Khalil Hadi tanding kerusi parlimen Marang ganti Hadi

Desas desus politik di Marang kuat mengatakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertandingan dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti. 

Hadi dikatakan akan memberi laluan kerusi tradisi beliau kepada anaknya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas  Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi yang telah dipilih pada pemilihan yang lalu.

Menurut sumber Marang, kelayakan Khalil amat bertepatan dan memenuhi kriteria sebagai seorang calon parti kerana ketika ini beliau selaku ketua peringkat pusat.

Hadi dijangka akan memberi laluan itu kerana faktor kesihatan yang makin merosot kebelakangan ini dan  diantara tempat yang menjadi sebutan untuk Khalil bertanding di parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang.

Manakala Yusuf Abdul Hadi Ketua Dewan Pemuda Pas Marang juga disebut-sebut akan bertanding di Dun Bukit Payong mengantikan Mohd Nor Hamzah yang kini adun kawasan tersebut.

Dua kawasan selamat itu dipertaruhkan untuk kedua-dua anak beliau kerana kelangsungan politik keluarga dan selaku presiden parti ketika ini.

Mohd Nor akan dibawa ke kerusi parlimen Kuala Terengganu yang mana kerusi sebelum ini ditandingi Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad kini melakukan penghijrahan kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Beberapa persoalan juga timbul dengan kedua-dua mereka ini untuk menandingi PAN yang mana akan menentang Pas dimana sahaja kerusi Pas tandingi dalam pru 14 nanti.
TAG