MENJAWAB PROPAGANDA Pembangkang Malaysia

1: Zaman Tun Dr. Mahathir bin Mohamad tak ada GST tapi dia boleh bina Putrajaya, zaman Najib Razak ada GST tapi dia nak uruskan Putrajaya pun gagal.

Beberapa hari menjelang Bajet 2018 serangan pembangkang ke atas GST dipertingkatkan kini diketuai oleh bekas negarawan Tun Mahathir.

Propaganda yang saya nampak lalu lalang di dalam media sosial sekarang adalah bagaimana tanpa GST Tun boleh membina Putrajaya dan Najib dengan GST gagal menguruskan Putrajaya.

Putrajaya dibina menggunakan duit dari Petronas dan juga hutang yang mana sampai sekarang masih lagi ditanggung oleh kerajaan.

Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad sebuah syarikat yang dimiliki KLCC Holdings Berhad (anak syarikat milik penuh Petronas), Kumpulan Wang Amanah Negara (sebuah dana yang disumbangkan oleh Petronas melalui hasil petroleum) dan juga Khazanah Nasional Berhad.

Petronas menyuntik dana berjumlah RM2 billion semasa Putrajaya Holdings ditubuhkan pada tahun 1995 sebagai modal awalan kemudiannya Putrajaya Holdings menerbitkan bon atau meminjam untuk menampung kos pembinaan.

Kerajaan kemudian menyewa daripada Putrajaya Holdings dan membayar jumlah sewa yang mencecah RM1.3 billion setahun untuk tempoh konsesi selama 25 tahun.

Dari mana datangnya RM1.3 billion ini? Daripada duit kerajaan yang dikutip daripada cukai termasuk GST yang anda semua bayar.

RM1.3 billion hasil sewa tersebut digunakan Putrajaya Holdings untuk membayar hutang ke atas bon yang diterbitkan untuk membina bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya.

Menurut kerajaan, kos sebenar pembinaan Putrajaya mencecah RM11.8 billion dan jika mengambil kira inflasi kos sebenar menghampiri RM20 billion.

Saya tak kata pembinaan Putrajaya itu membazir. Yang saya kata adalah Putrajaya dibina menggunakan duit rakyat iaitu duit Petronas dan juga duit cukai yang dikutip untuk membayar sewa tahunan.

Mereka yang merindui zaman Tun tak perlulah membuat propaganda seolah-olah Putrajaya itu dibina menggunakan duit simpanan keluarga Dr. Mahathir bin Mohamad. Bina guna duit rakyat, maintain guna duit rakyat, sewa guna duit rakyat dan bayar hutang pun guna duit rakyat. Jelas?

p.s. Bina Putrajaya berbelas billion Ringgit bangga, bila kerajaan sekarang nak bina MRT, ECRL, HSR untuk rakyat bising membazir?

Rujukan:

1. Pemegang Saham Putrajaya Holdings: Securities Commission: issuance.sc.com.my/MemberAccessIssuance/documents/download-file/1648

2. Laporan Tahunan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN): http://portal.parlimen.gov.my/ipms/modules/risalat/res/risalat/2016/Laporan%20Tahunan%20dan%20Penyata%20Kewangan%20Kumpulan%20Wang%20Amanah%20Negara%20(KWAN)%20Bagi%20Tahun%202015..pdf

3. MARC Ratings on Putrajaya Holdings Berhad Debt: https://www.marc.com.my/index.php/marc-rating-announcements/683-marc-affirms-aaais-ratings-on-putrajaya-holdings-islamic-debt-programmes-20170106

4. Kos Sebenar Pembinaan Putrajaya RM11,831 Juta - Bernama http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=333093
TAG