RAFIZI SONGLAP DUIT



Notis kebankrapan telah dikeluarkan ke atas Rafizi Ramli kerana gagal membayar tuntutan saman kepada Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Salleh bin Ismail berhubung satu kes fitnah berkaitan NFC. 

Hari tu bukan main lagi lancar kutipan derma dan kutip hampir RM2 juta konon-konon nak bayar saman. Tapi rupanya belum bayar.



Notis muflis diserahkan kepada Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli susulan kegagalannya melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah melibatkan NFC.

Notis yang disiarkan menerusi media tempatan menyebut, NFC dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail telah mendapatkan notis berkenaan terhadap Rafizi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dokumen bertarikh 13 Julai itu berkuatkuasa pada 12 September dan Rafizi berhak memfailkan bantahan dalam masa tujuh hari.

Sementera itu, media berbahasa Inggeris pula melaporkan Salleh telah mengesahkan perkara itu dan beliau serta peguamnya telah tiga kali menghubungi Rafizi tetapi tiada maklumbalas diterima setakat ini.

Pada November lalu, Rafizi diperintah membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC susulan kenyataannya berkaitan pembelian sebuah kondominium di KL Eco City.
Rafizi juga diperintah membayah mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.

Ketika ini, Rafizi berdepan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan laporan audit 1MDB tanpa sebarang pengesahan. Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan susulan permohonan rayuan yang dikemukakan. mstar


TAG