tahun 1999 dan melihat sejauah mana laungan ISLAM yang dibawa mereka.

Perjudian nasib rakyat nyata tidak berbaloi kerana kezaliman demi kezaliman dilakukan oleh pemimpin PAS dan turut terlibat rakyat yang miskin telah dinafikan hak sebagai penerima bantuan kerajaan.

Seramai 1,500 orang lebih rakyat miskin dinafikan hak penerima bantuan zakat dari MAIDAM yang mana sebelum itu diterima dibawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasiona (BN).

Anak-anak kecil turut dikhianati mereka dengan mengunci, menghalau mereka dari terus belajar di TABIKA KEMAS yang mana ketika itu sebagiannya beroperasi dibangunan milik kerajaan negeri.

Turut disalah gunakan wang ZAKAT Terengganu untuk pembelajaran dan penajaan anak-anak exco kerajaan negeri(PAS) yang rata-ratanya berkemampuan untuk menanggung pembelajaran keluar Negara.

Abdul Hadi Awang yang juga MENTERI BESAR ketika itu juga sangat lemah dalam pentadbirannya dimana telah menjadi boneka kepada exco yang berkepentingan dalam mengaut hasil bumi Terengganu dan menyalah gunakan wang ehsan untuk parti PAS yang diberikan kerajaan pusat diawal pentadbiran beliau.

Rakyat sekali lagi membuat pilihan yang bijak dengan menafikan hak PAS untuk terus kekal berkuasa pada pru ke-11 dengan mengembalikan kerusi 24 yang dimenangi PAS 1999 kepada UMNO dan BN pada 12 Mac 2004.

UMNOBN telah memenangi 24 kerusi manakala PAS hanya mampu mengekalkan empat kerusi DUN dan hilang semua kerusi parlimen yang dikuasainya pada 1999.

MENGAPAKAH Rakyat Terengganu menghukum PAS sebegitu sekali?

ADAKAH rakyat telah melihat perjuangan PAS bukan untuk AGAMA ISLAM tetapi untuk KEKAYAAN Dunia?

ADAKAH rakyat TERENGGANU sekali lagi mahu menerima bulat-bulat apa yang PAS Janji seperti manifesto awal PAS dan juga ulasan timbalan pesuruhjaya PAS itu?







TAG