Senarai Kezaliman PAS Terengganu 1999-2004

KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU

Sudah dua tahun Pas mentadbir Terengganu(ketika itu 2001). Dalam masa dua tahun, pelbagai kezaliman berlaku. Di mana-mana sahaja, bumi Darul ]man dicemari dengan kuku besi' Pas. Rakyat semakin berpecah belah. Hidup rakyat menjadi tidak menentu. Pembangunan terabai. Dan agama semakin tercemar. 

Kenapa kejadian seumpama ini berlaku? lniIah akibat daripada pemerintahan yang tidak adil. Hawa nafsu dijadikan landasan pemerintahan. Apatah lagi didorong oleh politik sempit Pas.
Secara tepat, rakyat mula menyesal. Ingatkan pemerintahan Pas baik. Kononnya Islam dijadikan landasan oleh Pas. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah parah. Pemerintahan Pas mula berat sebelah. Kezaliman berlaku di mana-mana. Setiap rakyat mula gelisah. Apatah lagi rakyat yang menyokong UMNO. Hidup mereka tak ubah seperti merempat di bumi sendiri.Tersiksa jiwa mengenangkan pemerintahan Pas. Air mata rakyat menjadi saksi. 

Penyesalan rakyat menjadi bukti. Golongan tua terabal. Wanita semakin tertekan. Kanak kanak turut menjadi korban. Golongan belia tiada haluan. Kakitangan kerajaan dicengkam penderitaan. Rakyat awam terkapai-kapai kelemasan. Bak kata pepatah, semakin tiada haluan.


Bilakah penderitaan ini akan berakhir? Selagi tiada pilihanraya, rakyat akan terus menderita. Penyesalan rakyat tidak akan berkesudahan. Tetapi rakyat akur dengan kesilapan mereka. Penyesalan ini akan terbalas bila tiba hari pengundian.

Apakah kezaliman yang dilakukan oleh Pas? Tentu banyak sekali. Paling jelas ialah soal pemecatan imam dan perebutan kuasa di masjid. 

Pas mahu menjadikan masjid sebagai tempat memperkukuhkan pengaruhnya. Pas sanggup menggunakan apa saja. Kuasa mesti terus berada di tangan mereka. Walaupun terpaksa mengorbankan agama yang maha suci?

Akibat daripada itu, masjid menjadi korban. Sekaligus agama semakin tercemar. Islam dijadikan senjata untuk menikam sesama Islam. lnilah hakikat hidup di Terengganu. Bumi yang bertuah kerana digelar Serambi Madinah. Tetapi akhirnya terkorban kerana dek mainan kotor politik Pas. Rakyat mengalirkan airmata dengan tindakan zalim Pas.

lnilah akibatnya bila kuasa diberikan kepada yang tidak berhak. Islam sudahpun memberi peringatan. Kata kitab suci al-Quran, tunggulah masanya bila negeri diserahkan kepada yang tidak berhak.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bertindak zalim terhadap bangunan Tadika Kemas. Sebab Kemas dimiliki oleh Kerajaan Pusat. Bangunan Kemas ditutup, pintu pagar dikunci dengan rantai besi. Kanak kanak dan guru Kemas dihalau keluar. Jangan duduk di bangunan Kemas. Sebab bangunan ini berada di atas tanah Kerajaan Pas. 

Amboi, begitu sekali kuasa JSR. Kuasa JSR melampaui batasan. Umpama si kudung mendapat cincin. Umpama beruk mendapat bunga. lnilah kuasa JSR di Terengganu. Walau bagaimanapun, UMNO tetap bersabar. Kezaliman tidak boleh dibalas dengan tindakan yang sama. Kata Islam, kesabaran akan membawa kejayaan. Tetapi sampai bila? Sabar juga ada hadnya.

Dalam masa bersabar, JSR meneruskan tindakan zalim mereka. Tanah milik rakyat yang menyokong UMNO dirampas. Rumah yang diduduki secara haram, diroboh. Bangunan UMNO diceroboh. Sebaliknya, rumah orang Pas yang menduduki status tanah yang sama, dibenarkan. IniIah ketidakadilan Pas. Politik yang bersifat berat sebelah. Politik yang tidak ada peri kemanusiaan.

Mungkin tindakan JSR ini direstui oleh pemimpin Pas. Sebabnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah melarang. Pemimpin Pas lain tidak pernah menasihat JSR. Akibatnya, jadilah JSR Sebagai 'beraja di mata, bersultan di hati'. Tindakan JSR makin menggila. Mereka bersifat ala samseng. Sifat tolak asur, lemah lembut dan sopan santun tidak ada lagi dalam diri mereka.

lnilah corak politik Pas Terengganu. Politik yang penuh dengan kezaliman. Penuh dengan tekanan. Dan sarat dengan pelbagai ketidakadilan. Tangan tangan Pas mesti bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Doa orang yang dizalimi tiada hijabnya. lnilah janji Allah kepada umatNya. Paling penting, semua ini (termasuk sebesar zarah) akan disoal di akhirat kelak. Ingatlah wahai pemimpin Pas!

KEDAI KOPI JADI MANGSA

Pilu sungguh hati seorang tua. Mat Amin Salleh yang membina kedai di tepi jalan Bukit Payung telah menerima akibat rakus pemerintahan Pas. 

Pejabat Tanah Marang telah menggunakan jentolak bagi merobohkan kedai kopinya. "Tidak ada ganti rugi untuk pakcik. Paling sedih sebab sudah 50 tahun berniaga di kedai kopi itu. Memang saya bersalah sebab buat kedai di atas tanah kerajaan, tapi berilah sedikit imbuhan," jelasnya. 

