Beli Lebih Had Di ZON BEBAS CUKAI - Akta 1988

PEMBELIAN melebihi had yang ditetapkan dibawah akta kastam 1988
APA Itu Bebas CUKAI???
Zon Bebas adalah mana-mana bahagian Malaysia yang diisytiharkan menjadi Zon Perdagangan Bebas dan/atau Zon Perindustrian Bebas .   Zon Bebas dianggap sebagai kawasan di luar Malaysia di bawah Akta Kastam 1967,  Akta Eksais 1976,  Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975.
Dimana-mana kawasan bebas cukai, semua kereta ditahan bagi pihak KASTAM membuat semakan dan penilaian pembelian.
Barang-barang di bawah adalah dikecualikan daripada bayaran duti / cukai tertakluk kepada jenis dan syarat-syarat berikut:
1.1   Bir / Wine / Minuman Keras tidak melebihi 1 litre;
1.2   Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200 batang;
1.3   Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang;
1.4   Sepasang kasut baru;
1.5   Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM75.00;
1.6     Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri dan kebersihan  tidak melebihi 1 unit setiap satu;
1.7     Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan) dimana jumlah nilai tidak melebihi RM400.00. Jika barangan dari Pulau Langkawi, Pulau Tioman atau Pulau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak melebihi RM500.00;
Keterangan Lanjut KLIK >>> SINI
TAG