Razali BLUR Dalam Politik, Sebab Tu Dok Layak Duduk Dalam UMNO

SATU kenyataan yang dimuat naik oleh Razali Idris dalam akaun facebook miliknya yang menyatakan "RUU355 !!! Umno diperkudakan oleh MCA dan MIC manakala Melayu Islam Suffer"

Razali mungkin sudah berkecimpung dalam politik sudah agak lama, tetapi beliau sendiri tidak tahu membezakan yang mana isu berkaitan politik dan isu negara.

Seperti mana contoh isu RUU355 yang dimainkan pembangkang dimana pindaan akta RUU355 yang bakal dikuatkuasakan kepada umat islam dinegara ini dan tidak melibatkan penganut agama lain.

RUU355 adalah pindaaan kepada akta sedia ada yang mana akan memberi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah diman sebelum ini dianggapkan agak ringan dan tidak menjadi pengajaran kepada pesalahlaku jenayah syariah.

Sejak kebelakangan ini, Pengerusi Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Nerus, Razali Idris sengaja mencari publisiti murahan dengan mengkritik kerajaan tanpa mengemukakan fakta yang bernas.

Beliau sebenarnya ‘blur’ dengan isu-isu politik negara malah mungkin dia ‘tinggal bas’ macam orang Terengganu kata.

Slogan "berani berubah" yang cuba dibawa beliau adalah sama slogan kempen Mukhriz Mahathir ketika kalah jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang disebabkan berbau slogan parti rasis DAP ‘Ubah’.

 Razali yang sudah tidak mendapat tempat dalam UMNO Marang dan tindakan menyertai PPBM yang jelas ditolak rakyat hanya perjuangan sia-sia untuk kepentingan legasi Mahathir semata-mata.

Daripada Razali sibuk ‘bising dalam facebook’, baik beliau jelaskan kenapa dia tidak dilantik sebagai Pengerusi PPBM Marang tetapi ditendang ke kawasan Kuala Nerus sedangkan beliau asal dari Marang.

Manakala PPBM pula hanya parti kuli dalam Pakatan Pembangkang dan takut kepada DAP dan ini terbukti DAP jadi ketua dalam Pakatan dan bukan PPBM.

Keadaan ini tidak sama dengan UMNO yang menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional dulu, kini dan selamanya.
TAG