Paling terkilan, kedai menjual buah buahan berhampiran tidak pula dirobohkan. lnilah nasib buruk yang melanda Pakcik Mat Amin. Nasib malang yang ditanggung rakyat setelah berada di bawah pemerintahan Pas.

KANAK-KANAK JADI MANGSA PAS

Bila mahu bertindak zalim, Pas tak kira siapa. Walaupun kanak kanak, Pas terus bertindak. Bagi Pas, tak ada gunanya 'menyimpan' baka UMNO. Seolah-olah orang UMNO tidak seagama dengan mereka. Akibat dari tindakan jahat tersebut, kanak- kanak pra sekolah terpaksa berpindah. Patutkah kanak kanak menjadi mangsa? Tetapi inilah corak dendam Pas yang terlalu kuat. Dendam Pas yang tidak akan berkesudahan.

RAKYAT MISKIN JADI MANGSA

Sudah 23 tahun rakyat miskin ini menduduki tanah jirat cina di Kampung titian Lembut. Mereka merupakan penyokong UMNO. Setelah mendapat notis, mereka membuat rayuan. Tapi tidak dilayan oleh pejabat tanah. Rumah mereka dirobohkan tanpa belas kasihan. 

50 kakitangan pejabat tanah merobohkan rumah tersebut. Kenangan 23 Kuala Terengganu tahun hancur berkecai. Di mana mereka hendak mengadu? Beginilah jadinya bila berada di bawah pemerintahan Pas. Tidak adakah tolak ansur menurut Islam?

RAKYAT MISKIN KENA ZALIM

Sebaik sahaja Pas memerintah Negeri Terengganu, perkara pertama, mereka menzalimi rakyat miskin. Rakyat miskin yang dikenalpasti sebagai penyokong UMNO akan ditindas. Bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dipotong. Nama mereka tidak diperlukan. Kerajaan Pas memberi pelbagai alasan untuk memotong bantuan tersebut.

Walaupun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ada anak penerima datang ke pejabat kebajikan dengan menaiki Mercedes, tetapi itu adalah cerita basi. 

Pas ingin menutup kezaliman mereka. Tak rnungkin semua penerima bantuan kebajikan itu terdiri daripada anak yang rnempunyai kereta Mercedes. Ada juga yang benar benar miskin tetapi dinafikan hak mereka kerana parti.Berikut adalah di antara golongan rakyat miskin yang dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pas.

TERIMA PADAH DARIPADA KERAJAAN PAS

Walaupun hampir bersara, Zakaria Jusoh terpaksa menerima akibat buruk. Kerajaan Pas yang mendakwa ingin mentadbir secara Islam, tetap tidak mahu bertolak ansur. Usia persaraan tidak menjanjikan kebahagian bagi Zakaria. Ini kerana rumahnya yang dibuat di atas tanah kerajaan terpaksa dirobohkan.
Zakaria hanya bekerja sebagai tukang kebun. 

Beliau mahukan sebuah rumah sebagai tempat berteduh. Tambahan lagi semasa usia pencen. Malangnya, rumah yang dibuat secara berdikit-dikit itu terpaksa dirobohkan atas arahan Pejabat Tanah Besut. Inilah corak Kerajaan Pas yang berjanji mahu membela rakyat. Janji hanya tinggal janji. Yang ada hanyalah pembohongan sahaja.

PAS BINA BERAPA MASJID DI TERENGGANU

Sudah dua tahun Pas mentadbir         pemimpin Pas. Cakap Islam berdegar degar. Rakyat boleh dengar pelbagai fatwa baru dari Pas. Pelbagai kezaliman dilakukan oleh Pas. Cuma rakyat nak tanya Pas: Berapa buah masjid yang Pas bina di Terengganu? Yang rakyat dapat tahu, ada sebuah masjid Pas yang dinamakan masjid cermin di Kampung Nyiur, Paka (Dungun). 

Masjid ini masih tidak berdinding walaupun Pas sudah mentadbir Terengganu. Bila Adun UMNO, Datuk Abu Bakar Ali sebut dalam sidang dewan, barulah Pas ambil cakna. Nak tunggu wakil rakyat UMNO sebut dalam dewan, baru PAS buat kerja. Kalau begini, teruklah pemimpin PAS! Konon berjuang      untuk Islam, tapi rumah Allah bagaimana?

KEBUN PAK HASAN DIMUSNAH PAS

Semasa zaman Barisan Nasional dulu, kebunnya tidak diganggu gugat. 15 penduduk terlibat dalam penerokaan tanah kerajaan di Kampung Alor Serdang. Tanaman yang ditanam adalah duku, cempedak, rambutan dan petai. Akhirnya, peneroka tanah haram ini terpaksa menerima akibat buruk sebaik sahaja Pas mentadbir negeri. lsilah borang permohonan apapun, Pas tak peduli. Tindakan memusnahkan kebun ini berdasarkan politik balas dendam. Paling sedih kerana tanaman baru saja mengeluarkan hasil. Pas tak kira itu semua. Tanpa sokongan kepada Pas, tunggulah akibat buruknya!

PAS MUSNAHKAN KEBUN KELAPA SAWIT

Tanpa sebarang notis, Kerajaan Pas melalui Pejabat Tanah Marang telah memusnahkan kebun kelapa sawit rakyat. Tanah ini diusahakan oleh 30 peserta. Pelbagai tanaman ada seperti kelapa sawit, duku, cempedak dan sayur-sayuran. Sudah 20 tahun mengusahakan kebun ini, tetapi akhirnya berkecai dek tindakan Pas yang zalim itu. Lebih malang lagi, tiada notis rasmi diberikan. Nak berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi pun, tak boleh. Inikah corak Kerajaan Islam pimpinan Pas? Nampaknya, rakyat akan terus menderita.

