Festival Kenyir 2017 Dijangka Tarik 60 Ribu Pengunjung

Festival Kenyir 2017 Dijangka Tarik 60 Ribu Pengunjung

Seramai 60 ribu pengunjung dijangka datang ke festival Kenyir 2017 yang berlangsung selama empat hari dari 14 sehingga ke 17 September 2017 di Pengkalan Sungai Gawi Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penganjuran Festival ini menjadi pemangkin kearah memperkenalkan tasik kenyir ke seluruh dunia.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak KETENGAH dan Sekretariat pelancongan di Kenyir yang bersungguh-sungguh menjayakan program itu.

Katanya, ini adalah festival kali pertama selepas pembukaan kedai bebas cukai yang bermula 1 Ogos lalu.

“Dilihat daripada kehadiran pelawat-pelawat yang datang ke Tasik Kenyir ini sampai menyebabkan kesesakan lalu lintas dan saya mohon pihak KETENGAH mengenalpasti pemasalahan sebelum ini yang perlu diatas.

“Dan yang penting adalah adalah hospitality kerana selain daripada kita menyediakan infra-infra  dan kemudahan, bagi keselesaan pengunjung.

“Menjadi satu hasrat kerajaan untuk kita  memberi penekanan kepada konsep hospitaliti iaitu layanan terbaik kepada pengunjung ke sini,katanya selepas merasmikan Festival Kenyir 2017di Pengkalang Gawi  hari ini.



TAG