BREAKING NEWS

Akta Zon Bebas Cukai - KASTAM

Zon Bebas 

​​Zon Bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan di bawah peruntukan Seksyen 3(1)Akta Zon Bebas 1990 menjadi suatu Zon Perdagangan Bebas atau Zon Perindustrian Bebas.  Zon Bebas adalah satu kawasan yang dianggap di luar Malaysia yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2(1A) Akta Kastam 1967, Seksyen 2 Akta Eksais 1976, Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972 dan Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
Zon Perdagangan Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan, manakala Zon Perindustrian Bebas dibenarkan menjalankan aktiviti pengilangan. Permohonan untuk menubuhkan Zon Bebas hendaklah dimajukan kepada Kementerian Kewangan dan sesalinan kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat.
Bagi syarikat  yang ingin menjalankan operasi di dalam kawasan zon yang telah diwartakan ,permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Zon yang berkenaan.
Syarikat yang beroperasi di dalam Zon Bebas boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau cukai perkhidmatan kecuali bagi barang tertentu di bawah Perintah Zon Bebas (Pengecualian ke atas barang-barang dan perkhidmatan) 1998. Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari / ke Zon Bebas hendaklah menggunakan borang/dokumen yang ditetapkan
1. Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengishtiharkan mana-mana kawasan dalam Malaysia sebagai suatu Zon Perdagangan Bebas atau Zon Perindustrian Bebas dan setiap pemberitahuan itu hendaklah mentakrifkan had-had zon itu.
2. Seksyen 2(1A) Akta Kastam 1967
​Bagi maksud Akta ini (selain daripada seksyen 31), zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
3. Seksyen 2(1) Akta Eksais 1976
Zon Bebas mempunyai erti yang diberi oleh seksyen 2 Akta Zon Bebas 1990 , dan bagi maksud-maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
4. Seksyen 2A Akta Cukai Jualan 1972
Bagi maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
5. Seksyen 2A Akta Cukai Perkhidmatan 1975
Bagi maksud Akta ini, sesuatu zon bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.
6. AKTIVITI PERDAGANGAN
​Termasuklah berniaga (tidak termasuk perniagaan runcit), memecah pukal, menggred, pembungkusan semula, melabel semula dan transit
7. AKTIVITI PENGILANGAN
​Penukaran dengan cara tangan atau jentera bahan organic atau tak organic kepada suatu keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, jenis atau kualiti bahan-bahan itu dan termasuklah memasang bahagian-bahagian menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan; dan istilah "aktiviti mengilang" dengan variasi gramatisnya dan dengan ungkapan seasalnya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya dan berkaitan dengan istilah itu, ia hendaklah termasuk apa-apa aktiviti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah sebagai aktiviti mengilang :
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan bahawa hasil bagi apa-apa pengilangan atau aktiviti itu bukanlah keluaran barang yang baru.
ALAMAT KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIAKetua Setiausaha Perbendaharaan​Kementerian Kewangan MalaysiaBahagian Analisa CukaiKompleks Kementerian Ke​wanganNo. 5, Persiaran Perdana, Precint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 Putrajaya

ALAMAT JABATAN KASTAMKetua Pengarah KastamJabatan Kastam Diraja MalaysiaBahagian PerkastamanAras 4 Utara, Kompleks Kementerian KewanganNo. 3, Persiaran Perdana, Precint 262596 Putrajaya
​SENARAI PIHAK BERKUASA BAGIZON PERDAGANGAN BEBAS
SENARAI PIHAK BERKUASA BAGI ZON PERINDUSTRIAN BEBAS
           PERINTAH ZON BEBAS (PENGECUALIAN BARANG-BARANG DAN PERKHIDMATAN) 1998
  1. Forklift        
  2. 1A.  Crane
  3. Construction / building materials and equipment
  4. Office equipment / furniture
  5. Fire fighting and pollution control equipment
  6. Motor Vehicle and spare parts
  7. Petroleum/petroleum products
  8. Tyres
  9. Explosives and chemicals
  10. Airconditioning equipment
  11. Manufacturing Aids
  12. All goods and services which are not used directly in the activities approves under the fisrt and Second Schedules of the act

BORANG / DOKUMEN
a) Barang-barang dibawa masuk ke Zon Bebas dari luar Malaysia
  • ZB1 (Import)
b) Barang-barang dibawa ke Zon Bebas dari luar Malaysia melalui Kawasan Utama Kastam
  • K8
c) Barang-barang dibawa masuk ke Zon Bebas dari Kawasan Utama Kastam
  • K2
d) Barang-barang dibawa keluar dari Zon Bebas ke luar Malaysia
  • ZB1 (Eksport)
e) Barang-barang dibawa keluar dari Zon Bebas ke luar Malaysia melalui Kawasan Utama Kastam
  • K8
​f) Barang-barang dibawa masuk ke Kawasan Utama Kastam dari Zon Bebas
  • K1
g) Pergerakan barang-barang diantara kilang-kilang atau tempat-tempat dalam satu zon bebas yang sama
  • Invois / Delivery Order
h) Barang-barang yang dibawa masuk ke zon bebas dari Zon Bebas yang lain
  • K8
i) Pergerakan barang-barang antara wilayah-wilayah Malaysia melalui Zon Bebas.
  • ​K3
​BIL
DARI
KE
DOKUMEN KASTAM
DOKUMEN SOKONGAN
1
Luar Negara
Zon Bebas
ZB1 (import)
2
Luar Negara
Zon Bebas (melalui KUK)
K8
3
KUK
Zon Bebas
K2
4
Zon Bebas
Luar Negara
ZB 1 (eksport)
5
Zon Bebas
Luar Negara (melalui KUK)
K8
6
Zon Bebas
KUK
K1
7
Zon Bebas
Zon Bebas (dalam zon yang sama)
N/A
Invois / Delivery Order
8
Zon Bebas
Zon Bebas (melalui KUK)
K8
9
KUK
Kuk (melalui zon bebas
K3
​​​​​​

No comments

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Name

Email *

Message *

-->