PAS KORBAN TIANG DI TELUK IBAI

Bila berjaya memerintah Terengganu, macam macam Pas nak buat. Tapi malangnya, satupun tak jadi. Bila buang replika penyu, janji nak buat lampu isyarat, sampai sekarang tak jadi. Bila tiba Hari Raya Haji (Korban), nak buat Korban Perdana. Kononnya nak kumpul 1,000 ekor lembu untuk sembelih korban. 

Haji Hadi selaku Menteri Besar Terengganu nak jadi imam sembahyang Hari Raya Korban di Taman Rekreasi Teluk lbai. Batang batang kayu dipacak untuk memudahkan sembelihan lembu.Pas ingat rakyat banyak sokong mereka. Tentu boleh korban 1,000 ekor lembu. Malangnya, majlis tersebut dibatalkan. Sebab cuma ada 70 ekor lembu saja. 

Sepatutnya Haji Hadi kena sedar pengaruh PAS makin merosot. Rakyat Terengganu tak suka PAS peralat agama. Agama tak boleh dijadikan ‘senjata’ untuk ‘berperang’ dengan UMNO. Pendek kata, apa saja program PAS di Terengganu menemui kegagalan. Haji Hadi malu besar dengan kegagalan Korban Perdana PAS.

PEJABAT UMNO DIZALIMI PAS

UMNO Cawangan Kampung Getang boleh diberi pujian. Cawangan ini ada bangunan sendiri. Mereka berusaha mengutip derma. Hasil kutipan, RM40,000.00 digunakan untuk buat bangunan. Bolehlah dijadikan tempat bertemu sesama ahli. Malangnya, beberapa bulan selepas dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. 

Datuk Wira Mohd Ali Rustam, bendera UMNO yang berkibar megah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Papan tanda turut dimusnahkan. Dengki sungguh parti lawan kepada UMNO. Apakah sifat ini akan tersemat di jiwa Pas? Jika beginilah keadaannya, kezaliman akan terus berlaku.

MESIN JAHIT KEMAS JADI MANGSA JSR

Tidak cukup menghalau kanak kanak Tadika Kemas, bengkel jahitan pula jadi mangsa JSR. Susah sungguh hidup di atas tanah yang dikuasai Kuala Terengganu oleh Kerajaan Pas. Penuh dengan pelbagai kezaliman. Tekanan wujud di kiri dan kanan. Perjalanan hidup penuh onak dan duri. Bengkel jahitan Kemas di Kelab Aya, Kampung Duyung telah menjadi mangsa. 

Mesin jahit milik bengkel jahitan Kemas telah diikat dengan wayar. JSR mahu halau orang yang belajar di bengkel jahitan Kemas itu. Balairaya milik Kerajaan Pas tak boleh digunakan. Mesti pindah ke tempat lain. Tak cukup dengan halau, JSR menggunakan wayar besi untuk ikat mesin jahit itu. Sedih sungguh berada dalam negeri milik Pas.


PAS TERUS ZALIMI KANAK-KANAK

Tadika Kemas Lubuk Lesong, Kemaman telah menjadi mangsa kezaliman Pas. Tindakan ini adalah ekoran Kerajaan Pas yang mempunyai kuasa ke atas tanah milik negeri. Bila dapat kuasa, beginilah jadinya kepada Pas. Mereka sanggup menzalimi Kemas kerana dikuasai oleh Kerajaan Pusat. 

Padahal, apa salah kanak kanak yang belajar di Tadika Kemas? Bukannya mengganggu Pas. Tapi Pas sememangnya mempunyai dendam yang terlalu lama. Kini mereka sudahpun membalas dendam tersebut walaupun UMNO tidak pernah menindas Parti mereka sebelum ini.

JSR KUNCI PAGAR TADIKA

Tindakan ini boleh dianggap paling 'ganas'. Kanak kanak di Tadika Kemas Kampung Sura Hujung tak boleh masuk ke kelas. Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) telah mengunci pagar tadika itu. Tanpa sebarang tolak ansur, JSR bertindak sesuka hati. Maklumlah, JSR berkuasa besar. 

Direstui pula oleh pemimpin Pas.
Akhirnya kanak kanak tadika terpaksa mendaftar di kedal kopi. Kenapalah kanak kanak pula yang menjadi mangsa. 

Sebab itu, JSR dibenci rakyat. Mereka bertindak sesuka hati. Seolah olah negeri tidak ditadbir oleh orang Islam. Sedikit masa lagi, tungguIah  gelaran Serambi Madinah akan hilang di Terengganu.

PAS KUTIP HASIL RIBA RM 126,300.00


Semasa jadi pembangkang dulu, Pas Lembaga Tawaran Negeri tahun 2000. Cukup kata Kerajaan UMNO toghut, zalim dan tidak Islamik. Kata mereka, kerajaan pimpinan UMNO tidak hapuskan wang nba. Pajak gadai konvensional dibenarkan. Lesen arak berleluasa. nombor ekor masih ada. Tapi bila Pas dapat tubuh kerajaan di ada beza apa-apa. 

