PAS Tidak Akan Jilat Kahaknya Kembali Selepas Tamat Tahaluf Siyasi Dengan Pakatan Harapan

Tular sekeping foto yang dimuat naik di facebook rasmi Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam ketikapertemuan dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR dan Timbalannya Azmin Ali telah mendapat pelbagai riaksi dan kritkan dari ahli dan lawan masing-masing terutama PAS dan Pakatan Harapan.

Ada yang menyatakan bahawa PAS menerusi presidennya Hadi Awang keras kepala dan bongkak dengan kerusi yang dimenanginya kini dan membandingkan dengan sejarah PAS yang bertanding bersendirian dahulu.

Bagi ahli PAS pula, mereka turut menyatakan bahawa mereka tidak mahu menjadi kuli kepada pakatan harapan kerana mereka boleh bediri ditas kaki sendiri.

Sebelum ini, kejayaan pakatan rakyat adalah dari kekuatan PAS dan disebabkan itu Azmin dan Wan Azizah sedar akan kekuatan PAS semasa kempen piliharaya berlangsung.

Jentera PAS diseluruh negara sudah bersedia untuk berlawan dengan sesiapa sahaja dan bersedia dengan pertandingan 3 penjuru yang bakal berlaku dalam PRU ke 14 nanti.

Azmin yang dilantik menjadi pengarah piliharaya pakatan harapan dan memujuk presiden PAS agar PAS bersama dalam pakatan harapan yang dianggotai Amanah, PPBM, PKR dan DAP.

Namun dalam pertemuan itu, presiden PAS tetap dengan pendirian yang telah PAS buat sebelum ini untuk terus kekal bersendirian bagi menghadapi PH serta BN disemua kerusi yang dipertandingkan nanati.

Azmin yang mengakui kekuatan PAS sebelum ini,PAS tidak berdepan sebarang masalah untuk menghadapi saingan Pilihan Raya Umum ke-14 secara bersendirian jika Majlis Syura Ulama memutuskan untuk mengakhiri tahaluf siyasi bersama PKR.

Veteran PAS Subky Abdul Latif sebelum ini berkata parti itu bersedia menghadapi saingan sengit Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

“PAS pernah menang dan kalah, PAS bersedia untuk tinggal satu kerusi dalam Parlimen,” katanya.

Beliau juga menegaskan parti itu mampu untuk berjuang bersendirian walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR.

“PAS bersedia contohnya dalam pilihan raya tahun 1955 iaitu sebelum merdeka PAS ada satu kerusi sahaja dalam Persekutuan.

“Kemudian dalam pilihan raya pertama pada 1959 PAS ada 13 kerusi dan menang dua negeri iaitu Kelantan serta Terengganu secara bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu tahaluf siyasi antara PAS dan PKR yang kini menjadi antara topik utama dibangkitkan perwakilan melalui muktamar parti itu yang akan berlangsung minggu depan.

Subky berkata, PAS pernah melalui perjuangan secara bersedirian dan parti itu mampu mengulangi rekod kejayaan sebelum ini.

“Selepas itu pada pilihan raya 1986 PAS tinggal satu kerusi tapi lima tahun kemudian PAS sapu semua sekali kerusi di Kelantan dan ambil balik pentadbiran sampai hari ini.

“Jadi kita nak kata walau kalah atau menang ia atas pengalaman sendiri,” katanya.

Beliau menambah PAS mempunyai kekuatan tersendiri selain mampu bangkit semula daripada kegagalan.

“Tapi parti lain tiada yang boleh tahan macam PAS, jadi kalau kalah macam mana pun ia akan bangun balik,” katanya.







TAG