NGOs Buat Laporan Polis Terhadap Hatta Zulkifli

Kuala Terengganu  : Pengerusi dan Jawatankuasa Kelab Media Sosial Terengganu - KEMEST bersama 3 NGOs dan Pemuda UMNO negeri Terengganu telah membuat laporan polis terhadap pemilik facebook bernama Hatta Zukifli Di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pagi ini.

Menurut Pengerusi KEMEST Mohd Zamani Ayob,  laporan itu dibuat kerana saban hari  melihat pengguna media sosial hari ini menulis tanpa berfikir panjang dan cubaan menghasut pengguna lain bersama dengan apa yang ditulisnya.

Katanya, semalam beliau terbaca satu komen yang cuba mengaitkan YAB Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dengan punca bau busuk dipantai Paka,

"Walaupun sebenci mana kita kepada seseorang, janganlah kita berkata dan berdoa yang tidak baik kepada seseorang sepertimana yang ditulis oleh Hatta Zulkifli itu,

"Beliau dengan bangganya menulis tenang kaitan bau busuk itu dengan YAB MB dengan ayat  'Mayat Menteri Besar Terengganu..... ' diruangan komen status HazZno Rizall Zecc didalam group Gabungan Anak Terengganu', katanya.


Sehubungan dengan itu, tujuan beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa seperti PDRM Dan SKMM dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar boleh memberi pengajaran kepada pengguna media sosial lain pada hari ini.

Tambahnya,  jika dibiarkan berterusan dan tidak diambil tindakan nescaya akan berlaku lagi dimasa akan datang dan ianya tiada rasa hormat kepada pemimpin negeri, negara dan juga raja-raja melayu.


TAG