Sebab ini memang dibenarkan Terengganu, pajak gadal masih dibenarkan. Sebuah ada di Kemaman, di Dungun dan Hulu Terengganu. Kesemuanya menjadikan lima buah kedai pajak gadai cara nba. Kedai jual arak juga masih ada.           Di Kuala Terengganu, itu menghasilkan lesen premis berjumlah RM84,000.00. 

Di Hulu Terengganu, Pàs dapat kutip wang nba berjumlah RM5,500.00. di Kemaman dapat RM28000.00 dan Dungun pula sebanyak RM8,800.00 Kesemua jumlahnya RM126,300.00. Kesemua lesen premis mi diluluskan di bawah Kerajaan Pas melalui Lembaga Tawaran Negeri tahun 2000. Cukup lumayan Pas kutip wang tersebut.     
   
Apakah bezanya kutipan lesen premis di zaman Kerajaan UMNO dengan Kerajaan Pas sekarang? Kalau Pas kata dia buat akaun berasingan, Kerajaan UMNO dulupun, sama juga. 

Tak ada beza apa-apa. Sebab ini memang dibenarkan dalam Islam. Kerajaan UMNO juga ikut kehendak agama. Jangan ingat PAS saja pandai agama. Kenapa PAS tak hapuskan kedai pajak gadai tersebut? Inilah yang dikatakan konsep Islam ala PAS. 

Bila dengar dapt kutip wang, mata pemimpin PAS mula ‘kelabu’. Pemimpin PAS meletakkan hukum haram kepada UMNO saja.
Bila PAS tadbir negeri, semuanya jadi halal sebab dapat kutip duit. 

Inilah corak Membangun Menurut Islam ala PAS. Sebab itulah kerajaan PAS boleh disahkan sebagai zalim. Zalim kepada rakyat. PAS juga zalim kepada penyokongnya sendiri.

PAS TAKUT PADA BENDERA UMNO

 Nampaknya, JSR miik Pas sudah tidak ada kerja lagi. Kerja mereka hanya menzalimi orang UMNO. Bukan setakat orang UMNO jadi mangsa, bendera UMNO juga menerima akibatnya. Pas cukup takut dengan bendera UMNO. Bila bendera UMNO berkibar, JSR makin gementar. Maklumlah, pengaruh mereka semakin kurang dan UMNUO semakin berkembang maju.

Akhirnya mereka mengambil tindakan melampaui batasan - bendera UMNO dirosakkan. Tindakan dilakukan secara terang terangan. Inilah kezaliman yang ditunjukkan oleh Pas. Yang pastinya, Pas takut pada bendera UMNO.

PAS TINDAS PENYOKONG SENDIRI

Pepatah 'berani kerana benar', telah membawa padah buruk. Mahmud Mamat dan Kampung Anak Ikan, Setiu menerima akibat. Kebunnya yang seluas suku ekar menjadi sasaran Pas. 

Mahmud yang dikenali sebagai Pak Mud dizalimi oleh Pas kerana semata-mata ingin menegakkan kebenaran. BeIiau ingin memperbetuikan pentadbiran Pas.

 Tapi tanaman kontangnya di atas tanah kerajaan teIah dijadikan sasaran Pas. Walaupun permohonan untuk menanam telah dibuat , Pas tidak menghiraukannya.

 Permohonan ditolak tanpa alasan. Pak Mud berjuang dalam Pas lebih 30 tahun. Semasa Terengganu ditadbir oleh Barisan Nasional, kebunnya tidak pernah dikacau. 

Sudah dua tahun Pak Mud mengusahakan kebun itu. Kini segala-galanya telah musnah 200 pokok cili dan 1 000 tanaman timun musnah dalam sekelip mata. Kerugian ditaksirkan RM5,000.00. 

Inilah kekejaman Pas terhadap penyokong sendiri. Jenis apakah perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas? Nampaknya kezaliman Pas berleluasa di mana mana tanpa sekatan.
KENA ZALIM DI KUBU PAS

Ustaz Yong Abdullah sudah lebih 30 tahun menduduki tanah ini. Beliau yang dikenali sebagai Pak Su Yong, menanam ubi, pisang, Iengkuas dan tebu. Walaupun sudah lama menduduki tanah tanpa geran ini, tetapi nasib tidak menyebelahinya. Kebun Pok Su Yong dimusnahkan oleh jentolak. Tidak ada perikemanusiaan langsung. Inilah akibatnya bila Terengganu berada di bawah Pas. Tambahan lagi, Kampung Pengkalan Arang berhampiran dengan Kampung Batu Enam. Kampung ini merupakan kubu kuat Pas yang diketuai oleh Awang Bakar. 

Awang Bakar dikenali sebagai ‘tukul besi' Pas. Penduduk yang menyokong Pas di Kampung ini seringkali 'bersuku sakat' dalam segala kerja. Orang Pas dengan Pasnya. Manakala orang UMNO semakin jauh dengan pelbagai fatwa Awang Bakar.

PAS JADI PARTI HASAD DENGKI

Di sana sini, UMNO kena tindas di Terengganu. Pasang benderapun, menjadi kesalahan bagi Pas. Habis bendera UMNO kena tebas. Ada juga yang kena cincang dan dibuang ke sungai. Peristiwa hitam berlaku kepada bendera UMNO yang dinaikkan di Kampung Jejawi, Permaisuri. Pas cemburu melihat kibaran bendera UMNO. Akhirnya Pas menggunakan penguatkuasa Majiis Daerah Setiu untuk membuang bendera UMNO. 

