24 NGO Buat Laporan Polis dan SKMM Kerana EDIT Gambar MB

Kuala Terengganu : 24 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negeri Terengganu telah membuat laporan polis petang ini.

Laporan berkaitan 2 keping gambar Menteri Besar Terengganu YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang telah diubahsuai dan kelihatan buruk dan jelik.

Menurut wakil NGO Terengganu dari MAYC Amirullah Othman, laporan beliau hari ini kerana perbuatan itu telah  menyalahi undang-undang negara ini kerana menggunakan gambar tanpa kebenaran apatah lagi diubahsuai sedemikan rupa.

"Disini kami mahu pihak berkuasa Polis dan SKMM mengambil tindakan yang sewajarnya agar menjadi peringatan kepada yang lain,

"Gambar yang diubahsuai itu yang kelihatan buruk dan jelik yang mana kerja-kerja mereka yang berniat jahat dan menjatuhkan maruah YAB MB, katanya kepada Terengganu Times.

Sehubungan dengan itu,  beliau juga telah membuat laporan kepada pihak SKMM   dan segala butiran pelaku sudah diberikan kepada kedua-dua pihak berkuasa itu.




TAG