PPBM BERMIMPI DISIANG HARI UNTUK MENJADI CALON PERDANA MENTERI


PAGI ini telah tersebar surat persetujuan diantara PKR, DAP, PAN dan PPBM  di media sosial dimana pembahagian kerusi bagi Pakatan Harapan yang telah dijenamakan sebagai Barisan Rakyat (BR).

Didalam sebaran itu jelas tercatit pembahagian kerusi-kerusi parlimen sebanyak 222 yang dibahagikan kepada 4 parti gabungan pembangkang.

Susulan dari surat yang diedarkan tersebut menyatakan Pakatan Harapan telah sebulat suara bersetuju meletakkan calon dari PAN dan PPBM untuk bertanding di setiap konstituensi milik PAS sebelum ini.

Dalam sebaran itu juga turut disertakan jumlah pembahagian kerusi parlimen yang di dahului PKR, DAP, PAN dan PPBM.

Agihan Kerusi PRU14 : Jumlah kerusi yang dipersetujui oleh DAP & PKR untuk PAN & BERSATU

1. PKR - 98 kerusi
2. DAP - 51 kerusi
3. PAN - 37 kerusi
4. PPBM - 36 kerusi

JUMLAH = 222 kerusi
#BeraniBerubah