Pas cukup dengki dengan kibaran bendera UMNO. Seolah-olah bendera UMNO boleh menjadi hantu kepada Pas. Habis 20 batang bendera UMNO yang berkibar telah dibuang. Kalau Pas buang kerana mengganggu lalu lintas, tentu tidak benar. Ini kerana bendera UMNO dipasang jauh dari kawasan laluan awam. Yang hairannya, bendera Pas tidak pula dibuang. Inilah yang dikatakan Islam penipu dalam Pas.

GUNA HARTA RAKYAT UNTUK PERIBADI

Bila dapat tubuh kerajaan, setiap Exco Pas dapat kereta. Kereta itu bertujuan untuk melawat rakyat. Kerja untuk rakyat. Pemimpin Pas cuma pandai bercerita soal perjuangan Islam. Pemimpin Islam sejati sanggup padam lampu bila bercakap soal peribadi. Tapi Pas tak ikut Islam. Cakap saja pandai. 

Buatnya jauh sekali. Sebab itulah - Exco Pas, Tun SalIeh Abas guna kereta kerajaan pergi ke kebunnya. Bercakap soal undang-undang bijak, tapi harta rakyat disalahgunakan. Sudah banyak kali rakyat buat aduan tentang perkara ini. Tun SaIleh pergi ke kebunnya guna kereta TT 3. Akhirnya sempat juga gambar diambil. Kalau tak ambil gambar, tentu Pas kata Al-Haq penipu. 

Tapi kini mereka senyap saja sebab memang mereka salah. Macam mana Tun Salleh boleh di beri Jawatan Exco Hisbah,sedangkan dirinya sendiri tak betul dalam mengendalikan harta rakyat? Sebenarnya dia kena Hisbah dirinya terlebih dahulu sebelum melakukan hisbah terhadap diri orang lain. Ada juga rakyat ternampak TT 3 digunakan untuk membawa anak pokok buabuahan ke kebunnya. Apakah ini tugas rasminya sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Hisbah?

SURAU JADI TEMPAT TERNAK AYAM

Paling zalim - dalam banyak banyak kezaliman Pas, ternak ayam dalam surau paling zalim. Ini berlaku di Kampung  Tok Por, Sungai Ikan. Pas minta derma. Kemudian beli tanah untuk bina surau dan bangunan sekolah agama. Kononnya mahu mendidik agama kepada rakyat.

Malangnya, setelah hampir siap, bangunan itu tidak digunakan lagi. Kitab suci al-Quran bersepah di merata tempat. Surau dijadikan tempat menternak 4,000 ekor ayam. Kitab agama bertaburan di sana sini. Peralatan belajar seperti meja, kerusi dan almari dibuang begitu saja. 

Beginilah jadinya bila Pas diberi kuasa di Terengganu. Mereka bukan menjadikan agama sebagai landasan untuk memerintah Terengganu. Tapi menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai kuda tunggangan. Kalau Pas benar benar ingin memakmurkan Islam, bagaimana kejadian seburuk ini boleh berlaku? Salah seorang Exco Kerajaan Pas boleh menjawab persoalan ini.

RAKYAT DIZALIMI AMANAT HAJI HADI

Sehingga kini, banyak masjid di Terengganu berkecamuk. Ada orang Haji Mohd Nor Ismail dan Pas yang berebut ingin menjadi imam. Pada Pas, Amanat Haji Hadi mesti dipatuhi. Orang UMNO tidak boleh jadi imam masjid. OIeh itu, jawatan tersebut mesti dirampas dari mereka. Setelah Pas berjaya menawan Terengganu, pelbagai helah dilakukan oleh parti itu.

 Mereka mahu menguasai masjid. Amanat Haji Hadi telah menjadi faktor utama sehingga rakyat berpecah belah. Amanat Haji Hadi telah menjahanamkan kehidupan rakyat yang harmoni. Di kebanyakan masjid, berlaku perebutan untuk menjadi imam. Imam UMNO yang cukup umur dibersarakan. Dilantik imam baru yang pro Pas. Akhirnya, penduduk tidak oleh terima. Berlakulah pemulauan sembahyang Jumaat dan sebagainya. Rakyat telah dizalimi oleh Amanat Haji Hadi. Kita ikuti pengakuan benar penyokong Pas tentang Amanat Haji Hadi.

PREMIUM TANAH NAIK 700%

Kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Pas memang pelik. Mereka mahu membebankan rakyat dengan pelbagai kerja zalim. Mereka bagaikan broker tanah. Pas 'berniaga' tanah kepada rakyat. Mereka tidak ada duit, sebab itu mereka sanggup naikkan premium tanah kepada rakyat sehingga 700 peratus. lni boleh disahkan sebagai menzalimi rakyat untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah. 

Semasa Kerajaan Barisan Nasional dulu, premium tanah untuk lot rumah kosong ialah sekitar RM1 200 (satu lot). Tapi bila Kerajaan Pas tadbir negeri, premium tersebut meningkat kepada angka RM6,000.00 hingga RM7,800.00. Tanah lot rumah ini adalah untuk rakyat miskin. Mereka tidak ada tanah. Jadi, tidak sepatutnya Kerajaan Pas menzalimi mereka. Tambahan lagi, Kerajaan Pas hanya ‘cuci tangan' sahaja dengan menjual kawasan lot rumah yang telah disediakan oleh Kerajaan BN dulu.

KERAJAAN PAS ZALIMI KAWASAN HUTAN SIMPAN

Masuk tahun kedua pemerintahan Pas, pelbagai peristiwa zalim telah berlaku. Hampir setahun pemerintahannya, iaitu pada 15 November 2000, Kerajaan Pas telah meluluskan 10,000 ekar kawasan balak di Hulu Dungun kepada kroninya. Paling menyedihkan, kawasan balak ini telah digazetkan sebagai          Hutan Simpan Kekal. 

