Semoga Haji Hadi Kembali Sembuh

Kenyataan Media
PAS Selangor
14 Mei 2017

Bagi menjawab balas Kenyataan YB Tan Sri Noh Omar

YB Tan Sri Noh Omar adalah manusia paling kecewa dan gagal bila PAS dan 3 exco kekal dlm kerajaan selangor.

Kenyataan YB Tan Sri Noh Omar Pengerusi Bn Selangor tentang Pas Selangor Dayus adalah ibarat "meludah ke langit" dan menggambarkan kekecewaan beliau kerana gagal  memecahkan kerajaan Selangor seterusnya menarik PAS untuk bersama Umno. Yb Tan Sri Noh Omar sepatutnya melihat UMNO dan BN Selangor sendiri yang terus menikus dan mendayus terhadap  kelemahan Kerajaan Persekutuaan. PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor pada hari ini kerana menunaikan hak yang diberikan oleh rakyat dan kematangan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini. Perbezaan yang ada antara parti adalah kelebihan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terutama dalam mengambil kira maslahah rakyat dan memberikan perkhidmatan.

Yb Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar tentang makna Tahaluf dan Taawun, kejahilan untuk memahami inilah menyebabkan beliau minta Exco PAS supaya meletakkan jawatan. Keterlibatan PAS dalam kerajaan adalah untuk bertolongan dalam kebaikan dan takwa. Sejarah telah membuktikan,  di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan,  bila masyarakat mempersoalkan Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu,  PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat.

YB Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar sejarah,  PAS satu-satunya parti kerajaan negeri yang tidak pernah buat pakatan dan kekecohan untuk menjatuhkan Menteri Besar,  disaat parti lain berpakat menjatuhkan Tan Sri Khalid,  PAS tidak turut berpakat. Bukan kerana peribadi tetapi keharmonian dan kesejahteraan rakyat itu jauh lebih penting.  Bila Menteri Besar baru YAB Dato Seri Azmin Ali dilantik,  PAS terus teguh untuk meneruskan agenda menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Inilah PAS yang YB Tan Sri Noh Omar perlu belajar daripadanya.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM

Salam Hormat

Yang Berhormat
Ustaz Sallehin Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor.
TAG