CORETAN UNTUK RAZALI IDRIS ISU PTPTN DIMANSUHKAN LEPAS PRU 14 - AWANG




PENGALAMAN belajar di sebuah Institut pengajian tinggi satu masa dahulu telah memberi pengalaman berguna kepada aku(Awang).


Ketika itu aku mempunyai 6 adik beradik yang semuanya sedangkan berada dibangku sekolah dan yang pastinya memerlukan perbelanjaan wang ringgit yang sangat banyak perlu ditabggung oleh kedua ibubapaku..


Ayahandaku seorang tukang cat (buruh) yang kerjanya tidak menentu kerana faktor dan skop kerja dengan berhujan dan berpanas serta mengambil upah mengecat kediaman dan juga bangunan dengan pendapatan yang boleh dikatakan kais pagi makan petang,  kais petang makan pagi.


Pendapatan keluarga purata RM800 ditambah dengan ibunda mengambil upah membuat songket(tenunan tangan) dirumah dengan pendapatan RM150 sebulan dan pendapatan sebulan RM950 untuk menampung kami 8 beranak.


Anak-anak semakin membesar dan aku adalah anak  yang sulung serta dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi tahun 1997 dari sebuah universiti tempatan.


Tawaran pertama aku dapat selepas tamatr Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dari sebuah pusat pengajian tinggi di seberang laut Semenanjung Malaysia dalam bidang Cari Gali Oil and Gas yang pastinya habis belajar 3 tahun akan bekerja dengan Petronas ketika itu.


Tetapi masalah kewangan keluarga membataskan aku untuk menyambung ke pusat pengajian tersebut dan aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sana kerana mengenangkan adik adik yang sedang belajar ketika itu.


Ada antara adikku yang sedang mengambil SPM, PMR dan UPSR semuanya serentak dengan tahun aku mendapat tawaran itu.


Hampir 2 tahun aku tawakuf untuk sambung belajar ke IPT dan bekerja sebagai tukang mengangkat barang dari lori ke kedai-kedai atau kediaman demi membantu keluarga mencari wang disamping itu juga mengisi ruang-ruang iklan untuk sambung belajar.


Akhirnya pada jun 2000 aku telah ditawarkan oleh sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuteraan makanikal yang mana bertempatan dengan minat aku ketika itu.


Masalah yang sama menghantui aku ketika itu dan nasib menyebelahi aku dengan bidang yang aku dapat itu telah dijanjikan pinjaman pendidikan dari sebuah agensi kerajaan.


Aku cuba tidak menyusahkan kedua-dua orang tua ku lalu menerima dengan apa yang ditawarkan agensi berkenaan dengan tawaran yuran semesta dan alaun bulan.


Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menjadi seorang siswazah didalam lalu aku berbincang dengan kedua orang tua ku dengan harapan aku dibenarkan untuk menyambung pembelajaranku ke menara gading.


Setelah berbincang dan penerangan yang penuh teliti aku berikan akhir kedua orang tua ku menerima hasrat aku untuk belajar dengan pinjaman yang di tawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Kos yang aku terima itu memerlukan perbelanjaan semesta sebanya RM 3000 lebih dan semesta tahunan sebanyak 2 kali dan diberikan aluan bulanan sara hidup sebanyak RM 347 sebulan.


Dan kos keseluruhannya sebanyak RM 32,000 sehingga aku tamat pengajian dalam bidang kejuteraan makanikal tersebut tanpa menggunakan satu sen pun orang tua ku ketika itu.


Sepanjang pengajian itu juga, RM300 dan tinggal disebuah bandaraya bukan mudah bagi aku anak orang kampung yang mana penuh dengan cubaan serta dugaan dunia ketika tu ditambahkan lagi sosiol ekonomi negara baru dalam proses baikpulih dari inflasi dan kejatuhan ekonomi dunia.


Hari pertama aku menjejakkan kaki ke universiti itu, aku telah berniat untuk belajar bersungguh-sungguh dan akan buat keluarga ku bangga dengan aku suatu hari nanti.


Setelah mengharungi tempoh pembelajaran selama 4 tahun akhir aku telah berjaya menamatkan tempoh yang ditetapkan dan bergelar sebagai graduan dan alhamdulillah aku berjaya mendapat first degree.


Berkat doa kedua ibubapa ku, aku berjaya ketika itu dan aku diberikan masa selama 6 bulan selepas tamat pelajaran untuk membayar balik pinjaman aku sebanyak RM32,000 itu.


Selepas mendapat keputusan akhir peperiksaan dari universiti aku pergi MARA untuk mendapatkan pemohonan pengurangan bayaran pinjaman pelajaran aku selama 4 tahun dan keputusannya aku dapat biasiswa penuh dari MARA kerana telah mendapat keputusan degree kelas pertama. ALHAMDULILLAH…..


Ketika ini juga banyak ahli politik yang memainkan isu bayaran pinjaman pendidikan terutamanya peminjam dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mahu menghapuskan tabung berkenaan jika memerintah negar dan juga sesebuah negeri.


Yang terbaru idea itu datangnya dari pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Datuk Razali Idris yang mana telah mencadangkan bahawa parti itu akan memansuhkan PTPTN atau membayar segala hutang PTPTN kepada bekas peminjam dari kalangan anak-anak Terengganu yang mempunyai kod kad pengenalan (-11-).

Nabi SAW:” Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya. Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya.

Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Hadis riwayat Muslim)


Orang yang berhutang wajib membayar hutang kerana Allah Maha Mengetahui.

Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada warisnya yang berhak..^^

Mengikut sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit, ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud:


“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).


MAKA jika kita tidak mahu tergolong dalam golong yang dinyatakan didalam hadis berkenaan dan mendapat seksaan akhirat WAJIB keatas kita untuk membayar hutang yang sudah kita menterai sebelum itu.


Dan jika kita mendapat persetujuan dengan kedua-dua belah pihak sepertimana BIASISWA pembelajaran maka ianya terlepas dari seksaan akhirat. Jangan sesekali mengambil mudah dengan hutang kerana ianya akan membinasakan kita didunia dan juga diakhirat nanti.


Oleh itu, kepada yang encadangkan perkara itu harus berfikir lebih jauh dan jangan hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan juga meraih sokongan para penghutang.


Akhir kata, belajarlah bersungguh-sungguh agar diri mu bahagia selepas mendapat KHABAR GEMBIRA kelak...

TAG