Kawasan Hutan Simpan Kekal ini telah diberikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai North East Plantation Sdn Bhd (NEP). Salah seorang orang kuat Pas yang menjadi lembaga pengarah NEP         ialah Datuk Hishamuddin Yahya. 

Datuk Hishamuddin juga adalah Pengarah Urusan Harakah.
Daripada seorang pengusaha surat khabar, Datuk Hishamuddin juga mampu mengendalikan            kawasan hutan     seluas 10,000 ekar di Dungun? Aneh dan pelik sekali kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Pas Terengganu. 

Paling pelik kerana kawasan mi disahkan tidak sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Jabatan Pertanian Terengganu membuat pengesahan itu kerana kecerunannya. NEP yang diketuai oleh Datuk Hishamuddin juga        dijangka akan memelihara ternakan tetapi disahkan juga tidak sesuai oleh Jabatan Haiwan Terengganu. 

Tapi Kerajaan Pas tak ambil kira itu semua. Yang penting, kawasan tersebut mesti diberi kepada kroninya. Dan ini, keputusannya sudah dibuat untuk diberikan kepada NEP. Paling menyedihkan kerana Terengganu akant erdedah kepada banjir bila kawasan ini mula diterokai. 

Pas secara jelas telah gagal menunaikan janjinya meIaIui manifesto Pas iaitu melalui Fasa 11.1 yang menyatakan: "Kerajaan Pas akan mengawal pembalakan dan pemuliharaan hutan dan mempastikan kawasan tadahan hujan dan alam sekitar terpelihara". Di mana janji manifesto Pas itu?

*RM 260 JUTA UNTUK KERAJAAN PAS MELALUI TENDER TERTUTUP*

Hutan Simpan Tembat dan Petuang di Hulu Terengganu telahpun dijual secara tender tertutup oleh Kerajaan Pas. Jumlahnya adaah seluas 41,000 ekar clan dijual dengan harga RM260 juta.

Lima syarikat yang dikenalpasti oleh Kerajaan Pas untuk membeli kawasan balak tersebut.

Tetapi hampir kesemuanya tidak upaya untuk membuat pembelian tersebut kerana terma bayaran yang begitu besar. Pembeli dikehendaki membayar dengan tiga kali bayaran. Bayaran pertama dua peratus iaitu sebanyak RM5.2 juta; Kedua, RM80.6 juta dan ketiga RM1 74.2 juta.

Sudah acapkali pembelian kawasan itu bertukar tangan. Akhirnya Kerajaan Pas menerima sebuah syarikat yang dikenali sebagai SKPPJ yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Malangnya, syarikat ini sudah tidak beroperasi lagi dan pejabatnya ditutup.

Talian telefon telah dipotong tetapi Kerajaan Pas menyatakan syarikat ini berupaya untuk mengendalikan pembalakan di kawasan yang begitu luas. Atas alasan apakah Kerajaan Pas menjual kawasan balak ini kepada syarikat ini?

ANTARA MASJID YANG DIZALIMI KERAJAAN PAS DALAM PARLIMEN MARANG (DIWAKILI HAJI HADI)

MASJID PADANG MIDIN

Sudah berkali-kali PAS melalui Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mencuba untuk menguasai masjid Padang Midin. Sehinggakan rakyat menjadi gelisah. Penduduk kampung tersebut mula sedar tentang gelagat PAS yang zalim. PAS umpama berja di mata, bersultan di hati. Melalui JSR, PAS telah cuba mencadangkan nama jawatankuasa masjid yang baru. Cadangan jawatankuasa baru itu disokong sepenuhnya oleh Adun PAS, Yahya Ali. Tindakan mereka secara jelas untuk menzalimi rumah Allah. Apakah dosa yang dilakukan oleh jawatankuasa masid yang sedia ada? Sebab utamanya ialah pengerusi masjid, Datuk Wan Jaafar adalah orang yang pro kepada UMNO. Nasib baiklah tindakan zalim pAS itu berjaya dikesan oleh Jawatankuasa Padang Midin. Mereka telah bertindak dengan mengistiharkan masjid tersebut bebas dari kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

MASJID PULAU MANIS, SERADA

Di masjid inilah berlaku pertengkaran mulut antara Timbalan JSR dengan wakil penduduk berhubung dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa masjid yang baru. Keadaan menjadi hangat tetapi akhirnya reda.

MASJID BANGGOL KATONG

Masjid ini telah menjadi ‘huru-hara’ bila dizalimi PAS. JSR cuba mengistiharkan jawatankuasa masjid uang baru. Tapi dibantah oleh penduduk kampung. Sampai sekarang, JSR masih belum berjaya mengumumkan nama jawatankuasa yang baru. Tapi sampai bila keadaan ini akan aman? Cakap saja Islam tapi tindak tanduk macam orang yang bukan Islam.

MASJID BELADAU SELAT

Dengan sebulat suara, penduduk kampung ini mahukan agar jawatankuasa lama dikekalkan. Mereka menentang sekeras kerasnya tindakan JSR yang mahu jawatankuasa itu ditukarkan kepada yang baru. Pada pendapat penduduk kampung, jawatankuasa lama tidak ada cacat celanya. Kenapa mahu ditukarkan? Tapi memang kerja Pas bila dapat kuasa, mereka akan pastikan masjid berada di bawah telunjuk mereka. Mereka tak kira siapa. Yang penting, rumah Allah menjadi alat untuk Pas memperkuatkan pengaruhnya.

