*Pakatan Harapan Terengganu Bergolak Lagi, Siapa Calon MB Selepas PRU 14*



Pakatan Harapan Negeri Terengganu tiada sepakat dalam  membuat pilihan bagi menjadi ketua PH dinegeri itu yang mana dianggotai dari gabungannya Amanah, PPBM, PKR dan DAP  dinegeri ini.

Dalam pemilihan itu keempat-empat parti itu telah menghantar wakil masing-masing dari 8 bahagian yang ada di negeri Terengganu serta telah membuat undian tanpa prajudis.

 4 Calon telah ditonjolkan oleh parti masng-masing iaitu Eng Chai Hing(DAP) Razali Idris (PPBM), Dato' Raja Kamarul Baharin Sha Raja Ahmad(Amanah) dan Azan Ismail dari PKR.

Menurut sumber Raja Kamarul Bahrin menerima sokongan 100 peratus dari semua wakil-wakil parti kerana dilihat beliau cukup istiqomah dalam perjuangan bersama pakatan harapan selepas keluar dari parti lamanya Pas.

Makala Razali yang masih diragui kesetiaannya bersam pakatan harapan telah mendapat 4 undi iaitu dari partinya sendiri termasuk bahagian beliau sendiri Kuala Nerus.

Dikatakan juga, mesyuarat awal bagi membentuk sekteriat pakatan Harapan pada awal ogos lalu mencapai kata putus samaada mengekalkan Raja Kamarul Bahrin atau mengantikan dengan Azan Ismail yang juga mendapat sokongan perwakilan.

Sekteriat itu diwakili 4 orang wakil dari parti masing-masing  dan Amanah serta DAP menyokong penuh Raja Kamarul Bahrin.

 Manakala PKR mahukan Azan menjadi ketua bagi pakatan harapan Terengganu yang baru dan tidak menyokong Raja Bahrin sebagai ketua ph dinegeri itu.

Sekteriat itu juga telah memutuskan bahawa ketua pakatan harapan akan menjadi menteri besar dan jika ianya kalah dalam pru 14 beliau berhak memilih siapa yang akan menjadi  menteri besar terengganu nanti.

Oleh sebab itulah sekteriat PH di Terengganu tidak dapat ditubuhkan lagi kerana perebutan kuasa untuk memimpin PH yang mana akan menjadi menteri besar jikalau menang.


TAG