*Cerita Sotong Ada Virus Itu Pukulan Halus Penyokong Harapan Terengganu*


 
*Cerita Sotong Ada Virus Itu Pukulan Halus Penyokong Harapan Terengganu*

SEORANG pengguna laman muka buka (FB) telah memuatnaik satu kenyataan yang berkaitan virus yang menyerang laut china selatan terutama di negeri Terengganu dan kelantan pada 1 oktober lalu.

Perkara itu ditularkan dengan mendakwa lambakan sotong di Terengganu berlaku disebabkan ramai pengguna enggan membeli sotong.

"Selain itu, turut didakwa berlaku air pasang besar di perairan Kelantan dan Terengganu awal bulan ini menyebabkan sotong yang ditangkap dicemari virus yang belum dikenal pasti," katanya.

Dakwaan itu tular selepas ia dimuat naik seorang pemilik akaun FB pada 4 Oktober lalu.

Individu berkenaan mendakwa sotong tidak laku dibawa ke Pasar Borong Selayang, Selangor, dan dia memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli sotong kerana dibimbangi terbeli hasil laut dari Terengganu.

Pemilik akaun FB itu juga pro pembangkang(pakatan harapan) yang membuat kenyataan kononnya berlaku satu virus yang belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan Negeri dan ianya adalah satu saikologi terhadap himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakan di Pantai Tok Jembal baru-baru ini.

Baru-baru ini juga tular perbuatan buruk yang dilakukan mereka yang hadir membuang air besar ditepi pantai tersebut dan mungkin pemilik akaun FB berkenaan mahu memberi pukulan kepada program berkenaan.

Dengan cara yang lembut mengaitkan lambakan sotong berlaku di Kuala Terengganu dengan sekaligus memukul parti PAS dan kerajaan BN di Terengganu.

VIRUS yang dikatakan itu berlaku ketika air laut pasang besar dan menhanyutkan najis-najis yang ditinggalkan ditepi pantai mengakibatkan sotong yang ditangkap diperairan Terengganudan Kelantan menjadi tercemar.

Lanjutan dari itu, kenyataan tersebut berbunyi "Lambakan sotong dilaporkan berlaku di pasar besar Kuala Terengganu, disebabkan ramai pengguna enggan membeli sotong.
Ini berlaku 3 malam yg lalu... sejurus selepas air laut pasang besar di perairan Kelantan dan Terengganu, sotong2 yg ditangkap di sekitar Pantai Tok Jembal dipercayai dicemari sejenis virus yg belum dikenalpasti...mngkin sejenis virus yg dikambus di dlm pasir oleh para walaun....
Kabarnya... Sotong2 yg tak laku akan dibawa ke pasar borong selayang...
Penggemar sotong... Dlm seminggu dua ni... Elakkan membeli sotong.... takut2 terbeli sotong dari Terengganu!"

(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1893514777341772&set=a.522903877736209.139671.100000498043704&type=3&theater)

Halus pukulan yang diberikan kepada penyokong PAS dan BN di Terengganu dimana perjuangan Islam yang dilaungkan PAS tidak sama dengan TABIAT yang dibawa oleh penyokongnya apabila melepaskan HAJAT ditepi pantai.

Laporan HM

Laporan BH

TAG