MASJID KAMPUNG BARU, SERADA

Di masjid ini, Pas melalui JSRnya telah berjaya memecat hampir keseluruhan jawatankuasa lama. Mereka bagaikan 'singa lapar' menerkam mangsa. Akhirnya jawatankuasa lama terbuang dan digantikan dengan jawatankuasa baru yang pro Pas. Mudahlah bagi Pas membaca khutbah untuk kepentingan parti mereka.

MASJID BANDAR MARANG

Ini adalah Bilal Masjid Bandar Marang, Abu Bakar Mohamad yang menunjukkan salman laporan polis yang dibuatnya berhubung dengan tindak tanduk imam masjid tersebut yang membelakangkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Nampaknya kebanyakan masjid di Terengganu telah cuba diganggu gugat oleh Pas. Mereka menggunakan JSR untuk menjayakan hasrat bagi menawan rumah Allah.

KEZALIMAN PAS TERHADAP RUMAH ALLAH
PAS GANGGU MASJID KELOLAAN ISTANA

Masjid Ikhlas di Kampung Buluh Gading Manir ini berada di bawah kelolaan istana. Ianya dibina oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah. Pengerusi masjid ini Datuk Wan Jaafar Sulaiman. Untuk melebarkan pengaruh politiknya, PAS telah menggunakan segala saluran yang ada. Mereka cuba untuk menukarkan jawatankuasa masjid yang sedia ada dengan orang-orang yang pro PAS. Mereka tidak sedar bahawa masjid ini adalah kelolaan istana. PAS tidak kira, dengan istana pun mereka akan berbalah demi untuk menegakkan parti yang berpura-pura untuk menegakkan Islam.

MPKT MENGAMUK KERANA PAS

Sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri ke  Terengganu, bendera UMNO dinaikkan. Sepanjang jalan, bendera UMNO berkibar megah. Malangnya kibaran bendera UMNO telah menakutkan Exco Kerajaan Pas. Beliau meminta agar MajIis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) membuang bendera tersebut. Dalam hujan renyai-renyai, kakitangan MPKT terpaksa mengamuk. Habis bendera UMNO dibuang. Tapi bendera Pas yang berada di tiang yang sama tidak pula dibuang. Kakitangan MPKT kata, Exco Pas takut dengan bendera UMNO. Bila bersalah, Exco Pas mula takut. Maklumlah, kerja untuk rakyat tak ada. Yang PAS boleh buat ialah buang bendera UMNO. Kakitangan MPKT tak salah. Yang hati busuk ialah pemimpin PAS.

MASJID UNTUK ORANG PAS SAHAJA

200 penduduk kampung kena halau dari masjid. Penduduk datang dari Kampung Tasik Tok Lebai, Gong Ubi Keling, Gong Berangan dan Tempinis. Mereka tak boleh berbuka di dalam masjid. Jadi kena hampar plastik dan tikar untuk berbuka di perkarangan masjd ini kerana JSR tak benar penduduk berbuat demikian. JSR halau sebab JKKK yang anjurkan majils berbuka puasa itu.     Walaupun JKK tak ada niat lain, tapi majlis itu tak dibenarkan. JSR bimbang dengan rakyat yang sokong UMNO. Sebelum apa-apa, lebih baik JSR halau. JSR sanggup berbuat apa saja sebab direstui oleh pemimpin Pas.         


 JSR HALAU PENDUDUK BERBUKA PUASA

Kira-kira 150 rakyat di Kampung Durian Telor kecewa dengan JSR. Mereka dihalau begitu saja. JSR kata tak boleh buat majlis berbuka puasa di dalam masjid. Majlis anjuran JKKK ini diumumkan seminggu sebelum majlis berbuka dibuat. Jadi ramai yang bawa hidangan ke masjid. Sejam sebelum berbuka, JSR datang bawa makanan mereka. JSR halau rakyat yang bersama JKKK. Terpaksalah rakyat dan JKKK berpindah tempat berbuka di kelas al-Quran. Kalau beginilah sikap JSR, Islam semakin jauh. Kata pemimpin ' Pas untuk menjadikan Islam sebagai ad-din jauh panggang dari api. Pemimpin Pas termasuk Datuk Seri Abdul Hadi tak mungkin berani menengur JSR. Sebab JSR sudah jadi raja di kampung.

UMNO KENA ZALIM DI BUMI SENDIRI

Di Terengganu, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) paling berkuasa. Masuk saja kampung, JSR jadi raja. Apa yang mereka nak buat, mesti jadi. Apa yang mereka kata tak boleh buat, jangan buat. Mujurlah orang UMNO baik hati. Bersedia untuk bertolak ansur.

Di Masjid Kampung Bukit Tanah, JKKK yang ingin membuat majlis berbuka puasa dihalau begitu saja. JSR kata, tak boleh buat majils berbuka puasa di masjid. Masjid, JSR punya. Jadi, JKKK dan 250 penduduk yang menyertai majlis berbuka puasa terpaksa menghampar plastik dan tikar di tepi masjid. Orang UMNO tak boleh berbuka puasa di atas masjid. Beginilah akibatnya bila Pak Pandir jadi raja. Habis jadi rosak binasa. Negeri Jadi huru hara.

PAS SALAH GUNA MASJID

Bila Pas dapat kuasa di Terengganu, paling cepat mereka pecat JKKK. Tindakan zalim kedua ialah menukar imam dan AJK masjid. Pas mahu cari pengaruh melalui masjid. Bila dapat kuasai masjid, Pas guna khatibnya untuk berkhutbah. Khutbah memang memihak kepada Pas.

