Hasil Dasar Pendidikan Negeri Terengganu : Terengganu paling ramai pelajar genius - Ujian indeks UKM

BERKAT kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu menekankan tahap pembelajaran dan pendidikan kepada rakyatnya telah membuahkan hasil yang cukup cemerlang dari tahun ke tahun.

Setiap tahun, anak-anak terengganu telah berjaya dengan cermerlang dalam peperiksaan terutamanya UPSR, PT3, SPM dan STPM dimana dan ada mencapai rekod kecermelangan puluhan tahun berturut-turut dalam peperiksaan.

Terbaru kajian yang dibuat oleh Pengarah Pusat PERMATA pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, pihak beliau telah mengumpul data pelajar berkenaan termasuk struktur demografi dan latar belakang keluarga bagi menjalankan satu kajian khusus.

SEKARANG dibawah pentadbiran YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu yang menekan didalam dasar pentadbirannya dan diterjemahkan dalam  prinsip Transformasi Terengganu Baharu yang  ke 8 (Memperkasa Pendidikan) untuk meningkatkan mutu pendidikan negari ini.

Terengganu juga telah mewujudkan pondok moden bagi anak-anak Terengganu melanjutkan pembelajaran dalam pendidikan agama yang mana selaras dengan slogan negeri "Darul Iman".




 
engarah Pusat PERMATA pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak
Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh http://www.ismaweb.net yang bertajuk Terengganu paling ramai pelajar genius: Ujian indeks UKM.


Terengganu merupakan negeri paling ramai mempunyai pelajar genius, malah rekod kecemerlangan itu konsisten untuk beberapa tahun sejak ujian penentuan indeks genius dilaksanakan.

Menerusi Ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1, bagi tahun 2017, seramai 55,035 pelajar menduduki ujian penentu indeks genius peringkat satu.

Daripada jumlah itu seramai 1,128 orang atau 12 peratus pula berjaya ke ujian peringkat kedua yang dikenali sebagai Ujian UKM 2, sekaligus merekodkan pelajar Terengganu yang tertinggi.

Negeri kedua ramai pelajar genius ialah Perak iaitu seramai 47,926 orang berjaya ke Ujian UKM 1 manakala 1,120 orang menduduki Ujian UKM 2.

Tempat ketiga ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah 30,730 orang pelajar genius.

Pengarah Pusat PERMATA pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak berkata, pihaknya mengumpul data pelajar berkenaan termasuk struktur demografi dan latar belakang keluarga bagi menjalankan satu kajian khusus.

“Sudah beberapa tahun Terengganu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi tiga tahun kebelakangan ini termasuk pengambilan pada tahun ini.

“Rata-rata pakar dan pensyarah membuat andaian, amalan pemakanan mereka yang memakan ikan segar dikatakan faktor utama selain daripada genetik dan persekitaran,” katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, buat masa ini tiada lagi kajian yang menyokong pelajar negeri itu genius disebabkan faktor pemakanan iaitu ikan laut yang segar dan mengandungi protein untuk perkembangan otak.

“Namun berdasarkan rekod yang kami terima jelas menunjukkan pelajar Terengganu paling ramai mengambil ujian UKM dan berjaya melepasi setiap peringkat,” katanya.


TAG