Bila Pas pecat imam, berlakulah perpecahan. Di Pengkalan Merbau, penduduk makin berpecah. Orang UMNO tak mahu terima imam Pas. Sebab imam Pas pernab kata orang UMNO kafir. Bila tiba sembahyang Jumaat, orang UMNO sembahyang zohor. Macam mana nak sembahyang dengan orang yang kata UMNO kafir? Pemimpin Pas ambil mudah saja soal imam masjid. Sebab itu mereka boleh pecat imam begitu saja. Kemudian ganti dengan imam Pas yang tak disokong oleh rakyat setempat. Agama boleh mereka peralat, inikan pula masjid.

KENAPA PAS TIPU RAKYAT

Hampir 400 orang peneroka Felda Neram 1, Kemaman berada dalam keadaan gelisah. Mereka ditipu oleh Kerajaan Pas. Pas cuba menggunakan taktik kotor untuk mendapat sokongan rakyat. Mereka beri geran 'palsu' kepada peneroka Felda Neram 1. Geran itu tidak ada pelan. Macam mana rakyat mahu tahu kawasan tanah milik mereka jika tidak ada pelan? Tapi Pegawal Daerah Kemaman kata, pelan akan dibuat kemudian. Adakah begitu caranya Kerajaan Pas melakukan kerja untuk rakyat?

Peneroka Felda Neram 1 juga dikehendaki hadir untuk ambil geran daripada Menteri Besar Terengganu di Dewan Orang Ramai, Felda Neram 1 pada 14 November 2001. Tapi malangnya, Menteri Besar Terengganu tidak hadir. Dia telah diberitahu bahawa peneroka akan boikot majlis tersebut kerana geran tak ada pelan. Wan Mutalib yang hadir sebagai 'Pak Sanggup'.

Kemudian, Pejabat Tanah hantar surat kepada peneroka berkenaan agar mengambil geran masing-masing dalam masa tiga bulan. Dalam mana mana negeri pun, tidak ada undang-undang seperti ini. Rakyat berhak mengambil geran itu bila bila masa sahaja yang mereka kehendaki. Tapi bila Kerajaan Pas memerintah Terengganu. Macam macam kerja pelik (di luar undang - undang) yang mereka lakukan.

TADIKA KEMAS DIZALIMI PAS

Ada kira-kira 15 orang murid di Tadika Ladang Jaya. Bermula awal 2002, Tadika terima surat supaya berpindah. Pihak ladang mahu buka tadika sendiri. Ladang ini dikuasai oleh Kerajaan Pas yang dinamakan Ladang TDM Plantation Sdn Bhd.
Tadika Kemas terpaksa berpindah ke rumah buruk. Tingkap cermin sudah tiada. Air dan elekirik juga tiada. Terpaksalah kanak kanak belajar dalam serba kepayahan. Malangnya, ada sembilan (9) orang saja di Tadika yang diuruskan oleh pihak Ladang TDM. Apa salahnya jika beri peluang kepada Tadika Kemas yang sedia ada? Tetapi inilah hakikatnya bila berada di bawah pemerintahan Pas.

PAS SINGKIR TADIKA LADANG BARI

Bila Pas          mentadbir negeri, segala-galanya mereka nak bolot. Pas telah menjadi manusia yang tamak haloba. Soal tadika juga dijadikan mangsa politik. Tadika Kemas Ladang Bari telah dipaksa berpindah. Sebab, pihak ladang yang dikuasai oleh Pas mahu buat tadika sendiri. Malangnya, bila Tadika Kemas sudah pindah, tidak ada pula tadika Pas. Sebab pihak peker ja ladang tak mahu anak mereka dihantar di tadika ladang. 

Tapi Pas tahu caranya. Pihak pekerja dipaksa menghantar anak mereka di            tadika milik Pas. Sehingga kini, Tadika Kemas berpindah ke rumah guru tanpa sebarang kemudahan. Sebaliknya bangunan tadika lama terbiar. Dendam Pas tetap membara. Kezaliman Pas terus         merata.         Beginilah jadinya bila kuasa diberikan kepada yang tidak berhak.           

PAS PAKSA MURID BELAJAR DALAM SETOR

Kanak kanak di Tadika Kemas Wakaf Tengah terpaksa berpindah ke sebuah setor untuk belajar. Sebab pengurusan Tadika Kemas di sini masih belum memperolehi kawasan baru yang sesuai.

JSR kampung tersebut sudah menghantar notis agar berpindah, tapi masa yang diberi agak suntuk. Jadi, dalam masa pihak pengurusan ingin mencari tempat yang sesuai. JSR tak boleh sabar lagi. Mereka mengarahkan agar Tadika Kemas itu dipindahkan segera. Akhirnya kanak kanak Kemas dizalimi dan terpaksa belajar di setor untuk sementara waktu.

DI MANA WAKIL RAKYAT PAS?

Semasa nak bertanding, semua calon PAS berjanji mahu menjaga rakyat. Mereka mahu jaga golongan miskin.   Nak bantu Iebih daripada apa yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tapi bila berjaya menjadi wakil rakyat batang hidung pun tak nampak. Semuanya            banyak kerja. Kerja untuk kepentingan din, bukannya untuk jaga rakyat miskin.     Contoh terdekat, Adun Pas Kawasan Permaisuni, Ghazali Mohamad tidak pernah  menjejakkan kakinya di rumah rakyat miskin. Berikut adalah rintihan oleh rakyat miskin di kawasannya. 
           
                                   
                                   
                                   


TAG